Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, November 02, 2010

Usia menghalang cinta?

Dengan Nama Allah aku menulis...

Ana: Aku rasa aku dilamun cintalah..

Ani: Eik? biar betul..patut ler aku tenguk kau hepi semacam jer..

Ana: Tapi aku rasa aku jatuh cinta bukan pada orang yang sepatutnya..

Ani: Tak faham ler aku...nape lak...

Ana: Dia mude sangat dari aku!

Ani: Mude bape? 5,10, atau 15? dari kau?...apa salahnye..Saidatina Siti Khadijah pun lebih tua dari Rasulullah..tu..... Rosnah Mat Aris tu, suami dia tu mcm umo anak dia tau...

Ana: Tu Nabi dengan artis...jangan samakan dengan aku dan dia.

Ani: Artis tu manusia gak...aku tguk Rosnah Mat Aris tu dengan kau, cantik lagi kau...tenguklah potongan body kau......maintain mcm anak dara jek...heheheh..walaupun kau dah ada anak 3...!!!

Ana: Eiiii...aku serius ni...jgn main2 ler...

Ani: Aku serius gak niii.....Boleh aku tahu sape dia tu? selama ni kau tak penah berahsia dengan aku...ni yg aku nak marah ni....

Ana: Buat masa ni biarlah aku rahsiakan dulu...aku dah berjanji dengan dia, hanya kami bertiga saja yang tahu hal ni...bila betul2 ok baru aku dedahkan...

Ani: Bertiga? kau.... dia.....sorg lagi sape?..weiii berahsia lak minah ni...

Ana: Aku, dia dan Allah...

***********************************************************************************
Itulah perbualan antara dua orang sahabat....agak berat persoalan ini kan...bila seorang wanita berusia jatuh cinta@ bercinta dengan lelaki yg jauh lebih muda darinya..walaupun lelaki itu dapat menerima wanita itu seadanya dan sangat menyayangi wanita itu....tentu banyak masalah yang akan timbul...

1. Tentangan dari pihak keluarga lelaki...pastinya keluarga pihak lelaki mahukan anak@adik mereka mendapat isteri yang lebih muda darinya...

2. Timbul pandangan serong dari masyarakat bila melihat pasangan yang ketara perbezaan usia mereka bercinta dan berkahwin.

3. Si suami yang jauh lebih muda tentu mahukan zuriat sedangkan wanita itu tidak mampu lagi untuk melahirkan zuriat untuknya.

4. Masyarakat menganggap lelaki itu sekadar mengambil kesempatan atas kesenangan wanita itu kerana kebanyakan wanita berusia ini agak stabil ekonomi atau agak berharta.

5. Rasa rendah diri dan bimbang suaminya yang muda akan beralih arah satu masa nanti..mencari yang lebih muda..

Sebenarnya banyak lagi masalah yang tak dapat dinyatakan...

Walaubagaimanapun tidak dinafikan ada pasangan begini kekal bahagia hingga akhir hayat, lebih2 lagi bila hubungan itu berlandaskan nilai2 murni dan berserta dengan pegangan Agama yang kukuh....meniti atas cinta yang betul ibarat berjalan di taman yang penuh bunga2an - wangi dan semerbak.

Beza usia tidak menjadi masalah andai kedua2nya jujur dan ikhlas..menerima seadanya pasangan masing2 dan si lelaki yang muda mencintai wanita berusia dengan sepenuh hati...dengan berlandaskan cinta kepada ALLAH..kerana rasa cinta itu anugerah dari ALLAH.

"Anggaplah cinta satu penawar dan racun : jika ia memudahkan hingga hidup menjadi lebih baik, ia adalah penawar, sebaliknya jika ia merosakan hingga hidup menjadi susah umpama penjara penuh sengsara maka tinggalkanlah"

Apakata anda ?

24 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Semua itu merupakan rahmat Allah untuk kita, sebagaimana diterangkan-Nya:
"Tidaklah suatu bencana menimpa di bumi dan [tidak pula] pada diri kalian melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami menciptakannya."

Wallahu'alam..

piewahid said...

slm ida,

sekadar pandangan,
tak kisah sgt tentang umur tetapi beberapa pkara sgt penting kalau dia menunjukkan kesungguhan:

1. adakah dia menjaga hubungannya dgn Allah.

2. adakah dia sangat menghormati & mengambil berat tentang kebajikan ahli keluarganya.

3. adakah dia mengambil berat tentang t/jwbnya seperti karier, amanah kita dsbnya.

slepas istikharah, kalau semuanya ok, "on" je kerana pencinta sejati takkan melukakan yg dicintai.

sudah pasti cinta hakiki dan abadi milik yang maha Esa.

wallahu a'lam!

Kakcik Seroja said...

salam Ida...

ada baca tak catatan kakcik tentang wanita yang berkahwin dengan lelaki sebaya anaknya itu? Ajal maut jodoh pertemuan itu sesungguhnya di tangan Dia. Berdoalah agar dikurniakan dengan yang terbaik. :)

yua said...

usia hanyalah usia. apa yg pnting adalah slg mpercayai dan mmpu setia pd psangan msg2. so dlm hal ini, age is nothing. x salah untuk bcinta dgn mereka yg jauh lebih muda, mahupun jauh lebih berusia.

mamawana said...

Salam Ida..,

Bertuahlah badan andai mempunyai pasangan muda yg setia dan sanggup berkorban harta, jiwa dan raga demi sebuah cinta sejati pd wanita yg jauh lebih berusia. 1 dlm seribu atau satu dalam sejuta..... (Tiba2 Teringat Nek Wok..) Salam bahagia.

Anonymous said...

Salam Pn Ida,

pendapat saya perempuan elok cari lelakai yg lebih tua 2 atau 3 tahun daripadanya.

Namun pokok pangkalnya niat dan hati.Ada saudara terdekat saya kawin ngan perempuan yg 3 atau 4 tahun lebih tua darinya bertahan sampai isterinya meninggal. takda anak lagi. Dan juga ada lebihkurang 4 orang kawan saya kawin ngan umur lebih tua sama juga 3 hingga 4 tahun samapai le ni aman je.Cuma saya nampak lelaki yg kawin ngan waniata lebih tua selalunya rezeki mereka ni murah sangat. tak taulah kut kebetulan. Setakat saya jumpalah. Tapi ada juga kawan yg kawin ngan pompuan lebih tua kantul, tapi bukan masalah apa cuma tak sefahaman. itu je.

Jadi spt saya katakan tadi pokok pangkalnya hati. Kalau ikhlas insyaallah berkekalan.

Mountain climber.

zulkbo said...

salam..
secara ikhlas saya
memandang sinis pada
yang bersuami muda..
kita jangan ambil contoh
rasulullah..kerana Baginda
Nabi,manusia pilihan..
jika berkahwin lelaki terlalu
muda,kesannya banyak..anda
akan rasa cepat tua..dan selalu
cemburukan si suami dan ini
akan menjadi punca keruntuhan
rumahtangga yang di bina..
belum lagi faktor kesihatan
dan sebagaimya...wallahualam.

Idalara said...

Salam sdr zul..
tiap org ada pendapatnya sendiri..betul kita tk boleh samakan dgn nabi..mcm gak lelaki yg kwin 4..nak ikut sunnah nabi..apa2pun kita kena berpegang dengan takdir..klu dah takdir dr Allah begitu siapa yg dapat menghalangnya kan..

Idalara said...

Salam sdr mountain climber
terimaksih turut mmeberi pendapat yg bernas...betul..semuanya terletak pada hati dan persefahaman..saling percaya antara satu sama lain..itu yg penting bukan kata2 org sekeliling..apa2 pun kiat hanya merancang dan berdoa namun Allah yg mengatur segalanya.

Idalara said...

Salam Mama.
insyallah pasti ada satu dalam seribu..siapa yg boleh menyangka jodoh pertemuan..semuanya di tangan Allah. mudah2an pasangan begitu akan kekal bahagia.

Idalara said...

yua
usia hanyalah satu angka..dan kdg2 bila mendapat psgan yg lebih muda mereka juga turut menjadi agak muda kerana sentiasa menjaga penampilan dan kesihatan luaran dn dalaman..

Idalara said...

Salam Kakcik..
ida msh tk berkesempatan membaca kisah yg kakcik tuliskan..insyallah..mudah2an pasangan begitu akan kekal bahagia hngga akhir hayat mereka..

Idalara said...

salam piewahid
terimaksih berkongsi pendapat..yg paling penting sentiasa berdoa muga Allah beri pertunjuk..dan istikharah sgt penting untuk meminta bantuan Allah membuat pilihan yg tepat..

Idalara said...

Salam Abd Razak..
hanya Allah yg Maha mengetahui segala rahsia alam..hanya Dia yg tahu apa saja hikamah yg diperuntukkan buat hamba2nya..

Rashid said...

Sesuatu yang sangat menarik dan menjadi igauan bagi sesetengah orang ..

Sebenarnya ada pro dan kontranya. Pro kerana ia tak salah. Jika hati dan keluarga menerimanya .. teruskan. Ia perkara yang baik. InsyaAllah jika hubungan dan ikatan nanti disulami dengan iman dan sentiasa berdoa agar mendapat redhaNya ..

Kontra bagi pdgn sesetengah individu. Jika nafsu yang dilihat maka perjalanan agak perlukan kekuatan, kesabaran dan tolak ansur ..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
N3 yg menarik utk dibincangkan. Dlm Islam, soal p`kahwinan adalah merujuk kpd dalil AlQuran dl Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ `Maka sekiranya mereka berdua ingin berkahwin, tidaklah berdosa , jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah` dan itulah aturan-aturan hukum Allah.
1. Pada zaman Rasululllah saw & para sahabat r.ahum, mrk berkahwin sesama mrk utk pastikan dpt mewujudkan negara Islam melalui kefahaman institusi keluarga dan masyarakat Islam yg mampu menegakkan hukum Allah.
2. Imam Syafie & Imam Nawawi rah. anhuma memilih tidak kahwin sampai keakhir hayat krn khuatir (dzon), perkahwinan kemungkinan menghalangaya meneruskan syiar Islam dlm ertikata membataskan masa utk menyampaikan ilmu.
3. Pastikan dgn perkahwinan ini, dpt menegakkan hukum2 Allah, sesuai dgn matlamat hidup kita dgn mencari bekalan sebelum menemui Allah SWT.
4. Apa yg berlaku selama ni, selepas kahwin, psgn tersebut sudah selesai dramanya dan tidak buat apa2 mengenai kefahaman Islam. Matlamat hidup adalah krn mahu bercinta sahaja. Wallahualam

noreed said...

salam kak ida,
pada saya jika masing-masing boleh menerima kebaikan dan kekurangan yang yang ada pada diri pasangan masing2 tak menjadi isu pun umur tu. jika lelaki tua dari perempuan tp tak matang dan tak bleh membimbing pun buat ape.

shameel Iskandar said...

Usia hanyalah angka dan cinta tiada sempadan. Asalkan mulia pada pandangan Allah, itu sudah cukup memadai.

Idalara said...

Shameel..
betul kak ida setuju..usia hnya angka..siapapun berhak untuk dicinta dan mencinta..

Idalara said...

Salam noreed
itulah yg paling penting..tiap org ada kurang dan ada lebih..saling percaya mempercayai dan menerima seadanya pasti bahagia

Idalara said...

Waalaikumsalam sdr Tajnur
ribuan terimaksih memberi pandangan yg pro dan kontra..sgt menarik dan pastinya membuka mata ramai org tentang perkhwinan berbeza usia ini..apa2pun hanya pasa Allah tempat kita memohon diberi petunjuk dalam mencari jodoh ini.

Idalara said...

Salam Cikgu Rashid
terimaksih pendapat yg baik dr rashid..tiap org ada pendapat sendiri..tp apa yg penting persefahaman dan saling percaya mempercayai dan doa yg tak putus pada Allah muga berkekalan dan bahagia.

zedmagel said...

Salam Ida,

Patut pun saya dah terbau nasi baryani melaka..he..he..

Idalara said...

Salam Zed..

memang pun mak abah sy mng tukang msk nasi beryani melaka...nnti mak sy masak sy jemput zed ye...:)

tp tkde kene mengena dgn sy pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...