Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, November 11, 2010

Tahniah buat semua...

Dengan nama Allah aku menulis...

Lama juga aku tidak bersiaran...walaupun sesekali sempat singgah rumah kawan2 tapi tak sempat nak up date blog...agak sibuk dengan tugas2 di ofis, bila malam mata cepat pulak mengantuk...dan mungkin juga mood untuk berblog agak menurun sejak kebelakangan ini..terlalu banyak hal yang berlaku membuat aku terlalu letih untuk berfikir......:(

Hari ini keputusan UPSR sudahpun diumumkan..Abdullah Zaki adalah salah seorg dari beribu murid yang menerima keputusan tersebut tadi....Walaupun tidak mendapat keputusan cemerlang, aku tetap mengucap syukur kerana dia lulus semua matapelajaran yang diambil..

Tahniah kepada anak2 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang...dan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjadikan anak2 ini berjaya dan tahniah juga kepada ibubapa yang melahirkan anak2 yang cemerlang ini...Tahniah!!

25 comments:

Anonymous said...

anak akak ke?

shameel Iskandar said...

Salam kak ida.

Tak mengapa kak w/pun anak kak x dapat keputusan cemerlang sbb perjalanan masih terllau jauh.

Pengalaman saya ketika mengajar di sekolah berasrama penuh(sbp) selama 6 tahun dahulu, membuktikan terdapat kes pelajar yg cemerlang upsr tapi mulai merosot ketika berada di tingkatan 1. Dan trdapat juga kes pelajar yg x seberapa cemerlang upsr tp cemerlang dlm pmr.

Apapun tahniah kpd pelajar2 yg berjaya dan kepada guru2 yg mendidik

Chenta said...

Tahniah Abdullah Zaki !
and
Tahniah jugak buat Kak Ida ..

Yang penting mereka telah berusaha dan lakukan sebaiknya kaans ..

Hazlin Nazri said...

Tahniah Abdullah Zaki.. keputusan ini adalah permulaan bagi langkah seterusnya...

Rashid said...

Tahniah utk anak kak ida ..

nampaknya kita sama le. Bila time sibuk alamak tersadai jap blog.. hehe

azieazah said...

Tahniah ABDULLAH ZAKI. Walau kata Mama keputusan tidak cemerlang, tetapi tentulah itu bukan sesuatu yg disebut gagal.

Ada banyak lagi ujian dan cabaran, dan ruang untuk memperbaiki kelemahan diri.

Semoga terus menjadi anak yang membanggakan..

Aminnn..

Terimakasih IDA, wish anak I juga..

Kakcik Seroja said...

Salam Ida...

jujurnya, anak2 kakcik pun bukanlah anak2 yang cemerlang dalam bidang akademik. Tapi, kakcik sentiasa yakin bahawa Allah mengurniakan mereka dengan kebolehan lain yang boleh dimanfaatkan dengan baik. Perjalanan Abdullah Zaki baru bermula, bimbinglah dia mencari kekuatannya. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. :)

Aku Anak Pahang said...

Salam bertandang juga semoga sihat ceria sentiasa :)

yua said...

tahniah utk anak akak =)

zedmagel said...

Salam Ida,

Tak mengapa Abdullah Zaki, lulus cemerlang bukan satu jaminan menjadi seorang insan yang baik. Teruskan usaha anda...

Idalara said...

daus..
yup anak akak yg bungsu..

Idalara said...

Salam shameel
bersyukur kerana anak akak mendapat keputusan sedang2 saja..mudah2an semakin besar dia semakin menegrti betapa pentingnya ilmu..terimaksih shameel

Idalara said...

Linda
terimaksih buat linda..itu saja yg termampu dia lakukan..

Idalara said...

Hazlin..
terimaksih..muga doa dr semua akan mematangkan dia dan membuka fikiranya untuk belajar lebih rajin lagi.

Idalara said...

Rashid
terimaksih..walupun tak cemerlang tp cukup akak puas hati..

Idalara said...

Aziezah
terimaksih bagi pihak Abdullah Zaki..betul kata Azie..ada banyak lagi ujian dan cabaran yg akan dihadapi..mudah2an doa azie buat anak2 kita akan dimakbulkan..dan anak2 kita akan berjaya menjadi Insan yg berjaya dunia dan akhirat.

Idalara said...

Salam Kakcik
kata2 kakcik buat ida sgt terharu dan bertambah bersemangat untuk menjadikan anak2 insan yg berjaya..wlupun bukan dlm akademik..insyallah ida akan berusaha.

Idalara said...

akuanakpahang
mudah2an anakpahang juga sentiasa sihat dan dirahmati.

Idalara said...

yua..
teriamaksih..

Idalara said...

Salam Zedmagel
terimaksih..kata2 zed cukup menyakinkan sy..insyallah satu hari nnti anak2 akan berjaya juga.

Unknown said...

oh..tak thu pun...
tahniah la jgk utk abdullah zaki

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tahniah Abdullah Zaki, pakcik ucapkan krn berjaya menduduki UPSR. Namun perlu diketahui, pendidikan adalah berterusan dan perlu dinilaikan sehinggalah menempuh alam pekerjaan atau ingin menukar profession. Bagi kanak2 yg sudah menempuhi UPSR, diharap dpt meneruskan pembelajaran dgn tabah dan gigih krn perjalanan masih panjang. Apa yg merisaukan dewasa ini, adalah pengaruh pergaulan dan membuang masa dgn perkara2 tidak berfaedah yg mempengaruhi keazaman utk belajar. Semoga berjaya dlm lapangan pelajaran.

Idalara said...

Azmi..
tkpe..terimaksih bg pihak Abdullah Zaki..

Idalara said...

Waalaikumsalam
terimaksih ucapan tahniah ini wlupun Abdullah Zaki tidak begitu cemerlang pencapaiannya.insyallah..perjalanan baru bermula..doa ibu dan sahabat2 mudah2an mmeberi kekuatan pada dia untuk terus maju jaya..

orang muo said...

salam.. tempoh & perjalanan & peluang zaki utk menempa kejayaan masih terbuka luas..insyaAllah satu hari nnti dia akan membanggakan ibunye.. doa ibu mengiringi kejayaan anak.. kalau bukan hari ini insyaAllah satu hari nanti.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...