Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha....

Dengan nama Allah aku menulis...

Insyallah, lusa seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..cuti hanya sehari.......aku tidak pun merancang hendak balik ke kampung..bercadang beraya dengan anak2 di rumah saja kali ini...pagi ke Masjid dan tengahari rehat2 kat rumah sambil makan2 apa yang ada.

Tapi segalanya berubah lepas mak telefon petang tadi......mula2 mak tanya balik ke tak...aku jawab mungkin tak..."mak tengah bungkus kueh lopes ni" aku tahu mak sengaja memancing aku dengan kueh favourite aku, terbayang kueh lopes mak yg kenyal2 disalut kelapa muda dan disiram kuah gula.......aduhaiii.....suara mak rendah dan merayu..."balik lerrr...balik kejap pun tak pe..." kata mak...cair hati aku dengar permintaan mak..

Akhirnya kerana mak..aku ambil keputusan balik juga ke kampung awal2 pagi esuk, bukan kerana tarikan kueh lopes yag tak terdapat dipasaran.......rasa tak sanggup nak hampakan hati seorang mak..mcam yang pernah aku alami dulu....

Mudah2an perjalanan aku dipermudahkan esuk..untuk semua sahabat yang singgah di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha" muga setiap pengorbanan yang kita lakukan hanya kerana DIA...muga apa saja pengorbanan yang kita lakukan biarpun pedih akan terasa kemanisannya kelak...Insyallah.

Kepada yang memandu pulang, berhati2 di jalanraya..ingatlah insan tersayang yang menanti kepulangan anda..



p/s ku korbankan perasaan ini untuk kebahagiaan dia..dari kejauhan aku mendoakan muga dia bahagia.

11 comments:

Zamz said...

balik jgn tak balik..

zulkbo said...

salam..
apa kata kita berpuasa
besok sempena hari arafah
banyak keberkatannya..

IMANSHAH said...

selamat berhari raya kak ida..semoga berbahagia bersama anak2

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha..

sekadar satu coretan said...

salam..
selamat hari raya..balik melaka ker...

saye beraya kat sini jer..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Untuk mencapai sifat ketaqwaan, diantaranya adalah merapatkan hubungan silaturrahim terutama kaum kerabat yg hampir dgn kita termasuklah ibubapa kita. Sebelum kita melakukan sebarang qurban, keluarkan zakat, sedaqah dsb, sifat ketaqwaan mesti dicapai dahulu krn itulah yg sampai kepada Allah SWT. Surah AlHajj:لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
Wallahualam

Pn Kartini said...

salam my dear sis:)

Salamat hari raya aidil adha..
Moga akak sentiasa bahagia di sana dan ceria2 selalu :):)

amirul said...

Salam Aidiladha kak... Selamat pulang ke kampung dan balik sini emula dengan selamat hendaknya...

So Shy Lady (SSL) said...

salam aidladha k ida!

touching laa plak...saya t.bkesempatan lgsung balik kg, dah la mak dmam...huhuhu

So Shy Lady (SSL) said...

salam aidladha k ida!

touching laa plak...saya t.bkesempatan lgsung balik kg, dah la mak dmam...huhuhu

zedmagel said...

Salam Idul Adha buat Ida dan anak-anak, moga sangat ceria di lebaran kali ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...