Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, November 25, 2010

Keajaiban Dunia

Dengan Nama Allah Aku Menulis

Setiap kali membuka emel, ada saja gambar2 menarik yang masuk ke kotak emelku....tak dapat melihat dengan mata sendiri dapat melihat gambar nya pun jadilah..jom kongsi sama gambar2 keajaiban dunia yang tak terjangkau dek akal...layannnn...
The King's Walkway - laluan pejalan kaki yang paling bahaya di dunia.

Pejalan kaki ini boleh dianggap satu daripada laluan pejalan kaki yang paling bahaya di dunia, terletak di El Choro dekat Alora di Malaga Sepanyol.

The Great Blue Hole Di Belize - lubang lautan terdalam di dunia.
Great Blue Hole adalah satu daripada keajaiban di alam yang terletak di Belize (kat mana aku pun tak tahu) 60 batu daripada Bandar Belize, dipercayai lubang di dalam lautan terbesar di dunia.

Hashima - Pulau hantu yang ditinggalkan.

Pulau Hashima digelar pulau hantu kerana ditinggal, penghuninya aku pun tak tahu mengapa..
kalau nak tahu kenalah buka http://www.gambarmenarik.com/
***********************************************************************************************
Sudah masuk minggu ke dua anak2 di kampung...sepatutnya mereka balik ke BBST pada hari sabtu ini..tapi malam semalam Aiman Zarif sms minta ditambah seminggu lagi, banyak aktiviti di rumah mak cik mereka..mereka dah pandai mencari duit poket dengan menolong mak cik mereka membungkus dodol untuk sebuah kilang di kawasan tempat tinggal mak cik mereka...
Alhamdulillah...biarlah mereka belajar mencari wang sendiri, dan tahu betapa sukarnya mencari duit.
Muga2 anak2ku selamat walau di mana mereka berada...muga Allah sentiasa memelihara mereka.

21 comments:

Anonymous said...

menakutkan tgk!

hysman said...

salam kak..
lubang tu yg paling seriau kak..
hohoho..
klu lemas kompom tak jumpe jenazah..
hehehe...
btw,betul tu kak....
biarkn mereka mencari duit poket mereka sndiri..
tp perlu pengawasan juga..
elak dr melencong...
kan......

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Setiap keajaiban yg dihasilkan dr tgn2 manusia, kebykan ingin menunjukkan keangkuhan, kekayaan, ingin hidup kekal dan menyiksakan manusia utk membinanya. Malangnya, kbykan sudah musnah dan menjadi kesan peninggalan sebagai pengajaran kepada manusia. Surah AlQasas:38 وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡمَلَأُ مَا عَلِمۡتُ لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرِى فَأَوۡقِدۡ لِى يَـٰهَـٰمَـٰنُ عَلَى ٱلطِّينِ فَٱجۡعَل لِّى صَرۡحً۬ا لَّعَلِّىٓ أَطَّلِعُ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّى لَأَظُنُّهُ ۥ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta.
Surah AsSyuara:128-30 Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. (128) Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? (129) Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? Wallahualam

Abd Razak said...

Salam...

Sangat cantik pemandangan kat The Great Blue Hole di Belize tu...

Aku Anak Pahang said...

Kalau sesorang tak berani singgah gamakyna kat Hashima - Pulau hantu yang ditinggalkan itu :)

Jom Singgah "Mungkin ada sesuatu yang menarik utk anda"

zulkbo said...

salam...
subhanallah
cantiknya
gambar pulau tu

Idalara said...

Salam Zulkbo
sgt cantik..tp kalau disuruh tinggal kat sana takut juga.

Idalara said...

AAP
betul tu....tu sebabnya tiada yg snggup nak singgah dan tinggal kat situ.

Idalara said...

Salam AbdRazak
memang cantik kejadian Allah...

Idalara said...

Waalaikumsalam wbt
sdr Tajnur..banyak benda yg dibuat manusia kadang kala tidak digunakan dan berlaku pembaziran..itulah manusia...terimakasih beri info berguna buat semua.

Idalara said...

Salam Hysman
sudah semestinya andai terjatuh di situ pasti tiada jalan keluar..

insyallah man...ada bapa2 sdr yg memantau mereka.

Idalara said...

Lelaki ini
yang pelik dan ajaib mng kerap menakutkan.

MOMMY CGG said...

cantik gambar

Unknown said...

salam ida...

akak pun sama ler dgn ida.dapat tengok gambar tu pun jadi ler..

wah , lepas ni boleh ler oder dodol tu

abu muaz said...

menarik info ni.

abah aman said...

salam idalara,
setiap keajaiban itu ada rahsianya... subhanallah!

shameel Iskandar said...

salam kak.

Sy sgt tertarik dgn The Great Blue Hole Di Belize. Maha Suci Allah yang menjadikan semua itu

amirul said...

Memang ajaib dan diluar jangkaan manusia... itulah kehebatan Allah... InsyaAllah anak2 akak mampu berdikari...

ummu said...

assalamualaikum kak ida
ngerinya tengok lubang tu
ngeri plus gayat plus seriau
teringat dulu masa belajar
saya ada panjat sebuah bukit yang bergua dan ada lubang
saya hampir terjatuh dalam lubang gelap tu..

sal said...

salam ziarah..nice blog..nice pic

sal said...

salam ziarah.nice pic..nice blog, slmt menulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...