Dengan Nama Allah aku menulis...Ana: Aku rasa aku dilamun cintalah..
Ani: Eik? biar betul..patut ler aku tenguk kau hepi semacam jer..
Ana: Tapi aku rasa aku jatuh cinta bukan pada orang yang sepatutnya..
Ani: Tak faham ler aku...nape lak...
Ana: Dia mude sangat dari aku!
Ani: Mude bape? 5,10, atau 15? dari kau?...apa salahnye..Saidatina Siti Khadijah pun lebih tua dari Rasulullah..tu..... Rosnah Mat Aris tu, suami dia tu mcm umo anak dia tau...
Ana: Tu Nabi dengan artis...jangan samakan dengan aku dan dia.
Ani: Artis tu manusia gak...aku tguk Rosnah Mat Aris tu dengan kau, cantik lagi kau...tenguklah potongan body kau......maintain mcm anak dara jek...heheheh..walaupun kau dah ada anak 3...!!!
Ana: Eiiii...aku serius ni...jgn main2 ler...
Ani: Aku serius gak niii.....Boleh aku tahu sape dia tu? selama ni kau tak penah berahsia dengan aku...ni yg aku nak marah ni....
Ana: Buat masa ni biarlah aku rahsiakan dulu...aku dah berjanji dengan dia, hanya kami bertiga saja yang tahu hal ni...bila betul2 ok baru aku dedahkan...
Ani: Bertiga? kau.... dia.....sorg lagi sape?..weiii berahsia lak minah ni...
Ana: Aku, dia dan Allah...
***********************************************************************************
Itulah perbualan antara dua orang sahabat....agak berat persoalan ini kan...bila seorang wanita berusia jatuh cinta@ bercinta dengan lelaki yg jauh lebih muda darinya..walaupun lelaki itu dapat menerima wanita itu seadanya dan sangat menyayangi wanita itu....tentu banyak masalah yang akan timbul...
1. Tentangan dari pihak keluarga lelaki...pastinya keluarga pihak lelaki mahukan
anak@adik mereka mendapat isteri yang lebih muda darinya...
2. Timbul pandangan serong dari masyarakat bila melihat pasangan yang ketara perbezaan usia mereka bercinta dan berkahwin.
3. Si suami yang jauh lebih muda tentu mahukan zuriat sedangkan wanita itu tidak mampu lagi untuk melahirkan zuriat untuknya.
4. Masyarakat menganggap lelaki itu sekadar mengambil kesempatan atas kesenangan wanita itu kerana kebanyakan wanita berusia ini agak stabil ekonomi atau agak berharta.
5. Rasa rendah diri dan bimbang suaminya yang muda akan beralih arah satu masa nanti..mencari yang lebih muda..
Sebenarnya banyak lagi masalah yang tak dapat dinyatakan...
Walaubagaimanapun tidak dinafikan ada pasangan begini kekal bahagia hingga akhir hayat, lebih2 lagi bila hubungan itu berlandaskan nilai2 murni dan berserta dengan pegangan Agama yang kukuh....meniti atas cinta yang betul ibarat berjalan di taman yang penuh bunga2an - wangi dan semerbak.
Beza usia tidak menjadi masalah andai kedua2nya jujur dan ikhlas..menerima seadanya pasangan masing2 dan si lelaki yang muda mencintai wanita berusia dengan sepenuh hati...dengan berlandaskan cinta kepada ALLAH..kerana rasa cinta itu anugerah dari ALLAH.
"Anggaplah cinta satu penawar dan racun : jika ia memudahkan hingga hidup menjadi lebih baik, ia adalah penawar, sebaliknya jika ia merosakan hingga hidup menjadi susah umpama penjara penuh sengsara maka tinggalkanlah"Apakata anda ?