Bismillah
Alhamdulillah aku sudah kembali semula ke rumahku syurgaku pada hari raya ke 3, macam2 hal berlaku sebelum dan selepas Hari Raya....oleh kerana terlalu sibuk mejadi chef sebelum dan selepas Raya maka tak sempatlah nak mengabadikan kenangan dengan mak abah dan family macam tahun2 lepas..walaubagaimanapun raya kali ini meriah sungguh kerana kesemua adik beradikku berkumpul...(semua 9 beradik)
Banyak hal berlaku sebelum aku balik ke kampung haritu..baju melayu anak2 tak siap, aku hanya tahu semasa hendak mengambil baju tersebut on the way nak balik ke kampung...bayangkan bagaimana perasaan aku saat itu.....(geram tapi terpaksa dipendam dalam hati...) alhamdulillah dapat juga belikan warna yang sama dengan baju aku.
Sehari sebelum balik kampung....hampir satu jam aku tak dapat masuk dalam rumah kerana pintu dikunci dari dalam..(anak2 tidur pengsan) aku kat luar pun hampir nak pitam kerana terlalu panas dan keletihan mengetuk pintu berkali2...mujur tak sempat nak pecahkan pintu, aiman zarif terjaga.
Petang raya...sepupu rapatku dikejarkan ke hospital kerana keadaannya yang agak kritikal (mengidap cancer hati stage ke 4)..pada hari raya ke dua sempatlah aku melawat beliau di hospital...namun Allah lebih sayang padanya..semalam (hari raya ke 4) beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dibawa balik ke rumah..aku bekejar balik semula ke kampung walaupun baru balik ke BB pada hari raya ke 3...alhamdulillah aku sihat, segar... walaupun berpuasa waktu itu.
Semasa hari raya..bertemu sanak saudara..antara soalan2 cepu mas...dan soalan bonus....
"Dah...nape tak gemuk2 ni..."
"Dah..bila nak kawin...."
"Awak muda lagi..rugi tak kawin"
Aku..."Gemuk? no komen..."
Aku..."Kawin?....aku rasa lebih rugi kalau dapat suami yg tak bertanggungjwb, kalau dapat macam Imam Muda takpe lah..boleh juga bimbing aku di dunia untuk ke Akhirat"
Perkara yang buat aku agak terkilan...tak dapat juga jumpa akak@rahmah semasa di Melaka..masing2 terlalu sibuk hinggakan tak sempat mengatur pertemuan..belum diizinkan Allah lagi nak bertemu..insyallah kita akan bertemu di BBST atau Bangi..
Apa2 pun aku rasa Raya kali ini cukup bermakna buatku..setelah sekian lama..aku dapat menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid kampungku..dalam keadaan hujan renyai2 kami sekeluarga dapat ke Masjid dengan selamat.
Aku rasa sangat terharu...di sini aku punya ramai teman2 yang sentiasa mendoakan aku dan anak2..terima kasih...sayang kamu!
ps..sykur padaMU ya Rabb kerana sentiasa memberiku kekuatan ini...
33 comments:
ida,selamat hari raya.Syahdu membaca coretan ida kali ini. Maaf dzahir batin.
salam lebaran buat k.ida sekeluarga..
mintak maaf la kalau ada salah dan silap sepanajng kita mengenali
SALAM,
ANGGAPKAN APA SAHAJA YANG BERLAKU TU ADA HIKMAHNYA ! SEMOGA DAPAT MENJALANI LIKU2 HIDUP INI DENGAN CERIA DAN PENUH KEJAYAAN
Salam..
Selamat Hari Raya...
Hidup kita diwarnai dengan cabaran dan dugaan. Sabarlah ubatnya..
Saya pun tak sihat raya ni...
Selamat kembali kerumah.
Semoga anda di kuniakan kesihatan dan kebahagian yang sempurna utk sekelurga.
takziah atas kepulangan sepupu itu. innalillah. dan kita pasti akan menyusul.
Salam..
Al-Fatihah.Takziah diucapkan..semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.
Semoga kak Ida terus tabah dan sabar dalam dugaan hidup..moga bertemu jodoh org yg beriman.
mcm2 berlaku..
xpe..
yg berlaku sume tu,mesti ade hkmah disebaliknye kan..
salam ida..takziah..dan alfatihah..buat yang telah pergi..
nasib baik dapat beli baju anak2..
Alfatihah .. sesuatu yg lebih bahgie mnanti puan ida dihadapan, teruskan perjalanan, insyaAllah..
byk dugaan tu.. mmg kalo ikut perasaan mau lain jd nya kan..
Salam Ida ....
Semoga segala dugaan akan menjadikan IDa semakin kuat....demi anak-anak tercinta.
takziah ...banyakkan berdoa pada_NYA
wah baju sedondon...jodoh pertemuan di tangan tuhan kak...
seronoknya dpt balik kg kumpul ramai2..
dan banyak betul dugaan melanda yer kak..
tang baju raya tak siap tu... memang sangat sadis rasanya...
Apapun, slmt hari raya yer :)
memang havoc ya...
alhamdulillah, Allah beri ida kekuatan luar biasa dan hati yang cekal...
a kl citizen
alhamdulillah cikgu..mudah2an semua demi anak2.
Bunga
memang banyak betul tapi semua tu nak menguji kak ida aje..insyallah boleh dihadapi..
selamat hari raya buat buga diperantauan..
Imanshah..
mujur ada baju yg sedondon...sepatutnya tema kaer hijau tp sebab baju ank2 tak siap.
brutal solo..
terimaksih...insyallah hanya doa yg sentiasa dipohon.
Waalaikumsalam ckLah
insyallah..mudah2an dgn pertolongan Allah jua.
Maiyah..betul tu..puasa2 ni kena banyak sabar dgn semua dugaan dan cabaran
Mr Curly
insyallah..kebahagiaan hampir lengkap namun sesekali rasa kekosongan..
waalaikumsalam erna..
terimaksih ye...alhamdulillah dpt beli sedondon pulak tu..
lionteen
dugaan mematangkan kitakan dik..
waalikumsalam shaniza
terimaksih shaniza..insyallah semua doa niza dimakbulkan Allah.
Al Lavendari
terimaksih..ye..kita pasti akan menyusul cuma lambat atau cepat je..
AkuanakPahang
insyallah..terimaksih..
Waalaikumsalam Abd Razak
bukan hidup namanya andai tiada cabaran dan dugaan..
mudah2an Abd Razak sudah kembali sihat..
waalaikumsalam LH
ye..tiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..insyallah doa dr teman2.
Salam Aidil Fitri buat Azmi juga
insyallah rasanya tiada salah silap antara kita..
mokjadendell
terimaksih sudi singgah dn membaca kisah2 saya...maaf dari sy juga andai ada bicara menyentuh rasa..
cari sampai jumpa yang macam imam muda tu.
Post a Comment