Bismillah...
Semasa dalam perjlanan balik ke BBST raya ke 3 haritu, aku menelefon mak tiri anak2ku..cadang nak singgah beraya dan melihat anak baru dia dgn arwah suaminya (bekas suamiku) juga nak beri sedikit kueh raya dan duit raya untuk dia dan anak2nya...dah kebetulan aku balik dgn kereta kawanku Mimi..jadi dapatlah aku singgah..kalau aku balik dengan bas tak mungkin aku dapat singgah.
Mungkin agaknya tiada rezeki nak jumpa...dia ada hal, katanya nak keluar...nak beraya rumah kakak2nya...( aku ingatkan dia masih lagi bersedih setelah hampir setahun suaminya meninggal) aku dengar suara dia happy semacam je...gelak2 dihujung talian...(ye lah buat apa nk besedih je..kehidupan mesti diteruskan)
Jadi..aku pun meneruskan perjalanan ke BBST..aku mengejar waktu...nak tunggu dia balik dari rumah kakak2nya tak mungkin...silap2 malam nanti baru dia balik...tak pe lah..anggap saja belum ada rezeki nak jumpa.
Semalam...18 Sept..anak perempuanku balik ke Melaka semata2 ingin berjumpa mak tiri, adik2nya dan menziarahi pusara arwah abahnya...serta balik ke rumah nenek dan mak2 saudaranya yg lain...bagus juga anak perempuan aku ni..mahu juga menziarahi mak tiri dan adik2nya... aku pun tak pernah melarang..biarlah dia mengambil berat hal mak tiri dan adik2nya.
Tak de rezeki juga katanya...bila dia call..mak tirinya kata nk keluar ada hal...apa hal yang sebenarnya...macam sengaja nak mengelak je..(ish..tak baik prasangka)..takpe lah..nak buat mcm mana..dah org ada hal...tak boleh ke hal itu ditangguhkan dan terima anak yg datang dari jauh semata2 nak bertemu..hanya dia saja yg boleh menjawabnya.
Kalau lah aku jadi dia...seboleh2nya aku akan menjaga hati org2 yang cuba berbuat baik dengannya...bukan menjauhkan diri atau mengelak...apa2pun hanya dia dan Allah saja yang tahu apa sebenarnya..
27 comments:
ak buat macam mane..
tapi mungkin dia ada hal penting kot..
berbaik sangka lah...
SALAM,
LF DAPAT MEMAHAMI PERASAAN KAK IDALARA. TAK APA ! KITA BERDOA SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN KEPADA SEMUA !
ida..mungkin betul dia ada hal..tapi..mungkin memang dia keberatan..nak jumpa..
manusia memang tak pandai menghargai ketika orang memberi rasa pada mereka. :) sabar
Bersangka baik jer lah sis ida. Hati
manusia sukar nk diramalkan. Yg
penting niat kita betul. Dapat juga
pahala atas dasar niat tu tadi :)
Azmi
kak ida berbaik sangka sja..itu yg mampu kak ida lakukan..
salam LF
hanya doa yg terbaik buat dia dan anak2nya..
kak erna..
ida harap begitulah..kebetulan dia mng ada hal yg tak dpt dielakkan..
naz
mungkin agaknya dia dah tak perlukan apa2 bantuan dan pertolongan dr kak ida..muga dia bahagia.
Wa..
insyallah sis sentiasa mahu bersangka baik pada isteri arwah..
amat buruk jika bersangka tak baik..
Wpun mungkin kita merasa sedikit terasa hati, tapi semoga tidak menjurus kepada berprasangka buruk...
Mungkin dia betul ada perkara yang perlu dilakukan. Anggap sahaja tidak ada rezeki nak berjumpa Kak Ida.
Ramai lagi orang lain yang menghargai kehadiran kita..
pinggan tak retak nasi tak dingin lah kalau mcm tu..
buat baik berpada pada...
Salam Ida..
tak mengapalah... mungkin dia masih mencari masa yang sesuai untuk bertemu.. atau nanti dia akan datang mencari Ida. insyaAllah.
salam..semoga kita saling berbaik sangka sesama kita
memang kita akan terasa tapi nak fikir baik sbb tu yg akan membawa kepada kebaikkan, keselamatan dan keredhaan. lapang kan dada, mudah2an diberi ketenangan :)
aderlar parut lamer teww kanns.. uhuhu
itu la kehidupan..
salam
agak2 mcm kes wan chik daud dan hasimah ke..hehe..gurau ja ida..
ermm pelbagai kemungkinan tu.. Mungkin secara kebetulan memang dia tengah kesibukan. Mungkin juga ada sedikit keberatan ...
Apapun kak ida, biarkanlah. Teruskan berbuat dan berprasangka baik k.. tak rugi. InsyaAllah akan baik semuanya nanti..
ermm pelbagai kemungkinan tu.. Mungkin secara kebetulan memang dia tengah kesibukan. Mungkin juga ada sedikit keberatan ...
Apapun kak ida, biarkanlah. Teruskan berbuat dan berprasangka baik k.. tak rugi. InsyaAllah akan baik semuanya nanti..
Sabar sahajalah, ini semua ketentuaNya jua...
Mmg kita cuba bersangka baik tapi hati tetap berkata2.
Kadang tu kita cuba buat baik tapi org macam tak layan aje. Sabar ajelah.
salam kaka,
saya kagum dengan sikap akak dan anak-anak akak, boleh dipuji dan ketabahan sangat kuat, sentiasa ingin mmebina silaturahim walaupun ibarat kata pernah disakiti.......
Semoga akak sentiasa bahagia.
entahlah .. mungkin dia betul2 ada hal pada masa itu. agaknya.
Salam Ida,
Hati manusia memang susah untuk dibaca, kita anggap begini, tapi begitu pulak jadinya. Insyaallah, niat baik Ida untuk mendapat ganjaran yang baik juga, cuma kita mungkin tak tahu.
salam. lamanya saya tak singgah ... hari ini saya membaca catatan lama diblog saya...teringat pula pada puan.
sabar jelah dengan kerenah.
Post a Comment