Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, July 18, 2010

Seminggu yang meletihkan...

Bismillah.

Seminggu tidak bersiaran bukan bererti aku terlupa hendak ke sini...kalau boleh ku andaikan keadaan diriku seperti kucing kat sebelah ni..begitulah apa yang aku rasa selama seminggu ini :))

Alhamdulillah...hari ini semuanya dah selesai dan kepalaku dah tak rasa tersepit macam kucing ini lagi...tadi kira2 pukul 3.oo petang semua kerja2 ku yang sangat penting sudah selesai, buat bayaran kehadiran anggota semasa Mesyuarat Perwakilan Koperasi di semua kawasan, bayaran dermasiswa dan pembiayaan peribadi anggota...yang paling penting ialah 'Bank Reconcilition"....sejak seminggu aku berusaha untuk menyelesaikan 3 bulan "Bank Reconcilition"...yang dikehendaki oleh juruaudit luar esuk.

Aku memang tiada qualified dalam bidang akaun ni, memang tak tahu langsung apa itu bank reconcilition...tapi ditugaskan membuat bank recon ini sejak 2004....semasa diserahkan tugas ini aku tidak diajar oleh sesiapa pun, diserahkan bulat2 oleh kerani yg membuatnya sebelum ini..pandai2 sendiri dan selesaikan masalah sendiri...bermula dengan zero.....sedikit demi sedikit..merangkak dan berjalan laju akhirnya aku dah boleh berlari..Alhamdulillah..aku yang tak pandai matematik dan akaun boleh buat 'bank reconcilition' untuk 5 akaun bank.....paling mencabar bila tak balance 0.02 sen..kalau tak balance ratus2 atau ribu2 kira ok juga...tak ke macam nak pecah kepala otak cari.

Sejak seminggu aku hanya sempat buka emel dan buka FB ...hendak berblogwalking ke rumah teman2 memang tak sempat..rasa seperti dilupakan saja bila tak singgah rumah kawan2 ni...ohhh..tidak...aku tak mahu dilupakan.

Hari ini aku dah boleh menyanyi2 sambil mengunyah coklat...dan bertanya khabar di rumah teman2.

Rasanya seminggu yang lepas aku menerima award ini dari sis kartini..seorang guru yang sering mempunyai idea2 yang bernas dan boleh dijadikan panduan dari blog beliau : "blog cetusan minda"..hari ini baru aku sempat mengucapkan terimakasih dan meletak award ini di blog...terimakasih yang tidak terhingga..kata2 pandangan dan nasihat dari Kartini sentiasa berbekas di hati.

Sejak seminggu juga hatiku berbunga riang kerana seseorang yang ku rasa semakin jauh dariku sudah kembali bersembang denganku...(oppss...jangan salah faham...dia seorang gadis yang telah ku anggap adik) mungkin ada sedikit salah faham berlaku antara kami membuat perhubungan menjadi agak renggang..alhamdulillah semuanya sudah selesai dan kami tetap seperti dulu.

Syukur Alhamdulillah..ku panjatkan ke hadrat Ilahi Ya Rabbi..kerana memberikan kesihatan yang baik hingga aku dapat menyiapkan semua tugas2 yang diamanahkan.

25 comments:

zulkbo said...

salam bertandang di hari minggu
yang ceria..moga sihat di samping
tersayang...syukur alhamdulillah biarpun sibuk anda masih lagi berkesempatan luangkan masa di sini

Idalara said...

waalaikumsalam sdr zulkbo.
terimaksih singgah..alhamdulillah dan insyallah selagi termampu sy pasti akan luangkan masa di sini.

Ibu n Abah said...

salam ida...
alhamdulilllah.. selesai sudah perkara yang menekan ida seminggu ini... selamat berblogging kembali...

mamawana said...

Tahniah akhirnya exper buat Bank Reconciliation....bleh nyanyi sambil kunyah cokelat dah...

mamawana said...

Bila stress berjam2 depan komputer (after office) suka amik ais cube sepaket dan letak kat leher dan kepala...sunggh enak dan nyaman sekali. Tak perlu amik panadol or pain killer...

hans said...

sibuk2 pun ada masa lagi tulis blog
kira okay la tu
hehehee


den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

abu muaz said...

Salam . Apa khabar , lama saya tak ziarah sini.

Kakcik Seroja said...

Salam Ida sayang..

kalau tak reti dengan akaun, memang membosankan. Tapi bila dah pandai, seronok kan? Macam kakcik, dulu tak pandai nak buat teh o pun.. tapi sekarang dah boleh buat teh tarik. :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Ida,
Memang stress kalau akaun tak balance, memang stress kalau kerja tak beres, tapi syukurlah Ida selesaikan akhirnya, no more stress dah boleh rihat sambil makan cokelat.

Rashid said...

salam
kak ida. Masa berlalu pantas je.

Suka bila hati kak ida berbunga riang. Itulah.. dalam hubungan ini, adakalanya kita tercuit.. buatkan seseorang terguris secara tak sengaja. Kita tak tau kan.. bila jernih kembali.. ermm kan baiknya. rasa hidup kembali utk kita..

Anonymous said...

SALAM

lama rasanya tidak singgah di sini

apa khabar kak?
oa sihat,murah rezeki

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:):)

Maafffffffff sis..
terlambat ziarah !!tgk2 terpampang award dari tini utk akak tu..
Tq sis..sudi terimanya..

Moga akak sentiasa dirahmatiNya selalu..:):)

hans said...

bila nak update entry baru nih sis?


cuba ekau bagi pandangan sikit jika ekau berada ditempat orang2 nih

P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

Amieynna Amin said...

kak ida..
bank recon tu sy slalu gune..
pening nak wat kan..
tp sy bukan wat..
sy review je..

Idalara said...

min..
kalau min tahu aapa tu bank recon psti tahu betapa peningnya..kan.

Idalara said...

dah tadi baru update entry baru...pasal bunuh diri..

nnti akak tguk ye.

Idalara said...

waalaikumsalam sis tinie..
tk pe...samalah akak pun lewat ucap terimaksih kat tinie..
doa dr tine sgt akak hargai..

Idalara said...

waalaikumsalam aireel
akak pun lama dah tk singgah tempat aireel

insyaallah.

Idalara said...

salam sayang buat kakcik juga..
betul kata kakcik tu..mula2 merangkak2 nak buat bila dah pandai smbil berlari pun boleh buat.

Idalara said...

salam cikgu rashid.
rasanya setahun cepat benaar dah nak habis..

bila kita rasa kita pernah mengguris hati seseorg jiwa kita tak tenang tpi bila semuanya sudah kembali jernih rasa tenaang dan damai.

Idalara said...

salam kak nora
lega rasanya bila semua dah settle..bab2 akaun ni mng sgt meletihkan minda..

Idalara said...

salam sdr abu muaz
tak pe lama tk ziarah tp tetap singgah jugakan...terimaksih.

Idalara said...

salam hans..
isnsyallah..cuba luangkan masa.

Idalara said...

salam mama
wahhh..bolehlah ikut petua mama ni..keja ida dari pg smpai mlm dok tguk screen...letih mata.

Idalara said...

salam ibu n abah
alhamdulillah..dah settle lega dah rasanya..insyallah dptlah kerap ziarah rumah teman2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...