Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, July 21, 2010

Bunuh Diri?

"Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi, aku rasa dah putus asa sangat, nak cari kat mana pun aku tak tahu..dah buntu betul fikiran aku,dah tak tahu nak pikir mcmne, aku ni belum nak bunuh diri je lagi"

Aku baca berulang kali sms yang masuk ke dalam inbox hp aku malam tadi...biar betul perempuan ni...aku terus hubungi penghantar sms tersebut..rupanya bukan dia yang mengirim sms itu, tapi seorang kawan baik yang ku panggil A, kami semasa sama2 menetap di quarters TUDM Sg Besi dulu...Kawanku R cuma forwardkan sms tersebut padaku.

Kami masih berhubung walaupun sudah berbelas tahun Quarters TUDM kami tinggalkan...aku bertanya apa cerita sebenarnya..dari penjelasan kawanku R, A ada masalah kewangan tegar...dan hendak meminjam dari R dan juga aku...hairan juga aku..A bekerja,ada suami dan dua orang anak beliau sudahpun bekerja...apa masalah dia sebenarnya.

Aku sendiri pernah mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk, pernah nak makan pun takde duit....aku ikat perut asalkan anak2 dapat makan.....tapi tidaklah sampai aku berniat nak bunuh diri..tak pernah terlintaspun nak buat benda bodoh maacamtu...nauzubillah.

Macammanalah aku dan R nak tolong..aku bukannya bergaji besar, seorang ibu tunggal pulak...pendapatan pun cukup2 makan saja dan R pula hanya seorang surirumahtangga, berkerja di rumah mengasuh anak2 tetangga...

Aku berdoa muga2 A mendapat jalan penyelesaian bukan menyelesaikan masalah dengan jalan singkat dan berputus asa...yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah SWT...pasti ada jalan penyelesaiannya.

37 comments:

al-lavendari said...

si A itu ingat kalau bunuh diri selesai masalah .. tapi disitulah sebenarnya bermulanya segala masalah untuk hidup seterusnya di sana nanti.

MOMMY CGG said...

bunuh diri tu bukan penyelesaian..
mcm mana kalo try nak bunuh diri tapi ajal lum sampai

Kakcik Seroja said...

Wang bukan penjamin kebahagiaan, tapi.. tanpa wang bolehkan bahagia? Wallahuaklam.

Ibu n Abah said...

ida..
sebagai org islam, byk ikhtiar kita dlm menghadapi masalah.. bunuh diri dan mati dlm kesesatan bukan cara hidup kita.

Ibu n Abah said...

ida..
sebagai org islam, byk ikhtiar kita dlm menghadapi masalah.. bunuh diri dan mati dlm kesesatan bukan cara hidup kita.

myQza said...

MasyaAllah,
kepa singkat pemikiran manusia bila mahu buat satu2 keputusan?

CITY® said...

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...
pasti A terdesak, kalau tidak dia tak akan keluarkan sms berbau begitu.

mmg wang mampu buat manusia hilang akal
pasti ada jalan selesai
minta bantuan pada org yang tertentu
dan juga allah swt...

semoga A mampu selesaikan prob tu, amin

Beruwang said...

kalu bunuh diri maka tertutup lah segala pintu taubat.. mcm mana tu?

Centado said...

nauzubilllahhiminzaliq
mintak jauhkan lah kita, zuriat, saudara dan kenalan seislam kita dari perlakuan membunuh diri

mokja said...

Mungkin kawan puan dlm keadaan yg amat terdesak,kalau tidak saya pasti tak tergamak dia nak hantar sms itu.Juga mungkin dia tak berniat pun hanya menyatakan betapa hebatnya masaalah yg ditanggung.Spt nak bunuh diri....minta jauhkan.Nauzubillah.

salam ziarah.
makcik blogger .

sud@is said...

doakan yang terbaik utk kawan puan moga2 diberi hidayah petunjuk kejalan yang diredhoi....kalu kita x mampu dengan wang ringgit...

Chenta said...

Salam Kak Ida sayang ..

Jangan ada niat . Itupun dah kira salah disisi agama .

Moga Allah berikan hidayah kepadanya dan permudahkan segala urusan nya.. Aminnnn

yua said...

slm akak.
terkejut gak td baca entry punya title. ingtkn ada sesape yg dah bunuh diri.
moga2 kwn akak itu dpmudahkn hdupnya. amin..
juga mdoakn kehidupan akak ida dn anak2 sentiasa ceria dn drahmati Allah SWT selalu. Amin.

piewahid said...

berikan peringatan, doa dan kalau ada pihak2 tertentu yg boleh mbantu, eloklah cdgkn kpd beliau. (kaunselor dsbnya) selebihnya serahkan kpd Allah.

jgn sesekali bagi duit sbb manusia skang ni bmacam ragam!

Acik Erna said...

walau tak dapat tolong dengan wang..tolong pujok dengan kata2 yang menguatkan semangat pun o.k ida..

Cikgu Zam said...

salam,
saya berpandangan bahawa pada ketika ini beliau sangat perlukan sahabat untuk memanikan peranan (menasihati) yg terbaik, kita tidak boleh hendak menyalahkan insan itu kerana ia berkai dengan minda dan tekanan, minda dan tekanan adalah satu benda yang sangat subjektif, semoga jalan terbaik yang dipilih, Amin

FaAtip said...

apa pulak halnya tuuuu...adohaii...semoga dia jumpa jalan penyelesaian....

Pn Kartini said...

Salam:)

Moga sahabat akak diberikan petunjuk agar tidak tersasar dari landasan keredhaanNya..
Moga dilindungiNya..dan msh waras dalam menyelesai kemelut permasalahan ..

hans said...

mungkin dia nak gtau masalah dia memang besar tapi rasa2nya dia tak terniat nak buat benda tu
insyaallah dia xakan buat perkara bodoh tu
doakan dia dapat selesaikan masalahnya
amin

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Idalara said...

betul hans..akak rasa dia bukan nk buat benda2 yg salah di sisi agama ni tp hanya melepaskan tension.

Idalara said...

Waalikumsalam Tini
mudah2an begitulah doa kita semua pada sahabat kak ida tu.

Idalara said...

salam fa'atip
rasanya ida dah tahu apa sebabnya dia terlalu terdesak begitu..mungkin salah dia dan suaminya juga.

Idalara said...

waalaikumsalam cikgu zam
tentulah kami tempat dia meluahkan apa yang dirasa saat itu..hanya nasihat dan pandangan dapat saya sebagai kwn dapt berikan dalam keadaan dia yg sgt tertekan itu.

Idalara said...

salam kak erna
yup..itu saja yg mampu kmai lakukan disamping berdoa untuk dia

Idalara said...

salam piewahid
bantuan dr segi kewangan memang tk mampu sy berikan..hnya kata2 nasihat dan doa buat beliau

Idalara said...

salam yua zawa
maaf ye buat tajuk yg aagak surprise gitu..
terimakasih atas doa yua itu.insyallah..yua juga.

Idalara said...

waaliakumsalam linda sayang
begitulah hendaknya..sebagai umat Islam jgn pernah terlintas dihati melakukan perkara yg boleh buat kita terkeluar dr landasan agama..

Idalara said...

sudais
ye..itu saja yg mmapu sy lakukan..mudah2an dipermudahkan segala urusannya di dunia ini.

Idalara said...

salam mokjadeandell
rasanya begitulah..dia terlalu tertekan membuatkan dia sanggup menulis sms begitu.mudah2an Allah membantu dia mnyelesaikan masalahnya

Idalara said...

centado...
saya mengaminkan doa centado...mudah2an kita terhindar wlupun hanya berniat

Idalara said...

beruwang..
bab2 ni kena tanya orang yg lebih arif..mungkin kalau hanya berniat belum tertutup lagi pintu taubat.

Idalara said...

salam biru
kerana terlalu terdesak lah maka jadi begitu...mudah2an doa dari kita semua dapat mneyelesaikan masalah A

Idalara said...

sitedi
bila Agama diletakkan ditempat paling rendah maka begitulah jadinya..Allah Maha Mengetahui..bermohonlah padaNYA

Idalara said...

salam ibu n abah
begitulah sepatutnya..jadikan pegangan agama sebagai pedoman hidup kita...bukan mencari jln putus asa.

Idalara said...

salam kakcik
memang wang bukan segala2nya..tapi bila tkde wang pun susah juga.

Idalara said...

miez hanem
kita org Islam...akan hidup setelah mati...disitu bermula episod kehidupan kita..bunuh diri bukan penamat episod kehidupan kita.

Idalara said...

Al Lavendari
alam akhirat yang kekal abadi disitu lah kelak kita diadili..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...