Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Hari Tambah Tua....

Bismillah.

23 Julai lepas aku dan staff ofisku mengadakan surprise party sambutan ulangtahun seorang satff dan pekerja cucipejabat di tempatku bekerja..Johara dan Kak Sal yang kebetulan menyambut ulangtahun kelahiran bulan yang sama.

Kak Sal dan Johara yang telah aku anggap kakak dan adik, yang sering menjadi bahu tempat ku bersandar bila aku sedang bersedih..dua orang insan yang cukup pandai menjaga apa saja rahsia hidupku yang ku ceritakan pada mereka...mudah2an perhubungan kami akan berkekalan hingga akhir nanti.
Kek yang sungguh sedap dan cantik ini khas kami tempah untuk mereka berdua...memang satu kejutan buat meraka..dirancang tanpa pengetahuan mereka.

Rendang atas kuali..sejak pukul 5 pagi lagi aku sudah mula memasak..


Rendang yang dah siap agak hancur kerana terlalu lama atas dapur.. tapi tetap maintain sedap.


Gambar yang sempat kami abadikan bersama Jue(sebelah aku) Gambar kak Sal tak sempat nak diambil.

Antara menu yang sempat kami sediakan pada hari itu... siapa pulak yang akan memasak untuk aku masa hari ulangtahun kelahiran aku nanti..takkan aku yang masak untuk diriku sendiri..oooo..tidakkkkkk.


ps bahagia datang dari hati...rasa suka datang dari hati...rasa cinta juga hadir dari sudut hati.

12 comments:

Ibu n Abah said...

salam ida...
sedapnya nampak rendang dimakan dengan nasi impit...
kalau birthday ida.. siapa pulak nak masakkan?...
apakata suruh kak sal itu pulak buat rendang, johara buat nasi impit..????
okay kan?..

LiNda said...

Suka Beshday ..suka makan .. suka beshday ..suka makan .. hehe

Kak Ida sayang, moga sihat and bahagia selalu . muahhh !

blueCITY® said...

salam,

saya tak pernah berharap akan ada sesiapa pun buat surprise party sambut besday saya. walau pernah juga kwn2 masa study2kat kolej buat dan sambut sesama dlm bilik. pernah juga ada teman lama beri bunga dan belanja makan2. dan juga bekas teman lama bagi hadiah segala. tapi itu dulu..
kini saya tak mengharapkan apa2 lagi setakat doakan saya sentiasa diberkati allah swt.

beruntunglah punya kawan2 yg sudi berkongsi hari suka dan duka kan.

semoga diberkati allah swt selalu..

kak Erna said...

selamat hari lahir buat teman yang berdua tu..
sedapnya menu..

piewahid said...

salam,
saya ziarah dgn ucapan dan doa semoga sahabat2 yg kita sayangi berbahagia dan selamat dunia akhirat...

mamawana said...

Sedapnyer rendang ayammm.... nyam..nyam..Ida mesti pandai masak nih.

Idalara said...

salam mama...
bila dimasak dari hati yg ikhlas sedap...taklah pndai sgt masak...bolehlah utk anak2

Idalara said...

waalaikumsalam piewahid
terimaksih atas ucapan buat sahabat2 saya..

Idalara said...

kakerna..
terimakasih atas ucapan kakerna..

Idalara said...

waalaikumsalam biru..
menghargai,meraikan dan membahagiakan kwn2 adalah diri saya..kalau biru ada bersama saya pasti biru pun turut saya beri kejutan...
insyallah biru..kat sini ramai kwn2 yg sedia berkongsi suka dan duka..

mudah2an biru pun sentiasa diberkati Allah.

Idalara said...

salam linda..
memang sukakan bila kita diraikan..begitulah rakan2 kak ida..sampai peluk cium kak ida...terimaksih linda sayang..mudah2an linda juga dilimpahi rahmat dan berbahagia selalu.

Idalara said...

waalaikumsalam akak..
ida masak org lain rasa sedap..ida tak rasa sedap sbb penat..ada ramai lagi perempuan selain johara dan kak sal kat opis ida ni..mudah2an ada yg sudi memasakkan nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...