Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, July 25, 2010

Beginikah NasibMu Ibu....

Bismillah...

"Ayah dan ibu
ayah dan ibu
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari
ayah dan ibu"
Setiap kali mendengar lagu Allahyarham Sudirman ini pasti aku rasa terlalu rindu pada mak dan abah, rasanya sekarang juga nak balik berjumpa mereka..bila mengenang jasa dan pengorbanan mak dan abah sertamerta aku teringat nasib seorang ibu ini.

Memandang wajah kak Rohana (bukan nama sebenar) aku memang dapat rasakan dia menyimpan sesuatu rahsia dalam hatinya..aku mengenali kak Rohana sejak tahun 1995, beliau bertugas sebagai pencuci pejabat di Syarikat aku bertugas. Sejak 2003 kami berpisah bila bahagian pentadbiran berpindah di Bandar Baru Salak Tinggi, manakala pekerja pencucian tetap tinggal di bangunan Agrobank di Kuala Lumpur.

Semasa ke Kelantan baru-baru ini aku duduk sebilik dengan kak Rohana, dia memang seorang yang lemah lembut, dengan semua orang di bahasakan dirinya "mak" hinggakan dengan aku pun dia kerap tersasul..membahasakan dirinya 'mak' padahal usia kami tidaklah jauh bezanya...

Kesian nasibnya...suami kak Rohana meninggal 4 tahun yang lepas..meninggalkan kak Rohana dengan sepasang anak...kedua2 anak beliau sudahpun bekerja dan yang lelaki sudahpun berumahtangga, aku menghadiri majlis kenduri anak kak Rohana 2 tahun yang lepas..tetapi jodoh anak kak Rohana tak panjang, tahun lepas dengarnya sudah berpisah.

Apalah malang nasib kak Rohana, sudah letih mengandungkan anak selama 9 bulan, memelihara, membesarkan dan memberi pelajaran. Kalau dihitung tak tercatat berapa banyak pengorbanan seeorang ibu, berapa banyak airmata yang tumpah, berapa banyak keringat yang menitis sepanjang membesarkan anak2. Bila anak2 sudah dewasa dan bekerja dapatlah menumpang seringgit dua dengan anak2, tak payahlah kak Rohana bekerja lagi...tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Rupanya sekarang kak Rohana terpaksa membayar hutang anak lelakinya dengan seorang 'along'...kesian kak Rohana..wajahnya yang muram menyimpan kisah duka yang terpaksa ditanggung sendiri...bayangkanlah pendapatan seorang pencuci pejabat...terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh anaknya pula jika mahu nyawa anaknya selamat....

Itu nasib kak Rohana..bagaimana pula nasibku nanti..nasib ibu2 tunggal di luar sana..rasa nak menitis airmataku bila mengenang hal ini...mengapa seorang anak sanggup melihat ibunya menitiskan airmata demi menyelamatkannya...mengapa seorang anak begitu tega membuat seorang ibu menanggung kesusahan yang telah dicipta sendiri..mengapa...

ps aku tak sanggup melihat mak bermuram durja apa lagi menitiskan airmata...setiap saat aku sentiasa berdoa muga mak dan abah tidak disakiti oleh seorg pun anak2nya.

8 comments:

Ibu n Abah said...

Ida..
Memang sayu membaca kisah kak Rohana yang hanya bekerja sebagai pencuci pejabat tapi harus menanggung hutang anaknya. Anaknya memang anak yg tak mengenang budi.. sepatutnya dia tidak melibatkan diri dengan judi atau yg tak baik.. patutnya di usia ibunya begitu, dia patut membiarkan ibunya berihat dan jaga kebajikan ibunya. Malangnya ada anak lelaki tapi begitu perangainya... Muga2 anak-anak kita akan terpelihara dan kasih kepada kita ibu mereka yg telah berkorban untuk membesarkan mereka... Amin.

hans said...

kesian si kak rohana tu

den suko lagu Aishah lagi

P/s : Review Film : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb!

Idalara said...

salam ibu n abah
ida dapat rasa apa yg kak rohana rasakan..hati seorg ibu sepahit mana pun sifat anaknya terpaksa ditelan juga..harapan ida anak2 kita terhindar dr bersifat begitu...tak terfikirkah anaknya syurga itu terletak dibaaawah telapak kaki ibunya....menyakiti hati seorg ibu amat besar padahnya.

Idalara said...

hans..
semua lagu tentang ayah dan ibu memang sedap dan menyedihkan.

kakcik said...

Semoga derita Rohana akan segera berlalu pergi.

Berdoalah Ida, agar anak2 kita kalaupun tidak melimpahkan kita dengan kemewahan, setidak2nya hidup mereka senang dunia dan akhirat serta tidak mencelarukan hidup kita juga hidup mereka sendiri. Kalau terjadi juga, itu adalah ujian yang diberkanNya kepada kita.

Idalara said...

kakcik..itulah yg ida harapkan...sampai bila kak Rohana akan menaggung hutang anaknya...mudah2an aada jln penyelesaian kelak.

blueCITY® said...

salam,

hormati dan kasih lah ibu bapa dan org2 tua kerana mereka adalah masa depan kita.
bagaimana cara kita buat pada ibu bapa atau org2 tua lain tak mustahil kita juga akan diperakukan sama dengan anak2 kita atau org2 muda lain.

ps:
imam muda belum final la. next week baru grand final. tinggal 2 im lagi. hehehhe

Idalara said...

waalaikumsalam biru..
ada anak2 yang terlupa suatu masa nanti Allah akan bayar cash atas perbuatan mereka pada ibubapa mereka...

ps..yup sy tahu IM belum erakhir kerana sy sentiasa mengikuti...tersilap taip haritu...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...