Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, July 29, 2010

Cenderahati Dari KB

Bismillah.

Alhamdulillah akhirnya kain sutera crepe pemberian' B' padaku semasa ke Kelantan dua bulan lepas siap menjadi sepasang baju kurung moden..coraknya sangat simple kerana semasa disuruh memilih, tersangatlah malunya aku pada B...akhirnya apa yang ada depan mata itulah yang aku capai.... Cadangnya hendak dipakai pada Hari Raya nanti, Insyaallah..

Hanya seorang teman rapat di pejabat yang tahu tentang pemberian ini....tak kuasa nak heboh2 kat pejabat, kerana aku dah tahu sikap sesetengah rakan, lain di mulut lain di hati..di hadapan memuji, di belakang entahlah..bermacam2 gossip yang timbul, kerana status yang aku sandang ini boleh menimbulkan berbagai spekulasi bila menerima pemberian seseorang...jadi jalan yang terbaik diam2kan je.

Insyaallah tak beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan Al Mubarak akan menjelma..mudah2an kita semua dapat menjalani ibadah yang mulia ini dengan sempurna. Seperti biasa aku tetap mengambil tempahan almond london walaupun kali ini tidak sebanyak tahun lepas..kerana permintaan pelanggan tetap aku buat juga disamping dapat menambah pendapatan untuk hari raya nanti.

Ada seorang rakan dari FB meminta resepi almond london ini..insyallah di entry akan datang aku akan paparkan resepi tersebut bersama gambarnya sekali.

ps. muga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

10 comments:

Ibu n Abah said...

Ida..
cantik baju raya.. maka akan lebih bermaknalah lg pagi raya ni.... hihihihi...
jgn lupa... raya ni saya nak beraya kerumah ida....

CITY® said...

salam,

kini B dulu A, jangan ada C pula nanti.... hehehe

semoga sentiasa bahagia dan di berkati allah swt selalu. amin

Pn Kartini said...

salam my dear sis..:)

Memang cantik..lembut jek kaler sesuai dgn sis..:):):)

Idalara said...

salam akak.
alamak..dah tercerita tu baju raya hehehe..
insyallah akak kena datang satu hari raya tau..ida tggu

Idalara said...

salam Biru...
betul lah tu..dulu bekas hsb ida memang A...ngeee..
B jauh di mata dekat di hati..mungkin C dtg bila B tkde kot..:))

Idalara said...

salam dear tinie..
thanks..pemberian org mng semuanya cantik..

Thumbelina said...

wah,dah siap baju raya.(^.^)

ahmad humairi said...

salam,

dah ada baju raya...alhamdulillah...aku pakai yang lama gak...huuu.

Idalara said...

waaliakumsalam ahmad humairi..

alhamdulillah nasiblah ada pemberian org..

Idalara said...

hai arissa...
tahun ni sgt cepatnya baju raya siap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...