Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Koperasi Kawasan Barat sudahpun selamat berlangsung dengan jayanya, tanpa sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2009/2010 pula akan diadakan pada bulan Oktober 2010 nanti dan selepas itu bayaran dividen akan dibuat kepada anggota.
Seperti biasa saat yang paling mendebarkan ialah ketika mengira baki wang kehadiran anggota...wang yang telah diagihkan kepada anggota mestilah cukup dengan baki ditangan. Alhamduliilah, semuanya mencukupi..rasanya di tahun2 akan datang aku tidak mahu lagi dipertanggungjawabkan memegang wang kehadiran..angka RM5,000.00 memang sangat besar bagi aku, jika berlaku sesuatu akulah yg dipertanggungjawabkan..
Aku akan mengusulkan supaya wang kehadiran dimasuk terus ke dalam akaun anggota seperti yang dibuat kepada anggota dari cawangan, cara itu lebih selamat dan aku selaku pegawai akaun tidak menanggung risiko.
Aku sempat mengabadikan post kenangan di hadapan kaunter masuk Bangunan Agrobank yang berwajah korporat...
Dua orang kakitangan Koperasi sedang sibuk mengira kehadiran anggota, seperti biasa setiap kali mesyuarat koperasi, kehadiran anggota sangatlah tidak menggalakkan...lebih2 lagi mesyuarat diadakan pada hari sabtu..Tenguklah kerusi yang kosong di bahagian belakang dewan.
Di belakang sana adalah Anggota Lembaga Koperasi yang sedang dilayan oleh katerer...puan Mariana yang menyediakan masakan yang 'best' dan menyelerakan.
Selepas selesai semua mesyuarat Perwakilan Koperasi peringkat Kawasan, aku sudah mula sibuk membuat bayaran kehadiran kepada anggota di setiap cawangan..setiap hari ada saja panggilan dari anggota bertanyakan wang mereka...letih juga nak menjawabnya.
Alhamdulillah walaupun terlalu sibuk kesihatan aku agak baik sejak kebelakangan ini..mudah2an akan terus baik sehingga menjelang Ramadhan Al Mubarak nanti.
25 comments:
ALHAMDULILLAH DA SELESAI SUME
salam
alhamdulillah...
semoga sihat selalu
Jangan runsingkan fikiran, Insya Allah kesihatan Ida akan baik selalu. :)
tengok tang makan tu yang seronok tuh! hahahaa..
Wah....busy Ida...oghang kuat koperasi....
dah nak pose rupenye..
salam kak,
tahniah dan selamat berjaya dengan apa yang diusahakan. Kejayaan akan datang utk yang berusaha kan ?
alhamdulillah... terlaksana lagi 1 tanggungjawab.
moga tuan blog sihat & ceria selalu :)
alhamdulillah... terlaksana lagi 1 tanggungjawab.
moga tuan blog sihat & ceria selalu :)
ok la tu semua selamat.
salam ida...
bila dah selesai.. rasa lega fikiran.. kan...
Salam ziarah.
Tahniah kak kerana dapat memikul tanggungjawab yg diamanahkan dgn baik. Pengalaman akan semakin mematangkan kita dalam hidup.
SALAM.
PENING JUGA KEPALA KALAU BILA NAK TUTUP AKAUN, DUIT KELUAR DENGAN DUIT BERBAKI TIDAK BALANCE KAN!
Salam Al-Lavendari
memang tersangat lah peningnya sebab sy yg kean bayar jika tak balance...apa2pun alhamdulillah sejak buat keja ni tk penah lagi tak balance.
Waalaikumsalam shameel
Alhamdulillah..dan terimakasih...doa dr kwn2 juga tu.
waalaikumsalam ibu n abha
betul kata akka tu..selagi tk selesai rasa bimbang je.
salam abu muaz..
yup...ok dah..lega.
salam sdr piewahid
1 tanggungjwb yg agak berat...ada lagi yg menanti
terimaksasih doa sdr.
waalaikumsalam
terimaksih cikgu zam...
apa saja kalau tk diusahakan pasti tkkan dpt kita miliki..
hamzah..
ye..sebulan je lagi kita dah nk berpuasa...dah terasa angin2nya.
mamawana...
tak lah kuat sgt...tp aagak2 penting lah juga hihi
fa'atip
dah penat2 bekerja selera mkn pun bukan main lagi..pulak tu tk minum pagi..berganda2 laparnya..
salam kakcik
insyallah....muga2 begitu lah hendaknya...mudah2an kakcik pun sama.
waalaikumsalam biru..
thanks...hope u too
miez...
alhamdulillah..dah lega bila dh selesai.
Post a Comment