Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, July 03, 2010

Minggu Yang Sibuk

Bismillah...

Minggu lepas selesai sudah Mesyuarat Perwakilan Koperasi mengikut Kawasan..dan hari ini tiba pula giliran Kawasan Barat. Seperti biasa mesyuarat ini akan diadakan di bangunan Agrobank di Ibu Pejabat Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan bangunan Daya Bumi. Aku sebagai staff merangkap anggota Koperasi terlibat bersama semua staff..

Sementara menunggu sorang staff menjemput, sempat juga aku bersiaran di sini sekejap..semua persiapan telah disediakan sejak dua tiga hari yang lepas..dan semalam segalanya sudah siap. Sebagai kerani yang bertugas dibahagian Akaun, akulah yang bertanggungjawab membawa semua wang untuk bayaran kehadiran anggota..jumlahnya...biarlah rahsia...bahaya juga bawa duit cash ni, tapi dah tugas dan tanggungjawab nak tak hendak terpaksalah buat juga.

Mudah2an mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan cepat habis...selepas ini aku akan lebih sibuk untuk membuat bayaran kehadiran anggota di semua kawasan kecuali Kawasan Barat...dan membuat persiapan untuk mesyuarat Agung Perwakilan Tahun2009/2010.

okey.....dah nak bergerak....tunggu cerita selanjutnya selepas mesyuarat pulak...

10 comments:

Anonymous said...

chaiyok2 kak!

al-lavendari said...

salam. selamat bermesyuarat. hati-hati handle duit bebanyak tu .. !

kesian hari Sabtu pun kena kerja.

Kakcik Seroja said...

Salam Ida..

hati2 ya.. jaga keselamatan. :)

Acik Erna said...

salam ida..memang seronok hadir mesyuarat ni..dah la dapat duit..lepas tu seronok tunggu duit dividen pulak...

abu muaz said...

bawa duit banyak ada pengawal tak?

shameel Iskandar said...

Selamat bermesyuarat kak. Moga tercapai wehdatul fikr dan wehdatul 'amal dlm mesyuarat nnti.

Chenta said...

Dalam kesibukkan, jaga diri kak Ida .
Kesihatan dan keselamatan pun penting ..

Pn Kartini said...

Salam my dear sis...:)

sis..
sibuk2 tuu..ingat jaga kesihatan yaa..:)

p/s: Sis..bila ada kelapangan tuu..jemput singgah ke blog yaa..ada award utk akak tanda persahabatan:):)
Take care yaaa..:)

CITY® said...

salam

berapa rm dapat?
saya pergi undi ahli lembaga koperasi tentera dapat rm50 jer
hehehh...

Temuk said...

Salam Idalara
Semoga semua urusan berlangsung dengan baik dan dengan jayanya. Selamat maju jaya kepada koperasi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...