Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, July 11, 2010

Bunga Oh Bunga...........

Bismillah...


Kira-kira pukul 2 petang semalam aku dipelawa oleh MIMI ke pesta FLORIA di Putra Jaya...memanglah aku takkan lepaskan peluang keemasan itu. Kalau nak pergi sendiri rasanya memang tak mungkin aku pergi sebab tak ada kenderaan.


Aku memang sangat cintakan bunga-bunga, lebih2 lagi bunga orkid..semasa menetap di rumah sendiri di Cheras dulu, hampir 60 pasu yang mengandungi berbagai bunga menghiasi laman comel rumahku..bila pindah di sini aku bawa juga bebrapa pasu pokok bunga yang aku sayang termasuklah kira2 10 pasu orkid..namun keadaan rumah kedai yang kurang cahaya dan udara membuatkan bunga2 aku mati satu persatu..akhirnya sebelum semuanya mati.....pokok orkid aku serahkan kepada kakak cleaner yang bekerja di tempatku. Manakala pokok2 lain aku serahkan kepada klinik dan kedai makan di bawah kediamanku.

Kira-kira 5 tahun dulu orkid ini berharga RM45 satu pasu..aku taidak pulak bertanya berapa harganya sekarang, kerana aku tidak berhasrat membeli...tak tergamak tenguk bunga yang cantik ini mati lagi.


Oleh sebab aku sangat suka bunga orkid..aku seakan terlupa bunga2 lain...tenguklah orkid2 ini...memang sangat cantik.

Aiman Zarif leka melihat bunga2 orkid yang di susun begitu cantik..

Abdullah Zaki - sempat aku curi snap gambar dia diantara beribu orkid...susah betul si bungsu ni nak ku ambil gambarnya..isk..takkan malu nanti orang kata ' dalam hati ada taman'.
Berbagai2 gubahan terdapat dalam ruang tertutup ini...tapi aku sempat abadikan yang ini....sangat menarik...

Masing2 dah keletihan meronda...itupun diluar kawasan kami menaiki kenderaan yang disediakan..tak larat nak berjalan.
Anak bujang aku ni jenuh aku paksa bergambar...malulah kononnya.....sebulan dua lagi ni dah tinggi mengalahkan ibunya....silap2 bila berjalan sama, dari belakang orang ingatkan boyfriend mana pulak....

Hah! tenguk tu..bila dah kepanasan dan keletihan...tak perasan aku snap gambar Abdullah zaki sedang minum ais...makanan di tapak pesta ni boleh tahan harganya..air pun cuma RM1.00 ke RM1.50 sahaja..kalau mahal sangat kesian juga para pengunjung....tapi walau mahal pun nak tak nak terpaksa juga makan dan minum sebab dah kehausan dan kelaparan.
Sedang2 menaip entry ini, aku menerima pesanan ringkas dari ibu n abah @ akak @ rahmah..dia bertanyakan di mana rumah mak aku di Melaka...kerap juga akak balik Melaka...dengarnya akak nak bawa ayah mertuanya ke hosptital Serdang. Kami tak penah lagi bertemu walaupun bersaudara...asyik berselisih jalan je..belum ada rezeki nak bertemu..insyallah satu hari pasti bertemu...
Aku terus call akak..pertama kali kami bersembang..selalunya ber msg atau di blog saja...
kata akak...
"Bersembang dengan orang Melaka ni sama je bunyinya..."
Hahaha..tergelak aku dibuatnya...tu belum lagi bersembang dengan mak aku....tak sempat nak mencelah...ada je ceritanya...itulah uniknya orang Melaka.
ps semua orang ada keistimewaan masing2...ada kelebihan dan kekurangan.

25 comments:

Pn Kartini said...

salam:)

cantik bunga2 tuu...ros ada tak sis??mesti cantik kan..:):)suka!!:):)

Ibu n Abah said...

salam ida...
wajinnya ke pesta bunga...
akak terang2 cakap.. tak larat dan tak minat....
pertama kali dengar suara ida, macam dah biasa bual2.... MESRA...
Insya'Allah... Nanti raya kita jumpa.. sebab akak lama di Melaka... Dialysis pun di Melaka....

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam ida,
pgi tadi hjh Rahmah ada call akak, nak tau tempat jual ketupat nasi yang makan dengan sambal tumis dan kelapa.

Cikgu Zam said...

salam kak,
saya sangat tertarik dengan kata2 di bawah tu yg berbunyi
"semua orang ada keistimewaan masing2...ada kelebihan dan kekurangan."
terima kasih kak, selamat bergembira bersama keluarga,

Cikgu Zam said...

salam kak,
saya sangat tertarik dengan kata2 di bawah tu yang berbunyi "semua orang ada keistimewaan masing2...ada kelebihan dan kekurangan.

ummiross said...

Datang lah ke Sarawak,banyak betul pokok orkid yang dijual di pasar Satok pada hari Sabtu dan Ahad,semua cantik2,idalara pasti suka..

shameel Iskandar said...

Salam ziarah kak ida.

kak ida minat bunga rupanya.

piewahid said...

salam ida,
masa dia org buat kat tasik perdana dulu2, saya pernah pegi. mmg best. jln sampai nak tercabut lutut sbb nak tengok semua :)

ahmad humairi said...

biarkan bunga berkembang di atas tangkainya.

hans said...

owh benda ni dkt Putrajaya rupanya

mamawana said...

Salam..best dpt jln dgn anak2 ke pesta bunga tu...memang dalam hati sentiasa berbunga2... :-)

diriku said...

nice pict =]

yua said...

slm akak.. bunga orkid mmg cantik kan.. indahnya ciptaan ALLAH

Idalara said...

waaliakumsalam yua zawa
semua bunga sgt cantik..tp bunga orkid yg paling akak suka.

Idalara said...

salam diriku
mng very nice semua pics tu.

Idalara said...

waalaikumsalam mama
anak2 ni mulanya tk mahu ikit tp ida paksa...dalam hati sentiasa berbunga2 ye...

Idalara said...

yup di putrajaya..hari ni last day hans..

Idalara said...

salam ahmad humairi
namun ada juga tangan2 yang mematahkannya sebelum sempat ia berkembang..

Idalara said...

salam piewahid.
rasanya dulu sy pun penah pegi kt tasik perdana tu...bunga punya pasal lutut longgar pun tkpe..

Idalara said...

salam shameel
memang sgt minat tp sejak tinggal di rumah mcmni..minat terpaksa dikuburkan sementara.

Idalara said...

salam ummiros..
wah..kalau sarawak tu dekat pasti sy datang, di samping tu boleh gak jumpa kwn2 kat sana.

Idalara said...

salam cikgu zam
betul zam...kita semua tidak sempurna..hanya Allah yg maha sempurna.

Idalara said...

salam kak nora
kat kg ida ada org jual ketupat dengan sambal tumis tu...bila balik mst g beli..murah pulak tu.

Idalara said...

salam akak
rajin sbb ida mng suka bunga...bunga ni mesti kena minat dan suka..kalau saje suka2 nk tanam baik tak usah..nanti sudahnya mati je..

akka pun apa kurangnya..ramah..insyallah nnti kita jumpa ye.

Idalara said...

salam tinie..
banyak sgt bunga2 tu termasuk ros...akak suka juga ros tp lebih suka orkid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...