Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, February 11, 2010

Pengalamanku....

Kesihatanku masih tak berapa pulih hingga hari ini..Isni cuti....Selasa aku mc, Rabu keja dan hari ini aku kembali mc semula..rasanya tahun lepas hanya sehari aku mc..sebenarnya ada hikmahnya bila tak sihat begini..lebih mengingatkan aku pada kematian..bila sentiasa sihat kita lupa kematian bila2 boleh mengundang kita..namun semua org akan kata belum bersedia untuk mati..sedangkan kematian tidak mengenal siapa dan usia.

Selalunya bila kita bertemu teman2 lama pasti soalan yg akan ditanya: "Anak kamu berapa?"..tak pernah pulak org bertanya....isteri kamu berapa?harta kamu banyak mana?..rumah kamu berapa buah?..dan soalan yg sama sering ditujukan pada aku..bila aku jawab 3 orang, pasti mereka berkata..oooo..tak ramai ye..

Sebenarnya ramai yang tak tahu....aku pernah mengandung sebanyak 7 kali sepanjang usia perkongsian hidupku dengan arwah suamiku dulu...setiap kali mengandung dan melahirkan ada saja pengalaman pahit manis yang aku rasai..semua kenangan itu akan ku ingat sampai akhir hayatku.

Setelah hampir setahun berkahwin, aku disahkan mengandung, masa tu Allah saja yg tahu betapa gembiranya aku ..lebih2 lagi arwah suamiku..semasa diawal mengandung aku mengikut arwah ke Pulau Pinang kerana menyertai perlawanan sepak takraw antara Angkatan Tentera..sekembalinya aku dari Pulau Pinang aku keguguran..waktu itu kandunganku baru berusia 2 bulan lebih..pengalaman keguguran amat menyakitkan..lebih sakit dari melahirkan...pastinya aku sangat sedih.

Setahun selepas itu aku disah mengandung lagi..kali ini aku lebih berhati-hati takut kejadian pertama berulang kembali..namun diawal mengandung aku kerap bleeding..hinggalah doktor mengesahkan kandunganku itu menyongsang....Suatu petang aku mengalami pendarahan yg agak luar biasa.

Dengan bantuan jiran aku dikejarkan ke hospital Besar Kuala Lumpur..setelah urusan pendaftaran selesai arwah suamiku pulang ke rumah tanpa menduga aku terpaksa melahirkan anakku malam itu juga...dan malam itu dengan kebenaranku sendiri aku di bedah tanpa suamiku di sisi..akhirnya bayi perempuan seberat 1.5 kg selamat dikeluarkan dari rahimku...itulah anak perempuanku Hafatin Syafiqah.

Setelah bayi perempuanku berusia 8 bulan tanpa aku duga aku mengandung lagi..aku redha saja dengan pemberian Allah dan pasrah padaNya walaupun aku dimarahi oleh jururawat yang memeriksaku..kerana terlalu awal mengandung semula sedangkan aku baru dibedah...sejak kandunganku berusia 4 bulan aku kerap sakit2..hinggalah kandunganku berusia 6 bulan, setiap malam aku menangis kesakitan, aku rasa seperti bahagian atas perutku ditoreh dengan pisau.. sakitnya hanya Allah yang tahu..walaupun kandunganku baru 6 bulan namun perutku sangat besar..dipendekkan cerita akhirnya kandunganku terpaksa dikeluarkan secara paksaan juga tanpa suamiku di sisi...bayi lelaki seberat 1.3 kg disahkan meninggal sejurus selepas dilahirkan.

Selepas itu dua kali lagi aku mengalami keguguran sewaktu usia kandungan berusia 2 hingga 3 bulan.. setelah keguguran aku mengandung semula dan akhirnya setelah menunggu selama 7 tahun barulah aku selamat melahirkan Aiman Zarif secara normal di Hospital Besar Melaka...waktu itu baru aku tahu bagaimana sakitnya melahirkan cara normal tanpa sebarang jahitan.

Setelah Aiman Zarif berusia 1 tahun lebih, sekali lagi aku aku disahkan mengandung..pada mulanya aku tidak berapa gembira dengan berita itu, memandangkan Aiman masih kecil..namun akhirnya aku redha dan menerima pemberian Allah...sepanjang mengandung aku dengan arwah suamiku menaiki motosikal ke tempat kerja di Kuala Lumpur...sewaktu dalam perjalanan pulang kami terlibat dengan kemalangan jalanraya..kandunganku berusia hampir 9 bulan ketika itu...keadaan jalan yg licin akibat hujan menyebabkan arwah suamiku terlanggar pembahagi jalan...aku tercampak dari motosikal..menyebabkan bahagian pipi kiriku terhempas di atas jalanraya yang berpasir dan aku pengsan, Alhamdulillah kandunganku selamat...dengan pertolongan orgramai kami dikejarkan ke hospital HUKM..hampir sehari semalam aku pengsan manakala arwah suamiku mengalami luka dibahagian bibir sahaja...aku rasa seluruh penduduk taman perumahanku bekejaran datang ke HUKM bila mendapat berita kemalangan yang menimpa kami.

Amat mengerikan pada sesiapa saja yang melihat keadaanku pada waktu itu, sesiapa saja yg melawatku pasti akan menangis....dengan kandunganku yang sudah cukup bulan dan bahagian pipiku yang luka akibat tersembam di atas jalan..ramai yang melihat keadaanku pada waktu itu tidak dapat mengenaliku...dan mereka menyangkakan wajahku akan cacat selamanya..emak...hampir pengsan bila diberitahu kemalangan yg menimpaku..akhirnya setelah dua hari aku sedar dari pengsan, sekali lagi aku di bedah untuk melahirkan bayiku..seorang bayi lelaki seberat 1.8 kg dilahirkan..putihmelepak bak kapas hinggakan ada diantara rakan2 yang mengusikku jururawat tertukarkan anak..itulah Abdullah Zaki..

Alhamdulillah pipi kiriku pulih seperti sediakala cuma kesan terhempas di pipi kiriku akan terasa sakit hingga hari ini bila aku dalam keadaan tertekan atau kepanasan...itulah pengalamanku mengandung dan melahirkan anak2ku sepanjang hampir 20 tahun bergelar seorg isteri..suka duka semuanya tetap tersemadi hingga akhir hayatku.

ps..Bila pertama kali menjadi seorg ibu, barulah kita tahu betapa sukarnya seorg ibu melahirkan dan membesarkan kita...waktu itu kita lebih menghargai ibu kita...dan rasanya tidak tergamak mahu melukai hatinya.

20 comments:

Ibu n Abah said...

Ida,
walaupun pedih dan sedih akibat keguguran baby... mudah-mudahan anak tersebut menjadi pelindung dan bidadari di syurga..insya'allah.

Amieynna Amin said...

kak ida..
7kali mengandung..
sangat2 bermakna pengalaman akak..
alhamdulillah.. akak dkurniakan anak2 yang baik..

jaga diri ye kak..

azieazah said...

Salam IDA..

begitulah kita manusia ni. Tak lepas diuji dengan ujian. Hanya kekuatan hati dan semangat saja yang mampu kita gunakan untuk mendapat kebahagiaan..

Semoga IDA terus tabah dan bersyukur dengan apa yang ada hari ini...

zedmagel said...

Salam Idalara,

Semoga pengalaman anda akan dapat dijadikan panduan untuk semua rakan yang berkunjung ke rumah ini. Biasanya pengalaman banyak mendewasakan kita semua dan menjadi seorang insan yang tabah.

tajnur said...

Salam!
Nampak gaya cerita Pn Ida ni tidak punya byk saudara mara rapat yg sedia membantu apabila keadaan dlm kesusahan. Maksud saya, apabila Pn Ida berpindah kemana2, pastikan kita ada kawan setia, sdra mara yg dpt membantu kita kalau apa2 terjadi. Kalau tak ada, tugas kita bergaul dgn masyarakt ditmpat tinggal kita supaya mrk kenal kita. Tak apa Pn Ida,`be strong` masih ada mrk yg jauh lebih susah dari kita hidup dlm keadaan yatim piatu...

Idalara said...

salam akak..insyaallah mudah2an gitu lah hendaknya..

Idalara said...

salam dik mynna
yup pengalaman yg sgt berharga untuk kita lebih mengasihani ibu kita..

Idalara said...

salam aziezah..
tiap org ada ujiannya masing2..kekuatannya hnya pada kita untuk mengatasinya dan menghadapinya..alhamdulillah ida bersyukur dgn kurniaanNya.

Idalara said...

salam zed
yup pengalaman bnyk mengajar kita lebih dewasa dn bersabar tempuh dugaan.

Idalara said...

salam sdr tajnur..
sbnrnya salah tanggapan sdr..di mana saja sy tinggal sy pasti mendapat ramai teman2 dan yg rapat dgn sy..contohnya spt kata sy bila sy mengalami kemalangan seluruh penduduk taman datag menziarahi sy di hospital...insyaallah..cuma di sini sy tiada jiran tetangga kerana sy tinggal di kawasan rumah kedai.

hans said...

demam den pun xkebah2 lagi nih

selamat makan limau banyak2...hehehe

Anonymous said...

sedih gak pengalaman ko ni
takperlah... anak ko tu boleh membahagiakan ko

mamawana said...

Setiap ujian yg diberi pasti ALlah swt mengetahui yg kita mampu menghadapinyer. Allah swt telah menyediakan jalan2 keluar. Kita cuma perlu berikhtiar dan bersabar. Macam mama juga. Pengalaman sebelum mengandung. Ada ketumbuhan dlm perut, seminggu selepas operation perut masuk angin macam org mengandung 9 bulan. Rasa nak meletup perut, rasa cam nazak, setiap urat, setiap sendi, nak tarik nafas sakit, nak kuar nafas pun sakit di setiap urat dan nadi. Nak kentut pun azabbb giler meleleh air mata menahan sakit. Duduk sakit, baring sakit, bergerak sakit... azab betul masa tu. Alhamdulillah, 3 bulan lepas tu mama sah mengandung. Ida, I know you are strong woman...

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

Guru said...

assalammualaikum ida

pengalaman tersendiri bagi ida,
hanya ida yang rasa dan akan ida bawa hingga akhirnya kan...

saya doakan agar ida sihat
begitu juga anak2.... moga Allah beri ruang kesenangan di dunia dan akhirat nanti

Idalara said...

hans pun demam gak ke..akak dah ok tp hidung kasih berair lagi..

Idalara said...

mudah2an gitu lah ah fatt..mekasih singgah

Idalara said...

salam mamawana..
sedihnya baca kisah mama..lagi teruk dari ida..itulah pengorbanan kita seorg ibu kan mama..

Idalara said...

salam pakkaramu..terimaksih singgah.

Idalara said...

waalaikumsalam al kl citizen
terimaksih singgah..tiap wanita yg bergelar ibu pasti ada pengalaman sendiri..mudah2an al kl citizen juga sentiasa dilimpah rahmatNya dan sihat bersama family.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...