Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, February 05, 2010

Ibrahim Adham & Sebutir Kurma

Selesai menunaikan Ibadah Haji, Ibrajim Adham( seorg ahli Sufi terkenal) berniat untuk menziarahi Masjidil Aqsa. Beliau singgah membeli sedikit kurma dari seorg pedagang tua berdekatan Masjidil Haram untuk bekal perjalanannya.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim ternampak sebutir kurma di tepi alat timbangan. Menyangka kurma itu adalah miliknya, Ibrahim memungut lalu memakannya.

Empat bulan perjalanan, Ibrahim tiba di Masjidil Aqsa, Seperti biasa dia memilih ruangan di bawah Kubah Sakhra. Di sana, dia solat dan khusyuk berdoa apabila tiba2 dia terdengar perbualan dua Malaikat mengenai dirinya.

"Itulah Ibrahim Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak, yang doanya selalu dikabulkan Allah" kata Malaikat pertama.

"Sekarang tidak lagi, sejak empat bulan lalu, doanya ditolak kerana memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat Masjidil Haram." balas Malaikat kedua.

Ibrahim Adham tersentak mendengar perbualan itu. Dia terhenyak kerana amat tidak menyangka selama empat bulan ini segala ibadatnya tidak diterima Allah semata-mata kerana memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

Ibrahim Adham beristighafar panjang. Dia terus berkemas untuk berangkat ke Mekah. Dia mahu bertemu pedagang tua itu untuk minta halal terhadap sebutir kurma yang dijamahnya. Tetapi di gerai kurma itu, hanya ada sorang anak muda di situ.

"Empat bulan lepas, saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Di mana dia sekarang?" tanya Ibrahim Adham.

"Pedagang tua itu iaitu ayah saya, meninggal dunia bulan lalu, sekarang saya yg ambil alih perniagaan ini" kata anak muda itu.

"Innalillahiwainnahilaihiraji'un. Pada siapa saya hendak minta halal?" Keluh Ibrahim Adham, lalu dia menceritakan semua yang berlaku.

"Sebagai ahli waris pedagang tua itu, bolehkah engkau halalkan sebutir kurma milik ayahmu, yang saya makan tanpa izinnya dahulu?" Ibrahim Adham bertanya pada anak muda itu.

"Saya tidak ada masalah, saya halalkan, tetapi tidak tahulah 11 org saudara saya yang lain, semua mereka ada hak pewarisan sama seperti saya" kata anak muda itu.

"Di mana mereka? saya ingin temui mereka seorg demi seorg" pinta Ibrahim Adham.

Setelah beroleh alamat, Ibrahim bertemu seorang demi seorang anak pedagang tua itu yang semuanya tinggal berjauhan. Dia berjaya beroleh restu mereka terhadap sebutir kurma yang dimakannya.

Empat bulan kemudian, Ibrahim Adham sudah berada di bawah Kubah Sakhra semula. Tiba-tiba dia mendengar dua Malaikat berbual.

"Itulah Ibrahim Adham, yang doanya tertolak gara-gara menjamah sebutir kurma milik org lain."

"Sekarang tidak lagi, semua doanya sudah makbul, dia sudah dihalalkan oleh semua waris pedagang kurma itu. diri dan jiwa Ibrahim Adham sudah bersih dari kotoran akibat sebutir kurma yang haram. Sekarang dia sudah bebas"

ps: yang halal tetap halal yag haram walaupun sebesar zarrah tetap haram.

9 comments:

SYAbAR said...

takut sgt kan IDA bila terfikir hal2 camni....

Ibu n Abah said...

Ida,
jika ini menjadi panduan setiap umat2 islam..maka indahlah ugama ini.. tiada rasuah.. tipudaya.. mencuri...
dan segala kemungkaran.

shaniza said...

Salam..
Ibnu Hibban pernah berkata: "Tidak akan masuk Syurga daging dan darah yg tumbuh dari usaha yg haram. Bahkan Neraka lebih patut baginya."
Jika Ibrahim Adham seorg yg terkenal dgn sifat zuhud dan waraknya amat takut akan balasan Allah dan bersusah payah sebegitu, kenapa lah kita yg selalu alpa pd Allah dan byk dosa ni tak takut sebegitu? Semoga Allah menerima taubat kita dan menjadikan iman kita sekuat Ibrahim Adham.

tajnur said...

Salam!
Kejujuran adalah sesuatu yg hilang dr muka bumi ni ibarat mencari mutiara dalam lumpur dipadang yg luas. Memang manusia sentiasa melakukan kesalahan tetapi dgn rahmatNya hendaklah kita sentiasa bertaubat, islahkan diri dan memohon keampunan dariNya sebagai hamba Allah yg dhaif. Wallahualam

Idalara said...

betul syabar..
rasanya tk terikut cara Ibrahim Adham ni..

Idalara said...

ibu n abah..
betul tu..tapi sgt susah nak dapt begitu dalam keadaan sekarang..

Idalara said...

salam shaniza..
perkara yg baik mng sukar untuk jadi ikutan..namun kita sebagai manusia harus sentiasa meminta ampun darNya da bertaubat.

Idalara said...

salam sdr tajnur..
itulah sebaiknya..kerana kita manusia mng sentiasa tak sunyi dr membuat dosa dan kesilpan.

zedmagel said...

Begitu lah, sangat sukar untuk mencari seorang saufi di zaman ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...