Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, February 21, 2010

Si Bungsu Dah kembali

Muka keletihan sekembalinya dari program modul Hijrah Ilmu..
Alhamdulillah kira2 pukul 4 petang tadi anak bungsu aku dah kembali semula ke rumah..tak sabar2 rasanya nak tahu cerita dari Abdullah Zaki....sebenarnya masa pegi haritu dia bukanlah sihat sangat..masih batuk dan selsema lagi...tapi bila aku tanya..adik ok ke...dia cepat2 jawab..."OK"...punya lah bersemangat nak pegi.

Waktu sampai tadi dia mencium tangan dan pipi aku..mcm tak sabar2 nak suruh aku cium pipi dia...bila tanya best tak dik.."best sangat" katanya..tapi tak tahu macamne nak cerita sebab banyak sangat aktiviti..yang dia ingat..mandi kolam, solat berjemaah, dengar ceramah agama dan bimbingan UPSR....

Lega hati aku bila tguk dia dah boleh berdikari dan lepas dari bantuan abgnya..lain2 kali taklah hati aku bimbang sgt nak lepaskan dia..anak lelaki mesti begitu...sampai masa nanti pasti akan tinggalkan ibu untuk menuntut ilmu...mudah2an anak2 lelakiku akan berjaya di dunia dan akhirat...insyaallah.

ps..sejauh manapun kita pergi ibubapa jangan dilupa..tiada mereka tiadalah kita di dunia fana ini.

26 comments:

mamawana said...

Salam ida.....

Seronok nengok anak Ida hadir ke Majlis Hijrah Ilmu tu. Macam pengalaman anak2 mama jugak. Alhamdulillah selamat kembali. Harap anak2 Ida berjaya dlm pelajaran dan menjadi anak2 yg solleh. Amiiin.

Ibu n Abah said...

Ida,
nampak kepenatan Abdullah Zaki.. semuga Abdullah Zaki akan membawa pulang 5A dalam UPSR tahun ini.. Amin Ya Rabbal Alamin...

abu muaz said...

Salam. Beritahu Abdullah Zaki bahawa Zubir AlAwwam adalah seorang budak lelaki yang hebat zaman kecilnya.waktu Umar alkhattab melalui sebatang jalan semua kanak-kanak lain melarikan diri tetapi zubir tidak berbuat demikian. Bila umar tanya kenapa dia tidak lari dia menjawab jalan masih lagi luas untuk khalifah melaluinya.Bila dewasa dia menjadi panglima tentera Islam yg sangat hebat.

Pn Kartini said...

Salam my dear Sis Idalara.:):)
Moga anakanda Abdullah Zaki jadi anak yang soleh..dan berjaya nanti..InsyaAllah:):)

Moga sis sihat..:)

imanshah said...

Alhamdulillah, banyak ilmu yg dipelajari

kakcikseroja said...

Salam Ida..

Kita doakan yang terbaik buat anak2.. bukan untuk kita, tapi untuk masa depan meraka - semoga sejahtera di sini juga di sana nanti. Insya Allah.

shaniza said...

Salam..
Mudah-mudahan menjadi anak yg soleh dan berjasa kepada ibunya..

ai@reel said...

beruntungnya anak bongsu ini.....membuatkan saya sedikit cemburu..eheh

CIKGU ZAM said...

salam,
syurga di bawah telapak kaki ibu (",)

Ah Fatt said...

jangan nakal2 abdullah zaki --> nama dia ler ni?

zedmagel said...

Salam Idalara,

Tentulah kerinduan Abdullah Zaki kepada ibunya tinggi mengunung, maklum terkurung beberapa hari bersama teman. Akan meminta masakan dan hidangan itu dan ini dari mama kesayangannya yang seorang ni.

qaseh um masyitah said...

salam Ida
alahai,memang nampak letih sangat anakanda Ida...takpe,semua tu nak train dia lebih berdikari dan berjaya demi masa depannya.

Rashid said...

Salam

Betultu kak ida. Anak lelaki perlu dilatih agar kuat semangat, tak mudah nangis..

Moga membesarnya dia dengan pelbagai ilmu. Makin membesar makin dia sayang kat ibunya..

Idalara said...

Salam rashid
alha,dulillah dia sgt berani wlupun fizikal kecil dn anak bungsu lagi..insyaallah

Idalara said...

salam qaseh..
mng letih sgt dia tp masih boleh bermain lagi dgn abgnya.

Idalara said...

salam Tn Hj Zed..
rasanya rindu tu mnglah..ibu dia lagi rindu dn risau tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Idalara said...

yup fatt..nama anak bungsu sy tu..

Idalara said...

salam cikgu zam..
mudah2an kita sentiasa berdoa untuk ibu dn tidak melukakan hati ibu..

Idalara said...

salam aireel..
anak apa pun semua beruntung..cuma yg bungsu ni lebih sikit..tak dimanjakan tp dia sndri yg memanjakan diri..

Idalara said...

salam shaniza..insyaallah mudah2an hingga akhir hayat akak bersama anak2

Idalara said...

salam kakcik syg..
behitulah harapan kita sebagai seorg ibu..mahukan yg terbaik buat anak2

Idalara said...

alhamdulillah..banyak yg dipelajari dn nampak bnyk perubahan pda Abdullah Zaki.

Idalara said...

salam tinie..
insyaallah itulah saja harapan kak ida..

Idalara said...

salam sdr abu muaz..
saya dah ceritakan pada dia..mudah2an abdullah zaki juga menjadi anak yg soleh.

Idalara said...

salam akak..
itu saja harapan ida..mudah2an berkat doa sahabat semua.

Idalara said...

salam mama
yup pengalaman yg sgt berguna dan tak perlu dibayar pulak tu..bukan mudah nak ikuti program seperti itu..insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...