Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 02, 2010

Bonda Yang Merindu dan Adik yang Sakit!!

Semalam 01 Jan 2010, sekali lagi tanpa dirancang aku mengikut kata hati balik Melaka..gerak hati kuat menyuruh aku balik menjenguk emak dan abah..kebetulan pula ada barang2 HPA yang emak pesan 2 minggu lepas masih belum aku kirimkan...barang2 HPA itu hanya alasan saja..yang sebenarnya aku ingin sgt balik jenguk mak dan adik perempuan bungsuku yg sedang sakit akibat alahan!!...alahai kesiannya.

Waktu dalam perjalanan aku hubungi mak..suara mak agak ceria bila dengar aku nak balik, tapi airmataku rasa macam nak tumpah bila mak tanyakan abangku yg ke 3...sejak bekerja semula selepas Hari Raya Qurban lalu dia dah tak ziarah mak abah, terlalu sibuk katanya, bekerja tak tentu masa..mak kata dia dah rasa rindu kat abang yang ke 3 itu..(haruskah ibubapa menyatakan rasa rindu pada anak2 supaya anak2 balik menjenguk mereka?)aku tiada jawapan untuk soalan ini........

Sampai di Melaka Sentral kira2 pukul 11.30 pagi, kakak iparku iaitu isteri kepada abang yg ke 3 telah sedia menanti..aku beritahu apa yg mak kata padaku sekejap tadi...aku tahu mak memang sgt rindu pada semua anak2 jika anak2 tak menjenguk mak..semakin tua mereka semakin mahukan perhatian anak2..mak abah bukan mahukan duit anak2, mereka dah ada segala2nya..mereka hanya mahu anak2 melapangkan masa memziarahi mereka...kadang2 aku pun tak faham abg aku ni..aku yg dok jauh..tiada kenderaan..sanggup turun naik bas semata2 nak berjumpa mak abah...ini duduk dalam satu negeri satu daerah pun payah...hanya mengambil masa 1/2 jam saja perjalanan ke rumah mak itu pun susah!

Sampai di rumah mak dah siap memasak..ikan pari masak asam pedas...perut yg masih kenyang terasa lapar semula dek penangan masakan seorg ibu..3 jam bersama mak macam2 cerita kami sembangkan...tapi yang paling buat aku tergelak besar bila mak kata, "abah kau tanya dak midah (panggilan org melaka...)balik mengejut ni nak nikah ke...nak amik borang nikah ke"...aduh....nape sejak kebelakangan ni ramai sgt yg tanya soalan tu,mcm dah hampir benar......oooo...no...calon pun tkde lagi....!!

Selepas sessi peluk memeluk, cium mencium antara aku dan mak berakhir..aku beredar meninggalkan mak menuju ke rumah adik perempuan yang terletak kira2 10 minit dari rumah mak...aku hanya ada dua org adik perempuan..... so yang aku nak ziarah ini adik perempuan yg bungsu..dia ni lah yg sering menjaga anak2ku bila musim cuti sekolah, dia yg tak pernah berkira denganku membuatkan aku pun tak pernah berkira dengannya......tapi di musim sekolah kali ini anak2 tidak dapat ku tinggalkan di rumahnya kerana dia sedang sakit teruk akibat alahan!!...teruknya...

Kesiannya dia sebab tiap kali mengandung itulah yang dia alami..badan yang berisi jadi kusus kering kerana tak lalu makan minum..bukan tu saja..nak pandang muka suami pun tak lalu, (sakit akibat buatan org lah ni)..kebetulan isteri adik lelaki bungsu ku juga sedang mengandung..dia sihat walafiat..makan minum semua ok..takde masalah..adik lelaki ku pernah tanya...'kak mar tu tak boleh lawan ke?'..

Apa dia ingat perkara alahan,mabuk, pening akibat mengandung ni boleh dibuat2, direka2 dan dilawan2?..tak semua wanita yang mengandung mengalami situasi yg sama..ada yang tak mabuk dan tak mengalami alahan..contohnya aku ni..7 kali mengandung aku langsung tak merasa mabuk atau alahan..aku tak tahu apa tu mabuk atau loya2, Alhamdulillah itulah keistimewaan yang Allah kurniakan padaku....berbanding dengan adik perempuan bungsuku ini.....sepanjang 3 bulan pertama mengandung dia akan mengalami alahan dan mabuk yg sangat teruk..3 bulan pertama dia akan berkurung di dalam bilik yg tidak bertingkap dan ditemani cahaya lampu yg malap..!!..kesian anak2 dan suaminya..mujurlah dia mendapat jiran yg sangat baik hati..sepanjang tempuh itu jiran tersebutlah yg memasak dan menjaga anaknya yg ke 4 (anak ke 4 baru 1 tahun lebih)

Sampai di rumah adik..aku paksa dia keluar dari 'gua pertapaan' nya..alahai..kesiannya..badan yang dulu montok berisi dan kurus kering..muka pucat dan tak bermaya..aku sempatlah berceramah kat dia supaya 'stop' lepas ni...kesian kat diri sendiri, suami dan anak2 yg masih kecil..ekonomi rumahtangga belum stabil..memanglah anak kurniaan Allah tapi tak semestinya tiap tahun mst mengandung....kesihatan diri mst dijaga..bila dah mabuk2 begini keja pun terpaksa dilepaskan sebab tak larat...(sebelum ini dia bekerja sebagai tukang masak di pusat ikan bakar Terapung Umbai)..dia hanya diam bila dgr aku bersyarah..kalau dia cakap banyak kejap lagi dia akan muntah..alahai...


Menjelang 4 petang aku tinggalkan kampungku yg permai dan menyimpan sejuta kenangan pahit manis..ntah bila aku akan kembali semula..tahun 2010 abdullah zaki akan menghadapi UPSR..aku kena beri lebih tumpuan padanya..segala aktiviti balik kampung dan berblog terpaksa aku kurangkan..namun bila rindu menyapa akan ku gagahkan diri menziarahi mak abah dan semua rakan2 di blog ini..Siapalah aku tanpa blog ini!

ps.....tiada kenangan yg paling indah selain dari waktu remajaku...andai boleh ku undurkan waktu..aku ingin kembali seperti dulu.

11 comments:

abu muaz said...

Salam. Bila kita tua nanti dan anak-anak sudah mempunyai kehidupan sendiri kita akan merasai apa yang dirasi oleh ibu dan bapa kita sekarang.

Kakcik Seroja said...

Salam Ida sayang...

teringat bait2 lagu..'masa yang lepas, takkan kembali lagi....'

semoga masa yang mendatang lebih baik dari masa yang berlalu...

Maiyah said...

lama x balik melaka huhuu.. mak kak ida rindu ngan abg tu, org tua mmg xkan ckp terang2

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam sayang Kak Ida..
Mak bapa memang sentiasa ingatkan anak2 tp anak2 yg sering lupa mak bapa bila dah tua. Ni pun berlaku pd abang saya...mak selalu sebut tp dia tak muncul2 (menghilang diri tak dpt dikesan)
Semoga kita dpt membahagiakan ibu bapa sementara mereka masih ada...
Saya hanya ada mak saja dan tinggal dgn adik..

Idalara said...

salam sdr abu muaz
muga2 anak2 kita kelak akan sentiasa mengingati kita ibubapa mereka..seringkali apa yg kita lakukan pada ibubapa begitu juga yg akan anak2 lakukn pada kita..

Idalara said...

salam kakcik sayang..
tk mungkin masa yg lepas akan kembali semula kan..kita hnya mamapu mengenang saja..

Idalara said...

salam maiyah..
maiyah ni org melaka ke..
gitulah org tua..hnya pendam dalam hati dn luahkan pd anak2 tertentu saja.

Idalara said...

salam shaniza..
sedihnya akak tahu kisah shaniza..doa2kanlah muga abg shaniza akan kembali..dan jagalah mak dan adik sebaik2nya..

Dj Epoi said...

Salam..Kak

Tetiba!
Gua terpikir....
Mesti mak bapak kita tak call dan suruh kita pulang kekampung kan..?
Walaupon mereka rindu pada kita dan cucunya....

Weih......nak kena arrangge masa balik kekampung nih Kak..

Tq Kak....Entry nih kebetulan untuk Gua..

Ibu n Abah said...

ida,
baguslah ida fikirkan begini..
lagi payah ida nak berulang..tapi makin kerap pula ida menjengok ibubapa..
lagilah banyak pahalanya..
Muga2 kedua-dua anak ida akan mengikut sikap ida yang sayang dan hormatkan kedua ibubapa....
Insya'allah...

Anonymous said...

sedih plak bila membaca entry kak ni

ialah ibu bapa tidak akan cakap dia rindu kat kita cuma boleh nampak air mata jatuh bila kita balik ....uhuhu

saya pernah merasainya dan tersa insaf sungguh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...