Bismillah...
"Ayah dan ibu
ayah dan ibu
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari
ayah dan ibu"
Setiap kali mendengar lagu Allahyarham Sudirman ini pasti aku rasa terlalu rindu pada mak dan abah, rasanya sekarang juga nak balik berjumpa mereka..bila mengenang jasa dan pengorbanan mak dan abah sertamerta aku teringat nasib seorang ibu ini.
Memandang wajah kak Rohana (bukan nama sebenar) aku memang dapat rasakan dia menyimpan sesuatu rahsia dalam hatinya..aku mengenali kak Rohana sejak tahun 1995, beliau bertugas sebagai pencuci pejabat di Syarikat aku bertugas. Sejak 2003 kami berpisah bila bahagian pentadbiran berpindah di Bandar Baru Salak Tinggi, manakala pekerja pencucian tetap tinggal di bangunan Agrobank di Kuala Lumpur.
Semasa ke Kelantan baru-baru ini aku duduk sebilik dengan kak Rohana, dia memang seorang yang lemah lembut, dengan semua orang di bahasakan dirinya "mak" hinggakan dengan aku pun dia kerap tersasul..membahasakan dirinya 'mak' padahal usia kami tidaklah jauh bezanya...
Kesian nasibnya...suami kak Rohana meninggal 4 tahun yang lepas..meninggalkan kak Rohana dengan sepasang anak...kedua2 anak beliau sudahpun bekerja dan yang lelaki sudahpun berumahtangga, aku menghadiri majlis kenduri anak kak Rohana 2 tahun yang lepas..tetapi jodoh anak kak Rohana tak panjang, tahun lepas dengarnya sudah berpisah.
Apalah malang nasib kak Rohana, sudah letih mengandungkan anak selama 9 bulan, memelihara, membesarkan dan memberi pelajaran. Kalau dihitung tak tercatat berapa banyak pengorbanan seeorang ibu, berapa banyak airmata yang tumpah, berapa banyak keringat yang menitis sepanjang membesarkan anak2. Bila anak2 sudah dewasa dan bekerja dapatlah menumpang seringgit dua dengan anak2, tak payahlah kak Rohana bekerja lagi...tapi sebaliknya pula yang berlaku.
Rupanya sekarang kak Rohana terpaksa membayar hutang anak lelakinya dengan seorang 'along'...kesian kak Rohana..wajahnya yang muram menyimpan kisah duka yang terpaksa ditanggung sendiri...bayangkanlah pendapatan seorang pencuci pejabat...terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh anaknya pula jika mahu nyawa anaknya selamat....
Itu nasib kak Rohana..bagaimana pula nasibku nanti..nasib ibu2 tunggal di luar sana..rasa nak menitis airmataku bila mengenang hal ini...mengapa seorang anak sanggup melihat ibunya menitiskan airmata demi menyelamatkannya...mengapa seorang anak begitu tega membuat seorang ibu menanggung kesusahan yang telah dicipta sendiri..mengapa...
ps aku tak sanggup melihat mak bermuram durja apa lagi menitiskan airmata...setiap saat aku sentiasa berdoa muga mak dan abah tidak disakiti oleh seorg pun anak2nya.