Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 23, 2010

Untukmu Anak2..


Kuah durian makan bersama roti...favourite aku dan Aiman Zarif...


Ikan duri masak asam pedas berempah bersama terung..


T-shirt pengakap dan kasut bola idaman Abdullah Zaki
Hari ini bercadang nak ke tempat keja..bos dah bagi senarai nama ahli seramai 1450 org untuk pemulangan Takaful Keluarga Barakah..sebelum akaun ditutup pada bulan April ini semua bayaran mesti diselesaikan..aku memang suka bila diberi keja..at least aku tk duduk buang masa di rumah tnpa membuat apa2 keja..pun sebenarnya masih ada keja2 di ofis yg belum selesai..terutamanya bank reconcilition..mst juga di siapkan sblm akaun ditutup!

Untuk buat pemulangan bukannya mudah..setelah no ahli dicari..di mana cawangan dan no akaun lengkap barulah wang dikreditkan ke akaun mereka...pening juga kepala nak siapkan..tapi tkpe..bekerja dengan cabaran ni lebih bagus...

Tapi cadangan tinggal cadangan..pagi2 lagi Abdullah Zaki dah mengingatkan aku supaya ke Nilai untuk membeli t-shirt pengakap dan juga kasut bola..kecil jangan disangka anak..itulah Abdullah zaki..fizikal je kecil tapi aktif bersukan dan bermain bolesepak...semalam dia bagitahu aku dia dipilih menjadi ketua rumah kuning..tak sangka juga anak bungsuku ini jadi ketua pasukan rumah...
Sebelum keluar rumah aku sempat memasak..ikan duri @ ikan mayong masak asam pedas dengan terung dan sempat juga aku buat kuah durian untuk dimakan dengan roti, sape2 yg berminat nak resepi ini silalah mintak dgn aku ye...:) Aiman Zarif bersekolah hari ini..so aku hnya keluar berdua dengan Abdullah zaki...jadi sebelum keluar aku mesti masakkan untuk Aiman Zarif..
Di Nilai..tiada kedai yang menjual t-shirt pengakap..lantas ku menaiki komuter ke Warta Bangi, nak ke Warta aku terpaksa menaiki teksi..waktu pergi aku dikenakan bayaran sebanyak rm8.00 oleh pemandu lain, peliknya waktu balik pemandu teksi dgn muka tak bersalah berkata RM10.00.... bila lihat aku mengerutkan kening, dia buat bodo je... mcmne dia kirapun aku tk faham..rasanya pergi balik sama je.......takpelah..aku halalkan je kalau dia kira mcmtu.
Di Warta terdapat sebuah kedai milik bumi yg menjual semua jenis uniform sekolah, seperti baju putih, baju pengakap, tunas putri. kadet sekolah dll...pendek kata sebut saja semua ada...aku tguk ramai juga ibubapa yg membeli uniform di kedai tersebut, selepas membeli t-shirt yg diidamkan aku ke kedai kasut pulak..cerah muka Abdullah Zaki bila apa yg diidamkan dah berhasil.....untukmu anak2..ibu sanggup korbankan jiwa dan raga..
Sebenarnya segalanya seperti diatur..genap tempuh 100 hari pemergian ayah anak2ku pada 19 Jan yg lalu, aku mendapat surat dari Bahagian Pencen ATM, memberitahu mulai Jan ini wang pencen arwah akan dikreditkan ke akaun ku..Alhamdulillah ringanlah segala masalah kewanganku selama beberapa tahun ini..insyaallah akan ku pergunakan sebaik mungkin untuk pelajaran anak2..dan untuk bahagian anak arwah di sana akan ku kirimkan secepat mungkin.
ps: Inilah hikmah yg menantiku selama ini..redha dan pasrah atas segala yg berlaku..aku dikurniakan rezeki yg tidak ku sangka2kan selama ini..padaMu Ya Allah ku panjatkan kesyukuran atas kurniaanMu ini.

21 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt.
Tabahkanlah hati puan untuk mendidik anak2! Saya faham bagaimana susahnya puan menjadi seorang ibu dan puan jugalah seorang ayah pada anak2 puan. Utk mengadaptsikan peranan sebagai ibu bapa bukanlah senang lebih2 lagi seorang perempuan. Ada ketika puan mesti tunjukkan ketegasan sebagai seorang `ayah` dan ada ketika puan juga mesti tunjukkan sifat kasihsayang sebagai seorang `ibu`, jika tidak anak2 boleh rosak akhlaknya dalam ertikata tak kurang perhatian dan tidak seimbang dari seorang ayah dan ibu... Wallahualam

Idalara said...

Waalaikumsalam srd tajnur..
jutaan terimaksih atas kata2 sdr..ianya berupa pembakar semangat untk menjadikan anak2 insan yg berjaya di dunia dan akhirat..sy pernah tersilap mendidik anak suatu waktu dulu..samaada sy seorg ibu yg gagal atau anak yg tidak mahu mengikut kata2 sy..
mudah2an sdr tajnur sentiasa dirahmati.

abu muaz said...

Moga sentiasa tabah dalam membesarkan anak-anak.Ingat semua itu adalah amanah.

Hassan said...

Damai rasa membaca tulisa anda ...

Teruskan menulis ...

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Nak la resepi tu kalau kak Ida nk bg.
Tahniah utk Abdullah Zaki dan semoga kak Ida lebih bersemangat utk menyiapkan kerja dan melayani karenah anak2...

IMANSHAH said...

Salam kak..durian ada ke sekarang..saya suka durian!!

Zaitun said...

salam Idalara


Takziah dan Al- Fathihah buat suami semoga arwah termasuk dalam golongan orang2 yang beriman.Harap Idalara sabar menempuh segala dugaan hendaknya.

Bubur durian dimakan dengan roti memang sedap.Keluarga kak Zai pun suka menu ni.

Maiyah said...

alhamdulillah.. sy bila tgk pic kak ida, sy akan cuba selami apa yg akak rasa.. dan sy tahu betapa akak sorang yg punya kekuatan yg tersemat

sesubgguhnya Allah takkan biarkan hamba2Nya dlm kesusahan apalagi spt ibu tunggal n anak2 yatim

hrp akak ceria slalu

FaAtip said...

Alhamdulillah, Allah jua yang Maha Mengasihani....semoga u sentiasa bahagia dgn anak2....

CITY® said...

salam,

wahhhhhhhhhhh
ikan duri masak kari cair tuh mmg kegemaran mak i dan ai juga
i suka i suka
heeeeeeeee
lapo laks
ekekkek

Anonymous said...

aslkm kak idalara.

apa kaba anak2 dan akak sendiri.

"ikan duri masak asam pedas tu kalau dicicah dgn roti sedapnya...uhuhuhu"

sehingga menjilat jari.....

Idalara said...

salam sdr hassan..
terimaksih sudi singgah..insyaallah sy akan terus menulis selagi terdaya..

Idalara said...

salam sdr abu muaz..
insyaallah sy akan tetap tabah..

Idalara said...

salam shaniza..
nnti kak ida bg resepi tu ye..coming entri..terimaksih dr akak ye dik.

Idalara said...

salam imanshah..
kat tempat akak melambak durian..rasanya mcm tk pernah putus pulak..akak pun mng hantu durian..ada stok lagi tu kt peti ais..

Idalara said...

salam kak zai..
terimaksih atas kunjungan ini..sgt bererti buat sy bila ramai yg sudi singgah.

Idalara said...

salam maiyah..
seprti maiyah juga..mudah2an kita tetap tabah menghadapi dugaan di dunia fana ini..akak rasa maiyah lebih tabah dari akak..

Idalara said...

salam aintsuperwoman..terimakasih..insyaalallah mudah2an dipermudahkan semua urusan sy dn anak2.

Idalara said...

salam biru..
kalau suke kena dtg umah ida ni..boleh ida jamu biruuu..

Idalara said...

salam aireel..
alhamdulillah walaupun agak sibuk kak ida sihat..cuma anak yg tk berapa sihat..

mng..kalau dibiarkan smalam lagi sedap kuah tu..

zedmagel said...

Salam Ida,

Gunakan wang itu sebaik mungkin. Harta anak yatim sangat sukar kita untuk menguruskannya. Mudah2an Ida mampu menafaatkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...