Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, January 19, 2010

Mengelak Kena Sihir

Di zaman yg serba canggih ini tidak mustahil masih ada manusia yg mengamalkan perbuatan sihir dan ilmu hitam kerana hasad dengki atau irihati.....dinyatakan beberapa cara dan amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam, sihir mungkin tidak mengenal siapa, ia boleh menyerang dan menganggu kita.....ketahuilah cara memagari diri dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah:
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua2 jenis tamar tersebut, makanlah apa2 jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w. yg berbunyi "Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk sebelum tidur:
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorg Muslim yang mempunyai wuduk, setiap Muslim yg berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini, mudah2an Allah akan menyucikan kamu. Kerena sesungguhnya tiada seorg pun dari mereka yg bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorg Malaikat. Malaikat tersebut tidak pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah! ampunilah dosa hambaMU ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci" (Riwayat AtTabraani)

3.Mengambil berat tentang Solat berjemaah:
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorg Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan berpeluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Menurut riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W telah bersabda: ertinya : "Mana2 kampung mahupun kawasan yg tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma 3 org, nescaya akan didampingi syaitan." (Riwayat Abu Daud)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah2kannya, sifat mempermudah2kan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai seseorg itu.

5.Membaca Doa Perlindungan apabila masuk ke dalam tandas:
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan, apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : ertinya:
"Dengan nama Allah, Ya Allah! sesungguhnya aku berlindung denganMU dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

ps: Hari ini genap 100 hari arwah bekas suamiku pergi menemui penciptanya..mudah2an arwah ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman dan diterima Allah segala amalannya..Sudilah kiranya sedekahkan Al Fatihah buat arwah...terimaksih.

24 comments:

tajnur said...

Salam!
AlFatihah! Takziah saya ucapkan dan bersabarlah menempuh dugaan hidup. Macamanapun kita yg hidup kena teruskan perjuangan dan kita masih ada tanggungjwb membesarkan anak2 yg diamanahkan kpd kita yg ada hubungan dgn Rasulullah! Rasulullah saw telah bersabda,"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekali-kali kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang-teguh dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah (AlQuran) dan Sunnahku"

Mamamat said...

Salam Puan
Tak tau nak tulih ape .. sedih
Al-fatihah teman untuk suami puan

Maiyah said...

al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

kak.. mmg kalo kita amal cam tips yg akak bg tu insyaAllah.. kita akan kool je hehe n kuat semangat.. serius

abu muaz said...

banyak amalan yang kita tak lakukan. maka timbullah pelbagai penyakit dan masalah. wuduk sebelum tidur bukan payah pun.... tapi tak buat juga.

FaAtip said...

salam dari saya.

terima kasih kerana berkongsi article ni. Zaman sekarang dah jadi macam zaman dulu2, ramai orang lebih suka jumpa bomoh. Akhir zamannnn.... :(

Al fatihah untuk arwah. Semoga u sentiasa tabah, insyaAllah.

Ibu n Abah said...

ida,
murni sungguh hati ida... masih mengingat untuk menyedekahkan al fatihah buat arwah...
al-fatihah...
selagi manusia bersifat dengi, selagi itu sihir berleluasa.... terima kaseh atas tips...

Arianni said...

Salam,

Mudah-mudahan menjadi amalan kita setiap hari..

Al Fatihah buat arwah bekas suami.. semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Unknown said...

wah... kak ida.. timer kasih atas nota dan peringatan ni.

CITY® said...

salam,

alfatihah...


ps:
saya pernah dikatakan terkena buatan sihir?
entah la, suka nak percaya

Idalara said...

Salam sdr Tajnur
jutaan terimakasih pada anda yg sudi singgah dn memberi kata2 yg sgt bermakna buat sy..insyaallah kata2 pesanan anda akan sy sematkan dalam hati dan jadikan panduan untuk menempuh hari2 yg mendatang.

Idalara said...

salam sdr mamamat.
terimakasih singgah..terimakasih sudi memberi sepatah dua kata baut sy.

Idalara said...

salam maiyah..
terimakasih..insyaallah..insan2 seperti kita sebenarnya perlukan banyak tips2 seperti ini..untuk lebih tabah dan yakin.

Idalara said...

salam sdr abu muaz..
kdg2 dek kerana terlalu sibuk maka yg wajib dan penting sering kita terlupa..mudah2an kita akan lebih beringat.

Idalara said...

salam aintsuperwoman
terimaksih atas kunjungan anda..lebih maju manusia lebih berani menggunakan ilmu dan amalan yg membawa kepada kemusnahan...muga kita dilindungi.

Idalara said...

salam ibu n abah@akak
insyaallah selagi ida bernyawa ida tetap akan sedekahkan al-fatihah dan bacaan surah yasin untuk arwah..selagi bernama manusia dan hasad dengki selagi itulah amalan sesat itu dilakukan..

Anonymous said...

aslkm kak.al fatihah....

terima kasih singgah doblog saya..

ayat kursi juga kalau diamalkan,insyallah boleh menjadi pendiding dari unsur jahat

Kamsiah yusoff said...

semoga arwah dipermudahkan urusannya disana...tingat entri ida masa melawat arwah kat hospital dulu...

kakna said...

al-fatihah buat arwah.. juga untuk mereka-mereka yang telah pergi buat selamanya..

Idalara said...

salam Arianni
insyaalah dan terimaksih singgah di sini.

Idalara said...

Azman@krueger..
sepatutnya kak ida yg berkata wah!..tak sngka Azman singgah kembali..terimaksih ye..

Idalara said...

salam biru..
ye ke..pastinya ada seseorg yg dengki dgn biru tu...thanks biru atas AlFatihah untuk arwah.

Idalara said...

salam aireel..terimaksih juga singgah di sini...yup betul amalkan AyatulKursi insyaallah

Idalara said...

salam kamsiah..ida juga masih teringat saat2 ida melawat arwah..rasa mcm baru semalam.

Idalara said...

salam kakna..mekasih singgah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...