Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, March 28, 2010

Muga Selamat pergi Dan Kembali...

Alhamdulillah...semalam selamat sudah abah dan mak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah buat kali ke 5...bila dikenang kembali kehidupan masa lalu, rasa macam tk percaya mereka telah berjaya menunaikan Fardhu Haji dan mengerjakan Umrah sehingga beberapa kali. Kehidupan masa anak2 masih kecil teramat susah dan umpama kais pagi makan pagi..namun berkat usaha mak abah..alhamdulillah semua impian jadi kenyataan.

Saat-saat mak dan abah melangkah masuk...abah dan mak sangat teruja untuk ke Tanah Suci lagi..
Sewaktu pemeriksaan untuk 'check in'....mudah2an abah dan mak selamat pergi dan kembali...dan dipermudahkan dalam segala urusan mereka di sana kelak.

Sempat mengabadikan gambar kenangan bersama mak dan abah sebelum masuk untuk penerbangan.
Entah bilalah pula tiba giliran aku untuk ke sana..insyaallah suatu hari nanti aku pasti akan ke Sana juga untuk menunaikan kewajipan yang satu ini...mudah2an segala perjalanan hidupku dipermudahkan supaya aku juga sampai ke matlamat yang diidamkan...insyaallah.
Hati aku rasa agak lega bila diberitahu abah dan mak selamat sampai di Karachi kira2 pukul 6 petang semalam..pernah sebelum ini sewaktu hendak mengerjakan Umrah dua kali penerbangan batal gara2 kerosakan kapalterbang dan visa tidak diluluskan kerana kesilapan pihak yang menguruskan..penerbangan terlewat hampir 2 hari..namun berkat doa mak abah akhirnya mereka selamat juga meneruskan hajat.
Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan kembali.

17 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam
selamat jalan..selamatlah semuanya...moga ditenangkan hati dan jiwa masa disana...

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah.. rezeki dari Allah..

semoga Ida juga akan segera berkesempatan untuk ke sana. Insya Allah. :)

Maiyah said...

slmt berumrah.. sy tringin sgt nk gi sana tp blum sampai seruan lagi kot

mamawana said...

Salam....

Ada rezki nanti jom kita pi ramai2 buat umrah dan haji. Amin.

Utk emak dan abah Ida semoga selamat pergi dan kembali, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan di beri kesihatan utk menunaikan umrah dgn sempurna. AMin.

Idalara said...

salam kam..
insyaallah muga doa kam mengiringi penmergian mereka.terimakasih

Idalara said...

salam kakcik..insyaallah..yg penting telah ada niat dn muga dipermudahkan oleh Allah

Idalara said...

salam maiyah..semua kita mahu ke sana namun belum ada rezeki lagi..

Idalara said...

salam mama...insyaallah..kita pasti sampai ke sana jua.
terimaksih doa dr mama untuk mak abah ida.

orang muo said...

Ibu dan ayah adalah segalanya. Mereka permata tak ternilai perlu sentiasa tersemat kasih-sayang dijiwa anak2 sepenuh hati. Apabila mereka tiada barulah kita [anak2] tersedar betapa kasih sayang mereka terhadap anak2 amat menebal. Syukur ibu bapa ini mempunyai anak2 yg soleh & solehah. Amin...

Rashid said...

salam

Moga emak dan abah selamat pergi dan balik.. tenang kat sana..

zedmagel said...

Salam Idalara,

Bertamulah ke Mekah mudah-mudah kita mendapat Rahmat dariNya jua. Kota Makah dan Madinah mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Idalara said...

Salam Sdr Zed
insyaalah sy pasti ke Sana bila sudah cukup segalanya.

Idalara said...

salam cikgu rashid
insyallah..mudah2an berkat doa dr rashid.

Idalara said...

salam org muo..
kdg2 anak2 alpa terhadap kewajipan mereka terhadap ibubapa2..ibubapa diabaikan...mudah2an kita dan anak2 kita bukan begitu..mudah2an ibubapa kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

abu muaz said...

berkat ini benda yang tak nampak.

Anonymous said...

salam..

wah...x sabar rasanya ingin meliht ayah sendiri dan emak mengerjakan haji atas duit sendiri dariku..

Ya Allah permudahkanlah niat ku

selamatt jalan,doa moga kesihatan dan semuanya berada dalam keadaan baik,insyallah

Mohd Ahmad Ferk said...

saya doakan mereka selamat pegi & balik..
amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...