Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, March 18, 2010

Selamat Sudah Berkursus....

Alhamdulillah, semalam selesai sudah aku menjalani kursus di MKM Jalan Templer PJ..Kursus Sistem Pengoperasian Windows..rasa maacam tak puas je berkursus selama 3 hari. Aku ingatkan aku yang paling kurang pengetahuan tentang window ni tp rupanya ada yang lebih teruk..kira2nya aku agak kehadapan berbanding dengan mereka2..dan biasanya bila berkursus di MKM ni kebanyakan yg datang veteran2 belaka...seramai 22 orang yang mengikuti kursus ini. Kebanyakanya adalah Pengarah, Ahli Jawatankuasa Koop dan Usahaawan.
Majlis perasmian di Dewan MKM, kesemua peserta kursus diberi taklimat mengenai kursus, pada masa yang sama ada 3 kursus berjalan serentak, iaitu kursus UBS, Penyeliaan dan Windows.
Sebelum kelas bermula sempat berposing depan kelas komputer..selepas hampir 14 tahun aku kembali semula ke sini, semuanya brwajah baru..kali pertama dulu menjalani kursus asas komputer pada tahun 1996.
Dalam kelas sebelum cikgu datang...

Dalam dewan makan bersama adik Yana rakan sebilik yang comel dan manja...baru duduk sehari dah macam kenal bertahun lamanya...i luv u yana....

Bersama Fasilitator En Faiz Ahmad Yatim dan dua org rakan kursus..(yana..kalau tenguk gambar ni jangan jeles ye....)
Banyak ilmu yang aku perolehi daripada kursus jangka pendek ini, insyaallah akan aku gunakan sebaik mungkin untuk memudahkan tugas2ku di pejabat...selama 3 hari di sana rasa seronok, berlajar benda baru, bertemu rakan2 baru yang sporting dan saling memahami..fikiran tenang dan lapang tanpa memikirkan hal2 di pejabat yang menyesakkan.
Anak2 masih di kampung..sejak malam tadi Abdullah Zaki menelefon meminta aku mengambil dia dan abgnya..aalahai...memang aku rindu kat mereka namun keja2 di pejabat terlalu banyak..hari sabtu baru berkesempatan balik ke kampung mengambil mereka...puas ku pujuk..hanya sehari saja lagi..
Rasanya aku masih belum berkesempatan mengunjungi rakan2..insyaallah bila keadaan mengizinkan aku akan ziarah..aku mohon maaf kerana masih belum menjawab komen2 rakan2 semua, jutaan terimaksih pada yang tetap sudi memberi kata2 semangat buatku dan kerap menziarahi aku di sini....
ps...bila di sini rindu pasti menggamit...melihat namamu..mana mungkin aku lupa...

4 comments:

azieazah said...

MKM = Maktab Kerjasama Msia ek?

Saya pun sedang mencari tarikh yang sesuai untuk berkursus di sana. Kesetiausahaan. Banyak nak kena belajar niii..

Seronok kan kursus? Dapat ilmu dan kawan baru..

Anonymous said...

salam..

tahniah selesai juga krusus itu...

Idalara said...

Salm azie..betullah tu...mng bnyk peluang kursus kt situ tp masa je tk sesuai..best bila g kursus dpt raamai kwn baru..

Idalara said...

salam aireel...
terimaksih..dah selamat dn kena praktikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...