25 hb 2008..setelah agak kelam kabut,akhirnya kami memulakan destinasi ke Beruas Perak atas tujuan meminang dan majlis pertunangan adik lelaki bungsu. Dengan Sebuah MPV dan 4 buah kereta kami bergerak di awal 7 pagi. Dalam hati bukan nak sangat pergi majlis tu tapi lebih pada nak makan angin..dah terbayang2 Pulau Pangkor yang diwar2kan sangat cantik.
Entah sebab terlalu 'excited'nak bertunang atau memang dah lupa jalan ke rumah bakal tunang,beberapa kali adik tersilap jalan..akhirnya bertemu juga dengan bantuan sedara bakal tunang adik.
Selesai majlis merisik, meminang dan menetapkan tarikh majlis pernikahan,sebagai kakak yang sulung aku ditugaskan menyarung cincin pertunangan..maka termeterilah satu perjanjian antara lelaki dan perempuan..dan aku bakal mendapat seorg lagi adik ipar.
Selesai majlis kami bertolak ke Lumut..malangnya oleh kerana kesuntukan masa program hendak ke Pangkor terpaksa dibatalkan...hanya ke Lumut menyaksikan keindahan pantai dan membeli belah makanan laut...
petang itu juga kami bertolak balik ke Melaka dengan doa dan harapan muga jodoh adik berkekalan.......Amin.
No comments:
Post a Comment