Awal Muharram datang lagi..1430 Hijriah,menoleh kebelakang terasa betapa kecilnya diri..tiada penghijrahan di tahun2 yang telah berlalu..duhai waktu kiranya dapat ku putarkan,aku ingin kembali ke alam remajaku yang penuh azam dan tekad,penuh suci dan murni...
Awal Muharram 1430 ini...Ya Rabbul Alamin Tuhan sekelian Alam..ku panjatkan kesyukuran kerana dalam kepayahan aku masih mampu teruskan perjalanan hidup ini yang penuh ranjau dan duri,penuh tipu daya dan muslihat..
Awal Muharram 1430 ini...Ya Rahman Ya Rahim Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..aku ingin berhijrah kearah yang lebih baik..aku ingin meninggalkan segala dosa dan noda..aku ingin menjadi hambamu yang sujud dan mengabdikan diriku padaMu...
aku ingin mencintaiMU Ya Allah.
Awal Muharram 1430 ini..aku ingin berhijrah dari kemiskinan yang membelenggu kehidupanku..Hanya padaMU ya Allah aku bermohon dan meminta pertolongan.
Datanglah wahai 1430 Hijriah..akan ku nantikan kehadiranmu.
2 comments:
Salam Maal Hijrah...moga tahun baru ini menjadi satu penghijrahan ke arah hidup yang lebih beerti dan penuh keberkatan.
Insyaallah hanya kekuatan mental dan fizikal dan iman yang kuat pasti berjaya.
Post a Comment