Pejam celik pejam celik..cuma beberapa hari saja tirai 2008 akan berlabuh..
dan tirai 2009 akan dibuka. Serasa baru semalam aku bersiar2 di ambang 2008..
kiranya kini akan ku tinggalkan..terlalu bnyk memori indah dan tidak sedikit memori pahit di 2008...dan diam tk diam sudah 4 tahun aku hidup bersama anak2 tercinta..tnpa seorag lelaki yg bergelar suami dan tnpa seorg ayah bg anak2 ku.
Namun satu peristiwa yg tetap terpahat dihati ku bila anak perempuanku mengambil keputusan menamatkan zaman remajanya dan kini telah bergelar isteri org..dan tak beberapa hari lg akan bergelar ibu dan aku pula bergelar nenek!!!aduhai..lucu kedengarannya...ku sangka dlm usia 50an baru ada suara2 halus memanggilku nenek!kiranya siapa sangka...apa agaknya perasaanku nanti bila aku bergelar nenek..sudah bersediakah aku? ntah..aku masih tidak temui jawapannya selagi dipangkuanku tiada si kecil yg bernama cucu.
Sedih..kesian...bersyukur..gembira..bercampur baur bila anak gadisku jadi isteri org.
sedih dan kesian bila muda remaja lg sudah memikul tnggungjwb sebagai isteri..bersyukur kerana ada lelaki yang sanggup menerimanya sebagai isteri..gembira?...ntahlah..apa pun aku tetap sentiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga ankku..muga kekal hingga akhir hayat..itu saja yang mampu aku lakukan.
Bila ditanya azam 2009...belum dirangka dalam mindaku..kerana azam 2008 pun macam tak tertunai...kiranya 2009 menjanjikan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupku dan anak2..aku ingin beri tumpuan lebih pada anak2ku..tak mahu kesilapan semalam berulang lagi... disamping meneruskan usahaku mencari rezeki apa carapun asalkan halal...mudah2an Allah memberkati usahaku.
Selamat tinggal 2008...........
Selamat datang 2009.
No comments:
Post a Comment