Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah Maha Agung....lamanya tak bersiaran bukan kerana malas atau takde idea, tapi dek kerana komitment yg terlalu banyak..sepanjang minggu terlalu sibuk dgn tugas di ofis dan di rumah..tak terkejar dek tangan yang hanya dua.
Sejak beberapa hari lalu aku benar2 berada dalam dilema...untuk memilih 1 antara 4..kesemuanya penting, kesemuanya berlaku dalam satu hari dan waktu yang sama..akhirnya aku memilih satu yang aku rasakan cukup bermanafaat bagi aku.
Bila lihat tajuk entri aku kali ini teringat lagu Allahyarham seniman P.Ramlee..."Yang mana satu idaman kalbu.."sebenarnya aku bukan berada dalam dilema kerana mahu memilih idaman kalbu tapi memilih antara program mana yang harus aku hadiri pada hari ini.
Secara kebetulan ada 4 program pada pagi tadi.
1. Datang ofis buat persiapan untuk audit.
2. Mesyuarat Agung PIBG sekolah Aiman Zarif
3. Acara sukan tahunan sekolah Abdullah Zaki
4. Kursus Tahsinul Ibadah anjuran Akademi Zakat Selangor
Akhirnya dengan persetujuan anak2, aku batalkan program ke sekolah meraka..dan batalkan juga niat nak ke ofis....tepat pukul 8.00 pagi tadi aku ke Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di BBST..itulah pilihan yang terbaik buatku..

Aku mendapat jemputan menghadiri kursus Tahsinul Ibadah ini dari Pusat Zakat Selangor, bermula dari 6 Mac 2010 hingga 17 April 2010, setiap hari sabtu berselang seli....amat rugi rasanya jika aku menolak untuk hadir..namun beginilah keadaannya pagi tadi..hanya ada 9 orang perserta saja yang hadir, walaupun peserta yang dijemput seramai 20 orang...Alhamdulillah Ustaz tetap bersemangat menjalankan tugasnya walaupun kehadiran kurang mendapat sambutan.

Sampai di rumah kira2 pukul 2.00 petang tadi..kebetulan Abdullah Zaki dan abangnya juga baru balik dari sekolah..senyum sampai ketelinga dengan pingat yang dimenangi..dalam acara lumba lari dan sukanika...
Mudah2an pengetahuanku dalam Fardhu Ain akan bertambah dengan mengikuti Kursus tersebut..dan yang pasti aku dapat menambah pengalaman, ilmu pengetahuan dan menambah teman2 yang senasib denganku.
ps..melihat..memerhati...memikir...membuat kita rasa betapa kerdilnya kita di bumi Allah SWT ini.