Monday, August 25, 2008
Sepi Bukan Bererti Melupakan...
Agak lama setelah blog ini di cipta aku menyepi..terlalu banyak perkara yang berlaku,terlalu pantas masa berlalu dan seperti tk cukup waktu yang aku perlukan. Segalanya terlalu mendadak..tiba2..tergesa2 dan terkejut..bukan sesiapa saja yg berada disekitarku terkejut,malah aku sndiri rasa mcm tak percaya..eh..tup2 aku dah jadi mak mertua..tp bukan 'ibu metuaku' mcm cerita P.Ramle tau..yang tak tahu usiaku sibuk bertanya, kerana terkejut aku yg kelihatan seperti belum 45 dah ada anak sebesar itu....berapa usiaku..aku ada anak dara ke...aku ada anak angkat ke...memang sah yang nak kawen tu anak perempuanku..tak sangka jodohnya cepat di usia 19 tahun..mujur bakal suaminya(masa tu)dah berusia 25..jadi aku confident sikit.
Apa org kata?...mengapa kwen cepat sgt?..mengapa tak sambung belajar? mengapa tak bantu ibu yag ibu tunggal tu?....aku tak kuasa nk jawab dan kalau nak jawab dah jadi melawan takdir Allah..kesimpulannya aku cakap 'dah jodoh dia cepat,siapa yg boleh menolak takdir?'baru senyap semua mulut2 yg bz body...padahal mereka tak tahu betapa sukarnya aku seorg menjaga dan mengawal anak gadis tanpa ayah di sisinya...dan bila ada lelaki yang mahu menjadikan dia sebagai isteri aku dgn redha menerima...ada hikmah yg aku tak tahu..aku merasa sedikit lega kerana tidak lagi bersengkang mata menunggu kepulangan anak gadis di tengah2 malam....aku bersyukur dan berdoa mdhan2an menantuku dapat membahagiakan anak perempuanku sepanjang hayat mereka.Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum kak ida
jodoh kalau dah tiba, biarlah ia disambut kan kak?19?teringat dulu masa umur 19,terpaksa menolak pinangan seseorang....
apapun, hidup ini perlu diteruskan kan kak.
Post a Comment