Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, February 06, 2010

Aku Sehari Ini..

Aku tersedar kira2 setengah jam sebelum azan subuh berkumandang awal subuh tadi..aduhai..terasa perit seluruh kerongkong, kepala sakit yang teramat dan suhu badanku panas yang agak luar biasa. Aku gagahi juga bangun untuk menunaikan kewajipanku padaNYA dan juga sebagai seorg ibu. Aiman Zarif dan Abdullah Zaki mestiku gerakan untuk menunaikan solat subuh.

Usai bersolat, aku terus ke dapur...sarapan pagi dan menu untuk tengahari harusku sediakan..dalam mindaku dah tercatat apa yang mahu aku masak untuk pagi dan tengahari. Dalam keadaan begini aku tidak boleh menurut kata tubuh badanku yang kurang sihat..aku mesti melawan nafsu mata dan hati yang masih menjeling2 ke tilam empuk.

Satu mug susu panas Higoat telah selamat ku minum bersama sebutir pil tahan sakit..sebenarnya aku tak berapa suka menelan pil2 tersebut kecuali dalam keadaan terdesak...selepas minum badanku mula terasa segar walaupun sakit kepala dan tekak masih kekal begitu...terfikir dalam hati...bagaimana jika aku sakit dan tak boleh bangun...sedangkan anak-anak hanya ada aku di sini...namun hatiku menjadi lega seketika..aku tak harus terlalu bimbang kerana Aiman Zarif sudah boleh diharap....dia pasti takkan biarkan ibunya...Insyaallah itulah yg aku doakan tiap waktu.
Inilah sarapan pagi untuk hari ini..bihun goreng dan jemput2 manis (gambar tak disediakan)..bihun goreng adalah makanan favourateku, manakala anak2 lebih gemar jemput2 manis...sebahagian bihun ku asingkan di dalam tupperware untuk ku bawa ke pejabat..bekalan sepanjang waktu aku bekerja.
Dan ini pula sambal goreng ikan bilis kegemaran anak2..sempatku juga ku gorengkan beberapa ketul ayam HPA (tiada dalam gambar) untuk anak-anak...selepas membersihkan dapur seadanya aku rasa suhu badanku agak ok..walaupun tekakku masih sakit dan kepalaku masih berdenyut..aku mesti pergi bekerja hari ini..banyak betul senarai kerja yang menantiku walaupun hujung minggu begini..tak apalah sekurang2nya aku tidak membazirkan waktu melayan fikiran dan bermenung..dan yang penting banyak keja dapat aku selesaikan hari ini.
8.45 pagi aku sudah sampai di pejabat,Aiman Zarif ke pusat tuisyen dan Abdullah Zaki mengikut aku ke pejabat..sepanjang hari di pejabat dapatlah aku siapkan bayaran pesekolahan untuk anak2 ahli di Agrobank Ibu Pejabat..dan ahli yang telah bersara dari Agrobank.
Rasa lega bila dapat menyiapkan keja dalam masa yang dirancang walaupun dalam keadaan kurang sihat begini...dan lusa semua bayaran akan di kreditkan keakaun ahli melalui sistem Macs 3 yang diperkenalkan oleh Agrobank.
Kira2 pukul 3.00 petang tadi aku sudah sampai ke rumah semula dan ziarah di sini..selepas ini bolehlah ku rehatkan badan yg kurang sihat...mudah2an bila terjaga nanti aku akan pulih seprti sediakala..Insyaallah.

p/s bahagia bila dapat membuat semua org puashati dan gembira..walaupun kdg2kala tiada siapa mahu membahagiakan dan mengerti hati ini.

38 comments:

Ibu n Abah said...

salam buat ida,
semuga ida agak sihat sedikit dari pagi tadi...
mungkin tanda2 nak kena demam selsema tu.. kena banyak minum air kosong dan byk2kan berehat.

Dj Epoi said...

Salam....
Itulah pengorbanan seorang Ibu yer Kak...tak terkata pengorbanan ini..

Alhamdulilah....anak2 akak mempunyai Ibu seperti Akak...Alhamdulilah...

Sempat lagi prepared semua nih untuk anak2...
Tak tahan Gua nengok sambal ikan bilis tuh heheheh..


Take Care Kak..
Kesihatan kena jaga...jgn jadi macam Gua..

Sob...sob...sob!!!

Pn Kartini said...

Salam Sis..
Moga akak cepat sembuh yaa...
Jangan memaksa diri kalau tak larat..kena rest jgk sis..!
GEt Well soon!

Anonymous said...

rest secukupnya!

Idalara said...

salam akak..
dari pagi td dah berbotol2 air mineral masuk perut ida..rasanya masih tk bpe nak ok..kena g jumpa dok juga ni..

Idalara said...

salam djepoi..
insyaallah selagi terdaya kak ida akan lakukan untuk anak2..mudah2an bila kak ida dah tua dn tak terdaya mereka pulak akan menjaga kak ida..
sambal tu klaau djepoi nak kenalah dtg umah akak..
dan jaga kesihatan juga jgn cari duit sje tau..

Idalara said...

salam tini..
insyaallah..tapi kak ida ni jenis tak biasa duk diam..sakit2 pun masih merayap lgi ni..

Amieynna Amin said...

akak..
maseh sempat memasak walau keadaan yang tak sihat..

jaga kesihatan ye kak...
love u..

tajnur said...

Salam!
Kuatkan iman kitaInsyaAllah, kalau nak dibandingkan, zaman kita dulu lebih susah nak kita harungi. Segala kesusahan kita sebenarnya tidaklah sia2 disisi Allah Swt asalkan kita jalankan amanah yg ada pada kita. Mudah2ah Pn akan mendapat kesenangan dan kebahagiaan di hari muka, InsyaAllah.

FaAtip said...

bagusnya Ida sebab dalam keadaan tak sihat masih dapat melakukan tanggungjawab pada anak2....take care semoga cepat sihat...

hysman said...

salam kak Ida,
HiGoat?? wahh..same ar..
yok minum..hehee..

kak pi la jumpe dokter klu sakit..
tak baik klu tahan2..
karang bnda lain yg dtg..
cegah sblm terlambat..
moga kak sembuh cepat2 demi anak2 yg sentiasa dekat dgn akak k..
;)

Rashid said...

salam..

kak ida. Jaga kesihatan k. Ambik masa untuk berehat. Tenang-tenangkan fikiran tu.

Kak ida, bila kita memberi insyaAllah akan adanya yang akan mendatangi kita tanpa kita sedari..

hans said...

uish
xsihat pun boleh lagi masak bihun ker?
hebat tul sis


P/S : Kalau sudi jangan lupa vote entry no 19 dekat komen box blog nih tau

http://denaihati.com/hidup-berani-untuk-gagal-apa-entri-pilihan-anda

suruhlah member - member kamu vote entry no 19 yer...

tarikh tutup vote 7hb pukul 11.59 malam

Hazlin Nazri said...

salam ida..
moga ida sentiasa tabah. tabik kat ibu tunggal mcm ida. get well soon...

kelompen said...

ida smoga sejahtera..

Maiyah said...

jaga kesihatan.. rehat mau cukup ye

CITY® said...

salam..

memang seorang wanita dan ibu yg kuat lagi tabah,
tapi sekuat2 yg ditunjukkan diluar, dihati siapa yg tahu?
hanya tuan empunya badan dan tuhan yang tahu...

berehat la, semoga kembali kuat

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Semoga cepat sembuh sepenuhnya dan semoga Allah memanjangkan usia kak Ida. Mudah2an anak2 mengerti dan menghargai pengorbanan ibu...

Idalara said...

salam biru..
terimakasih atas kata2 biru..kekuatan sering datang bila melihat anak2..walau di hati kdg2 tak kuat namun tak pernah ku lihatkan..

Idalara said...

salam maiyah..
sesekali bila jatuh sakit rasa tak mahu buat apa2 namun apakan daya..

Idalara said...

terimakasih doa anda kelompen..muga anda juga begitu

Idalara said...

salam hazlin..
thanks ye..sebenarnya ramai lagi ibu2 tunggal yg nasibnya lebih teruk dari ida..semuanya buat ida lebih bersyukur

Idalara said...

hans..
insyaallah selagi masih boleh bangun..dan insyallah jap lagi kak ida singgah kat blog tersebut

Idalara said...

salam cikgu rashid
terimakasih atas nasihat yg berguna ini..dan kata2 rashid ibarat embun yg menyiram di hati..

Idalara said...

salam hysman..
yup kak ida dah agak lama amalkan minum higoat..minuman para Nabi dan Sahabat..
insyaallah kak ida akan ke klinik andai keadaan tambah parah..harini masih kurang sihat..anak2 bantu akak buat apa yg patut..alhamdulillah.

Idalara said...

salam aintsuperwoman
insyaallah selagi trmampu..semuanya untuk anak2..terimakasih

Idalara said...

salam sdr tajnur..terimakasih kerap beri saya kata2 semangat..
alhamdulillah rasanya kehidupan sy lebih baik dari dulu..mudah2an sy dapat jalankan amanah yg Allah berikan.insyaallah

Idalara said...

salam dik mynna..
kalau masak tu tak lah susah sgt rasanya..
insyaallah..kak ida mng mst kaga kesihatan untuk bekerja dan anak2.

Idalara said...

salam ghostone
terimakasih...

Idalara said...

salam shaniza
terimaksih ye dik..insyaallah mudah2an doa shaniza dimakbulkan Allah

KERI said...

Salam perkenalan.
Ya, ternyata sehari yg padat .. kekadang bila dicatit baru terperasaan byknya tugasan & kewajipan kan?

anazkia said...

Assalamu'alaikum...

Salam ziarah Ka.. Semoga lekas sembuh :)Sungguh berat pengorbanan sang ibu.

Timekasih ka, dah vote saye kat blog denaihati :)

abu muaz said...

bagus makan ayam HPA nii..ayam organik.

Cik Afzan said...

semoga cepat sembuh

annie said...

salam kak Ida, ok dah ke? Kak Ida kan dealer HPA, amalkan je lah makan produk tu, elok apa HPA tu. Makan ubat tahan sakit takut kesan kat buah pinggang kita kan, sesekali tak pe lah, jgn kita amalkan, kan.. Moga kak Ida ceria menjalani kehidupan seharian.

zedmagel said...

Salam Idalara,

Ibu juga kesayangan kita semua. Tiada pengganti selayak ibu.

IBU DALAM INGATAN, SELALU DIKENANG SEHINGGA HAYAT BERCERAI BADAN.

Anonymous said...

tinggi nilai pergorbanan seorang ibu....sungguh terharu bila membaca luahan kak ida..

banyakkan berehat dan jgn berfikir yg negatif,kalau perlu anbil vitamin ambillah kak.....

mereka2"anak2" akak perlukan akak...

uhuhuhu

Chenta said...

Salam kak ida sayang .

Saya kagum dan suka baca coretan kak ida . Sentiasa membuka minda dihati dan jiwa . Kak ida sangat besh !

Teruskan perjuangan kak ida bersama anak2 .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...