BismillahAlhamdulillah aku sudah kembali semula ke rumahku syurgaku pada hari raya ke 3, macam2 hal berlaku sebelum dan selepas Hari Raya....oleh kerana terlalu sibuk mejadi chef sebelum dan selepas Raya maka tak sempatlah nak mengabadikan kenangan dengan mak abah dan family macam tahun2 lepas..walaubagaimanapun raya kali ini meriah sungguh kerana kesemua adik beradikku berkumpul...(semua 9 beradik)
Sempat mengabadikan gambar kenangan dengan anak2 Banyak hal berlaku sebelum aku balik ke kampung haritu..baju melayu anak2 tak siap, aku
hanya tahu semasa hendak mengambil baju tersebut on the way nak balik ke kampung...bayangkan bagaimana perasaan aku saat itu.....(geram tapi terpaksa dipendam dalam hati...) alhamdulillah dapat juga belikan warna yang sama dengan baju aku.
Sehari sebelum balik kampung....hampir satu jam aku tak dapat masuk dalam rumah kerana pintu dikunci dari dalam.
.(anak2 tidur pengsan) aku kat luar pun hampir nak pitam kerana terlalu panas dan keletihan mengetuk pintu berkali2...mujur tak sempat nak pecahkan pintu, aiman zarif terjaga.
Petang raya...sepupu rapatku dikejarkan ke hospital kerana keadaannya yang agak kritikal
(mengidap cancer hati stage ke 4)..pada hari raya ke dua sempatlah aku melawat beliau di hospital...namun Allah lebih sayang padanya..semalam
(hari raya ke 4) beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dibawa balik ke rumah..aku bekejar balik semula ke kampung walaupun baru balik ke BB pada hari raya ke 3...alhamdulillah aku sihat, segar... walaupun berpuasa waktu itu.
Semasa hari raya..bertemu sanak saudara..antara soalan2 cepu mas...dan soalan bonus....
"Dah...nape tak gemuk2 ni..."
"Dah..bila nak kawin...."
"Awak muda lagi..rugi tak kawin"
Aku..."Gemuk? no komen..."
Aku..."Kawin?....aku rasa lebih rugi kalau dapat suami yg tak bertanggungjwb, kalau dapat macam Imam Muda takpe lah..boleh juga bimbing aku di dunia untuk ke Akhirat"
Perkara yang buat aku agak terkilan...tak dapat juga jumpa akak@rahmah semasa di Melaka..masing2 terlalu sibuk hinggakan tak sempat mengatur pertemuan..belum diizinkan Allah lagi nak bertemu..insyallah kita akan bertemu di BBST atau Bangi..
Apa2 pun aku rasa Raya kali ini cukup bermakna buatku..setelah sekian lama..aku dapat menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid kampungku..dalam keadaan hujan renyai2 kami sekeluarga dapat ke Masjid dengan selamat.
Aku rasa sangat terharu...di sini aku punya ramai teman2 yang sentiasa mendoakan aku dan anak2..terima kasih...sayang kamu!
ps..sykur padaMU ya Rabb kerana sentiasa memberiku kekuatan ini...