Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, February 27, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa........

Pastinya tiap orang punyai kenangan tersendiri bersama seseorang yang pernah berkongsi segalanya dengan kita suatu masa dulu..seseorang yang telah meninggalkan kita buat selamanya seperti suami. ibu bapa, nenek datuk. saudara, kawan2 atau anak2...bila mereka telah tiada, semua kenangan menjadi sangat berharga buat kita.

Sewaktu mengemas rumah malam tadi aku sempat membelek semula gambar2 dengan arwah suamiku sewaktu bersamanya dulu..segalanya terasa masih segar diingatan dan kdg2 aku seperti tidak percaya dia telah hampir 4 bulan meninggalkan aku dan anak2 di dunia fana ini...tak siapapun tahu siapa yang akan pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.
Gambar kenangan di Wisma Bintara TUDM Sg Besi sewaktu arwah menerima kenaikan pangkat.


Bersama anak perempuan Hafatin Syafiqah dan anak jagaanku di Quarters TUDM Sg Besi.

Gambar arwah bersama keluargaku semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 90 an...

Gambar yang masih ku simpan dengan baik.

Gambar kenangan sekeluarga..tahun 1999..gambar kurang jelas...
Bila melihat kembali semua gambar2 tersebut rasa betapa indahnya saat itu..namun segalanya telah tinggal kenangan..pasti kenangan pahit telah ku buang jauh2 dari ingatan...

Mudah2an arwah di tempatkan dikalangan insan2 yang beriman dan diterima di sisi Allah SWT.

ps: Sentiasa diingatan tak semestinya bercinta..dan bercinta tak semestinya akan kekal hingga ke akhir hayat.

18 comments:

Ibu n Abah said...

Salam ida,
Kenangan manis dan pahit silih berganti dalam meniti kehidupan kita. Semuga ida lebih cekal dalam meniti hari2 yg akan datang.
(Abdullah Zaki mirip sungguh dgn arwah...)

Idalara said...

salam akak..
muga semua kenangan itu mendewasakan kita..terimakasih kerap singgah di sini..

(kebanyakan org kata Aiman Zarif yg mirip)

abu muaz said...

benar puan tak siapa pun akan tahu siapa yg akan diambil oleh Allah terlebih dulu.

SYAbAR said...

sayu hati membaca coretan kenanganmu Ida... bergenang airmata. Tak dapat bayangkan camna perasaan Ida. Semoga arwah aman di sana...

ckLah @xiiinam said...

Semoga Allah mudahkan segala lorong Ida dan anak-anak dalam menempuh kehidupan dunia akhirat.....Amin.

mamawana said...

Salam sayang dari mamawana

Semoga Ida diberi kekuatan dan ketabahan semangat dlm meniti kehidupan mendatang. Take care sis. Semoga dilimpahruahkan dgn rezeki dan kesihatan seisi keluarga. Amin.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Bila teringat, sedekahkanlah bacaan ayat suci Al-Quran pada arwah. Mudah-mudahan Allah beri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan rang yang beriman.

@e_da said...

Salam takziah.. alfatihah untuk arwah.. semoga akak menjadi ibu n wanita yang tabah di masa akan dtg.. anak2 penawar di kala duka...

CITY® said...

salam...


oooooooo navy erk

Idalara said...

salam biru..bukan navy tp airforce..

Idalara said...

salam eida..terimakasih..mudah2an insyaallah

Idalara said...

salam shaniza..insyaallah..itu je mmapu akak sedekahkan buat arwah.

Idalara said...

salam sayang dr kak ida juga buat mama..insyaallah doa dr mama dimakbulkan.

Idalara said...

salam xiiinam..
terimaksih kunjung kat sini...insyaallah mudah2an dipermudahkan segalanya.

Idalara said...

salam syabar..
terimaksih kerana memahami..insyaallah.

Idalara said...

salam sdr abu muaz..yg penting kita kena.bersedia untuk menemui Tuhan.

Anonymous said...

salam

segak sungguh orangnya.....

kenangan manis itu indah sekali....jgn sesekali ia padam dalam ingatan...

zedmagel said...

Salam Idalara,

Terlalu banyak perkara yang akan meninggalkan kenangan, kenangan lama dan syahdu selalunya akan mengusik jiwa dan sanubari kita.

Orang yang merindu akan memakan kenangan dan meminum cinta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...