Dua hari lepas Abdullah Zaki mendapat jemputan ke Program Modul Hijrah Ilmu untuk UPSR, anjuran Akedemi Zakat Selangor. Program tersebut khas untuk anak2 yatim dan asnaf kawasan Sepang. Tempat program di Nur Eco-Resort Bukit Unggul, Dengkil...program bermula pada 19 Feb hingga 21 Feb 2010...rasa sayang nak lepaskan program percuma begitu..mujurlah Abdullah Zaki berminat menyertai walaupun sebelum ini dia tak pernah tidor tanpa abangnya...aku memang menggalakkan dia ke program begitu untuk melatih dia berdikari dan berani, sebagai anak bungsu, dia rasa sentiasa dilindungi dan dibantu oleh abangnya, jadi kali ini aku mahu dia sendiri menjalani hidup tanpa aku dan abangnya. Bermacam2 kata semangat dan peransang aku berikan membuatkan dia begitu excited untuk ke program tersebut.
Malam sebelum ke program itu dia tak dapat tido..macam2 aksi yag dibuatnya..mungkin kerana terlalu teruja atau memikirkan bagaimana nanti dia di sana..asyik memikirkan nak pakai baju apa masa kursus, masa pagi dan malam..dan bimbang takde kawan di sana nanti....dah nama pun anak bungsu...dah biasa semuanya disediakan.
Semalam 19Feb, semasa menunggu bas ke Nur Eco-Resort dia bertemu seorg kawan sama sekolah yang turut menyertai program tersebut, kebimbangan dia sirna dan tambah excited nak alami pengalaman baru itu.
Mujurlah aku ni bukanlah jenis ibu yang terlalu bimbangkan anak2 berjauhan denganku dan aku juga dah biasa berjauhan dengan anak2..aku sering memberitahu anak2 supaya tahu berdikari dan tak mengharapkan ibu semata2...walaupun jauh di sudut hati aku agak risaukan anak bungsu sorang ni namun sedikitpun tidakku tunjukkan rasa bimbang itu padanya...aku mahu dia tahu bawa diri,tahu urus diri bila berjauhan denganku atau abangnya.
Seperti biasa Aiman Zarif abangnya, asyik bertanya..macammana adik agaknya..masih bimbangkan adik tak tahu uruskan diri sendiri..kataku Insyaallah tahulah adik bila sorang2..biar dia berdikari dan berani...rasa tak sabar nak tunggu kepulangan Abdullah Zaki..nak dengar pengalaman dia di sana...mudah2an semuanya berjalan dengan lancar dan dia berjaya mengikuti program tersebut tanpa masalah.
20 comments:
hahaha
okay la tu
pengalaman dia
comelnye aksi si abdullah zaki itu..
byk yg mrk akan tempuhi kan..
hehhe camtu sekali dia takleh tido... keletah anak2 menghiburkan kan kak ida.... harap2 balik nanti dia dpt pengalaman yg berguna untuk masa depan...
banyak pengalaman baru yang akan dibawa balik nanti.anak lelaki mesti berani.
salam kak ida, azman di sini.
amboih... semenjak dua menjak ni anak akak aktif sungguh eh.. heheh.. itu yang terbalik kepala ke bawah tuh canggey nye.. haha.. cakap kat dia, hati hati buat aksi lagak ngeri tuh. takut kang terseliuh plak
nanti kalau masuk asrama macam mana ek..mesti si abng hari2 ajak pergi ziarah
ida,
berkat doa ibu dan abangnya... insya'allah.. adik boleh hadapi semua... anak akak yg nombor 2 pun turut serta masa 2 tahun dulu di kem nur dengkil ini.... seronok katanya...
kekadang percayalah aksi2 mereka ini buat ibu dan bapa terhibur secara dalam diam......
betul tu aireel..tp tk kurang juga menakutkan..
Alhamdulillah akak/..
kepercayaan yg kita beri pada anak2 kuatkan semangat mereka.
tu lah yg akak ckp pada abg dia..tkkan abg nk jaga adik je...
salam azman...(ke wf azman hihihi)
tak padan dgn kecik anak akak ni..aktif..tp kdg2 akak larang gak sbb dia ada semput..
betul sdr abu muaz..anak lelaki tkkan nak dok bawah ketiak mak je..
gitu lah eida..
kdg2 dah ditegah mau gak dibuatnya aksi yg mengerunkan..bnyk gak pglaman yg dia bawa,dan yg penting dia suka.
betul maiyah..terlalu bnyk lg dugaan yg akan mereka tempuhi
yup..dik myna..sbb dia kecik boleh buat mcmtu..
akak mng suka dia berani buat aktiviti untuk pgalaman dia juga.
salam
hehe. Bila tengok gambar tu teringat saya kisah lama. Masa sek ren dulu sayapun selalu buat begitu juga..
Rupanya anak laki memang macam itu ek? Takper itu tanda dia berani lakukan kelainan..
sgt aktf~
AvantGardeShoppe
Post a Comment