Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, February 28, 2010

Rahsia Logika Di Sebalik "8x3 = 23"

Confucius atau K'ung-fu-tzu, pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup pada zaman 479-551 sebelum Masihi. Mempunyai ramai murid termasuk murid kesayangannya bernama Yan Hui. Yan Hui pencinta ilmu dan mempunyai keperibadian yang baik dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.

Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan nampak ramai org berkumpul, dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorg pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain.

Pembeli berteriak : "3 x 8 jumlah 23! kenapa awk cakap 24?"

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata : "Saudara, 3 x 8 memang 24, semua org tahu..tak payah gaduh2 lagi"

Pembeli kain yg sedang marah menunding jari ke muka Yan Hui dan berkata : "Siapa yang minta pendapat engkau? kalau nak minta pendapat, minta dari pada Confucius. Benar atau salah biar Confucius yang tentukan".

Yan Hui bersetuju membawa hal itu untuk diadili oleh gurunya yang bijaksana.

"Baiklah, kalau Confucius kata awak salah? macamana?" tanya Yan Hui.

"Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya, kalau awak yang salah macam mana pulak?" Pelanggan itu sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.

"Kalau saya yang salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya"

Kedua2nya sepakat atas pertaruhan tersebut, lalu bersama-sama berjumpa Confucius. Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata:

"Betullah 3x8 =23. Yan Hui kamu kalah! berikan jawatan kamu kepada lelaki ini..."

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya, dia lalu menyerahkan jawatannya kepada lelaki itu dengan rasa yang tidak puas hati. Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga. Confucius yg bijak faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusannya selesai. Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui:

"Kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok, dan apapun berlaku nanti jangan sampai kamu membunuh"

Di dalam perjalanan angin kencang berserta guruh dan kilat diikuti hujan yang snagta lebat, Yan Hui mencari tempat berlindung, dia nampak sebatang pokok tetapi tiba2 teringat pesanan gurunya dan mengambil keputusan tidak berlindung di bawah pokok tersebut. Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir. Betullah pesan guru, bisik hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukan dan rasa mendongkol di hati. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yg pasti sudah tidur. Dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada org berbaring di sebelah isterinya, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika dia mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya, Yang Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata yang tidur di sebelah isterinya ialah adik iparnya iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Tanpa berlama2, keesokan paginya Yan Hui berjumpa Confucius dan bertanya, melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut, hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangnya dalam persoalan yang dikemukakan.
"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti dari belajar daripadaku..."

"Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku, pokok dipanah petir adalah perkara biasa, sebab itu aku mengingatkan engkau tentang perkara itu. Semalam engkau pergi dengan perasaan marah yang terpendam di hati dan kamu membawa pedang.... maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali."

"Cuba fikirkan lebih mendalam, semalam aku mengiyakan '3 x 8 = 23' dan kamu kalah lalu hilang jawatanmu, tetapi jika aku katakan '3 x 8 = 24' benar, pembeli kain itu kalah dan satu manusia melayang, mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?"
Yan Hui tertunduk, belajar ilmu dan bijaksana dalam mengamalkannya ialah dua perkara berbeza..ada 'kebenaran' yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik...Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan daripada Confucius...

Benar! tidak berbaloi kebenaran ditahap logik matematik , memadamkan kebenaran di tahap jiwa kemanusiaaan. '3 x 8 - 24' menghapuskan kebenaran tentang kasih sayang, kerharmonian dan kedamaian?.

Dengan sifat bijaksana menilai tahap2 hakikat kebenaran dalam kehidupan, Confucius dipandang mulia oleh manusia yg mengenalinya, sesungguhnya Confucius adalah salah seorang daripada hamba2 ciptaan Allah yang menjadi tanda bahawa Allah itu Al -Aziz (Maha Perkasa) dan Al- hakim (Maha Bijaksana) Hakikatnya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana ialah Allah - Tuhan Maha Esa Pemilik hakiki seluruh alam dan seisinya.


ps...Mudah2an Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati apa yg lebih bertnilai dalam kehidupan ini dan dapat melalui perjalanan hidup menemuiMu dalam keadaan redha dan diredhai..


Sumber : midi

Saturday, February 27, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa........

Pastinya tiap orang punyai kenangan tersendiri bersama seseorang yang pernah berkongsi segalanya dengan kita suatu masa dulu..seseorang yang telah meninggalkan kita buat selamanya seperti suami. ibu bapa, nenek datuk. saudara, kawan2 atau anak2...bila mereka telah tiada, semua kenangan menjadi sangat berharga buat kita.

Sewaktu mengemas rumah malam tadi aku sempat membelek semula gambar2 dengan arwah suamiku sewaktu bersamanya dulu..segalanya terasa masih segar diingatan dan kdg2 aku seperti tidak percaya dia telah hampir 4 bulan meninggalkan aku dan anak2 di dunia fana ini...tak siapapun tahu siapa yang akan pergi meninggalkan kita terlebih dahulu.
Gambar kenangan di Wisma Bintara TUDM Sg Besi sewaktu arwah menerima kenaikan pangkat.


Bersama anak perempuan Hafatin Syafiqah dan anak jagaanku di Quarters TUDM Sg Besi.

Gambar arwah bersama keluargaku semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 90 an...

Gambar yang masih ku simpan dengan baik.

Gambar kenangan sekeluarga..tahun 1999..gambar kurang jelas...
Bila melihat kembali semua gambar2 tersebut rasa betapa indahnya saat itu..namun segalanya telah tinggal kenangan..pasti kenangan pahit telah ku buang jauh2 dari ingatan...

Mudah2an arwah di tempatkan dikalangan insan2 yang beriman dan diterima di sisi Allah SWT.

ps: Sentiasa diingatan tak semestinya bercinta..dan bercinta tak semestinya akan kekal hingga ke akhir hayat.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul



Assalamualikum sahabat semua...

Muga-muga kita semua dapat mencontohi peribadi Rasulullah SAW yang sangat mulia.....dan diterima sebagai pengikut Rasulullah di Sana nanti..insyaallah.

Sunday, February 21, 2010

Si Bungsu Dah kembali

Muka keletihan sekembalinya dari program modul Hijrah Ilmu..
Alhamdulillah kira2 pukul 4 petang tadi anak bungsu aku dah kembali semula ke rumah..tak sabar2 rasanya nak tahu cerita dari Abdullah Zaki....sebenarnya masa pegi haritu dia bukanlah sihat sangat..masih batuk dan selsema lagi...tapi bila aku tanya..adik ok ke...dia cepat2 jawab..."OK"...punya lah bersemangat nak pegi.

Waktu sampai tadi dia mencium tangan dan pipi aku..mcm tak sabar2 nak suruh aku cium pipi dia...bila tanya best tak dik.."best sangat" katanya..tapi tak tahu macamne nak cerita sebab banyak sangat aktiviti..yang dia ingat..mandi kolam, solat berjemaah, dengar ceramah agama dan bimbingan UPSR....

Lega hati aku bila tguk dia dah boleh berdikari dan lepas dari bantuan abgnya..lain2 kali taklah hati aku bimbang sgt nak lepaskan dia..anak lelaki mesti begitu...sampai masa nanti pasti akan tinggalkan ibu untuk menuntut ilmu...mudah2an anak2 lelakiku akan berjaya di dunia dan akhirat...insyaallah.

ps..sejauh manapun kita pergi ibubapa jangan dilupa..tiada mereka tiadalah kita di dunia fana ini.

Saturday, February 20, 2010

Abdullah Zaki dan Program Hijrah Ilmu

Bila sihat beginilah aksi anak bungsuku...


Dua hari lepas Abdullah Zaki mendapat jemputan ke Program Modul Hijrah Ilmu untuk UPSR, anjuran Akedemi Zakat Selangor. Program tersebut khas untuk anak2 yatim dan asnaf kawasan Sepang. Tempat program di Nur Eco-Resort Bukit Unggul, Dengkil...program bermula pada 19 Feb hingga 21 Feb 2010...rasa sayang nak lepaskan program percuma begitu..mujurlah Abdullah Zaki berminat menyertai walaupun sebelum ini dia tak pernah tidor tanpa abangnya...aku memang menggalakkan dia ke program begitu untuk melatih dia berdikari dan berani, sebagai anak bungsu, dia rasa sentiasa dilindungi dan dibantu oleh abangnya, jadi kali ini aku mahu dia sendiri menjalani hidup tanpa aku dan abangnya. Bermacam2 kata semangat dan peransang aku berikan membuatkan dia begitu excited untuk ke program tersebut.

Malam sebelum ke program itu dia tak dapat tido..macam2 aksi yag dibuatnya..mungkin kerana terlalu teruja atau memikirkan bagaimana nanti dia di sana..asyik memikirkan nak pakai baju apa masa kursus, masa pagi dan malam..dan bimbang takde kawan di sana nanti....dah nama pun anak bungsu...dah biasa semuanya disediakan.

Semalam 19Feb, semasa menunggu bas ke Nur Eco-Resort dia bertemu seorg kawan sama sekolah yang turut menyertai program tersebut, kebimbangan dia sirna dan tambah excited nak alami pengalaman baru itu.


Mujurlah aku ni bukanlah jenis ibu yang terlalu bimbangkan anak2 berjauhan denganku dan aku juga dah biasa berjauhan dengan anak2..aku sering memberitahu anak2 supaya tahu berdikari dan tak mengharapkan ibu semata2...walaupun jauh di sudut hati aku agak risaukan anak bungsu sorang ni namun sedikitpun tidakku tunjukkan rasa bimbang itu padanya...aku mahu dia tahu bawa diri,tahu urus diri bila berjauhan denganku atau abangnya.


Seperti biasa Aiman Zarif abangnya, asyik bertanya..macammana adik agaknya..masih bimbangkan adik tak tahu uruskan diri sendiri..kataku Insyaallah tahulah adik bila sorang2..biar dia berdikari dan berani...rasa tak sabar nak tunggu kepulangan Abdullah Zaki..nak dengar pengalaman dia di sana...mudah2an semuanya berjalan dengan lancar dan dia berjaya mengikuti program tersebut tanpa masalah.

Tuesday, February 16, 2010

2 Hari Di Kampung...

Alhamdulillah petang semalam aku selamat balik semula ke Sepang setelah hampir 3 hari berada di kampung...mujurlah kesihatanku sudah beransur pulih walaupun hidung masih berair..bila dah sampai kampung terlupa semua sakit dan semua masalah...cuti masih berbaki 2 hari tapi aku terpaksa balik ke sini semula kerana tidak mahu terlepas tuisyen anak2..
Sejak rabu lalu Abdullah Zaki sudah menunjukkan tanda2 hendak lelah..apa taknya..petang rabu itu dia menyertai pertandingan merentas desa (dah larang masuk tapi anak bungsu ni mng minat bersukan)..dah penat tambah dengan minum ais..menjadi2lah batuk dan lelah pun datang...2 hari ambil gas di Klinik medisyifa..hingga lelahnya betul2 ok.

Pagi2 ahad masih sempat ke Pantai Siring..bersebelahan dgn Anjung Batu..cantiknya pemandangan dan air laut yg jernih buat semua anak2 teruja nak berenang..berendam sampai 2 jam dan terpaksa dikerah balik..
Aksi lucu si kecil ni...bila mata dah terlalu mengantuk apa org buat pun dia dah tak sedar..adik bungsu letak atas pasir pantai pun dia tetap meneruskan agendanya...zzzZZZZZ..

Ok lah ni...gambar yg tak nampak wajahku yg sememeh...Mak itam (panggilan anak2 sedara padaku)nape tutup muka...bukan tutup sbb malu tapi tak tahan panas menyengat..dengan adik ipar yang bakal menimang cahaya mata bulan Mei ini.
Petang Sabtu..selepas balik dari kenduri rumah sepupu..sempat menjamu selera di Pizza Hut..adik bungsu belanje...tapi aku yg rugi sebab tak berapa suka makan pizza...

Dan ke MPH mencari buku rujukan anak2 dan adik yg sedang buat out kampus...bukan buku adik yg dapat sebaliknya 3 buah novel menjadi milikku..sebuah darinya bertajuk Nyanyi Sunyi..sgt menarik..semalam aku habiskan membaca...semasa dalam perjalanan balik ke Sepang...
Dua hari di kampung memang rasa tak cukup bila adik2 balik sekali..aktiviti sangat padat dan terasa cepat sungguh masa berlalu..mak dan abah memang nampak gembira sangat..dengar cerita mak dan abah nak ke Mekah buat Umrah kali ke 6..bila pulak masa aku nak sampai ke sana..
Bila kenang kembali masa kecil..bercerita dgn adik ipar bagaimana kesusahan kami..bercerita bagaimana kesusahan abah menyara kami dengan mencari ikan di laut..rasa mcm tak sangka abah dan mak dah dapat pergi ke Mekah mengerjakan Haji dan beberapa kali buat Umrah..berkat usaha dan sabar pasti kehidupan akan berubah...

ps: Andai rindumu seluas pantai
rinduku menggebu seluas lautan biru
namun gerangan siapa bisa melerai
rasa rindu yg mencengkam kalbu

Thursday, February 11, 2010

Pengalamanku....

Kesihatanku masih tak berapa pulih hingga hari ini..Isni cuti....Selasa aku mc, Rabu keja dan hari ini aku kembali mc semula..rasanya tahun lepas hanya sehari aku mc..sebenarnya ada hikmahnya bila tak sihat begini..lebih mengingatkan aku pada kematian..bila sentiasa sihat kita lupa kematian bila2 boleh mengundang kita..namun semua org akan kata belum bersedia untuk mati..sedangkan kematian tidak mengenal siapa dan usia.

Selalunya bila kita bertemu teman2 lama pasti soalan yg akan ditanya: "Anak kamu berapa?"..tak pernah pulak org bertanya....isteri kamu berapa?harta kamu banyak mana?..rumah kamu berapa buah?..dan soalan yg sama sering ditujukan pada aku..bila aku jawab 3 orang, pasti mereka berkata..oooo..tak ramai ye..

Sebenarnya ramai yang tak tahu....aku pernah mengandung sebanyak 7 kali sepanjang usia perkongsian hidupku dengan arwah suamiku dulu...setiap kali mengandung dan melahirkan ada saja pengalaman pahit manis yang aku rasai..semua kenangan itu akan ku ingat sampai akhir hayatku.

Setelah hampir setahun berkahwin, aku disahkan mengandung, masa tu Allah saja yg tahu betapa gembiranya aku ..lebih2 lagi arwah suamiku..semasa diawal mengandung aku mengikut arwah ke Pulau Pinang kerana menyertai perlawanan sepak takraw antara Angkatan Tentera..sekembalinya aku dari Pulau Pinang aku keguguran..waktu itu kandunganku baru berusia 2 bulan lebih..pengalaman keguguran amat menyakitkan..lebih sakit dari melahirkan...pastinya aku sangat sedih.

Setahun selepas itu aku disah mengandung lagi..kali ini aku lebih berhati-hati takut kejadian pertama berulang kembali..namun diawal mengandung aku kerap bleeding..hinggalah doktor mengesahkan kandunganku itu menyongsang....Suatu petang aku mengalami pendarahan yg agak luar biasa.

Dengan bantuan jiran aku dikejarkan ke hospital Besar Kuala Lumpur..setelah urusan pendaftaran selesai arwah suamiku pulang ke rumah tanpa menduga aku terpaksa melahirkan anakku malam itu juga...dan malam itu dengan kebenaranku sendiri aku di bedah tanpa suamiku di sisi..akhirnya bayi perempuan seberat 1.5 kg selamat dikeluarkan dari rahimku...itulah anak perempuanku Hafatin Syafiqah.

Setelah bayi perempuanku berusia 8 bulan tanpa aku duga aku mengandung lagi..aku redha saja dengan pemberian Allah dan pasrah padaNya walaupun aku dimarahi oleh jururawat yang memeriksaku..kerana terlalu awal mengandung semula sedangkan aku baru dibedah...sejak kandunganku berusia 4 bulan aku kerap sakit2..hinggalah kandunganku berusia 6 bulan, setiap malam aku menangis kesakitan, aku rasa seperti bahagian atas perutku ditoreh dengan pisau.. sakitnya hanya Allah yang tahu..walaupun kandunganku baru 6 bulan namun perutku sangat besar..dipendekkan cerita akhirnya kandunganku terpaksa dikeluarkan secara paksaan juga tanpa suamiku di sisi...bayi lelaki seberat 1.3 kg disahkan meninggal sejurus selepas dilahirkan.

Selepas itu dua kali lagi aku mengalami keguguran sewaktu usia kandungan berusia 2 hingga 3 bulan.. setelah keguguran aku mengandung semula dan akhirnya setelah menunggu selama 7 tahun barulah aku selamat melahirkan Aiman Zarif secara normal di Hospital Besar Melaka...waktu itu baru aku tahu bagaimana sakitnya melahirkan cara normal tanpa sebarang jahitan.

Setelah Aiman Zarif berusia 1 tahun lebih, sekali lagi aku aku disahkan mengandung..pada mulanya aku tidak berapa gembira dengan berita itu, memandangkan Aiman masih kecil..namun akhirnya aku redha dan menerima pemberian Allah...sepanjang mengandung aku dengan arwah suamiku menaiki motosikal ke tempat kerja di Kuala Lumpur...sewaktu dalam perjalanan pulang kami terlibat dengan kemalangan jalanraya..kandunganku berusia hampir 9 bulan ketika itu...keadaan jalan yg licin akibat hujan menyebabkan arwah suamiku terlanggar pembahagi jalan...aku tercampak dari motosikal..menyebabkan bahagian pipi kiriku terhempas di atas jalanraya yang berpasir dan aku pengsan, Alhamdulillah kandunganku selamat...dengan pertolongan orgramai kami dikejarkan ke hospital HUKM..hampir sehari semalam aku pengsan manakala arwah suamiku mengalami luka dibahagian bibir sahaja...aku rasa seluruh penduduk taman perumahanku bekejaran datang ke HUKM bila mendapat berita kemalangan yang menimpa kami.

Amat mengerikan pada sesiapa saja yang melihat keadaanku pada waktu itu, sesiapa saja yg melawatku pasti akan menangis....dengan kandunganku yang sudah cukup bulan dan bahagian pipiku yang luka akibat tersembam di atas jalan..ramai yang melihat keadaanku pada waktu itu tidak dapat mengenaliku...dan mereka menyangkakan wajahku akan cacat selamanya..emak...hampir pengsan bila diberitahu kemalangan yg menimpaku..akhirnya setelah dua hari aku sedar dari pengsan, sekali lagi aku di bedah untuk melahirkan bayiku..seorang bayi lelaki seberat 1.8 kg dilahirkan..putihmelepak bak kapas hinggakan ada diantara rakan2 yang mengusikku jururawat tertukarkan anak..itulah Abdullah Zaki..

Alhamdulillah pipi kiriku pulih seperti sediakala cuma kesan terhempas di pipi kiriku akan terasa sakit hingga hari ini bila aku dalam keadaan tertekan atau kepanasan...itulah pengalamanku mengandung dan melahirkan anak2ku sepanjang hampir 20 tahun bergelar seorg isteri..suka duka semuanya tetap tersemadi hingga akhir hayatku.

ps..Bila pertama kali menjadi seorg ibu, barulah kita tahu betapa sukarnya seorg ibu melahirkan dan membesarkan kita...waktu itu kita lebih menghargai ibu kita...dan rasanya tidak tergamak mahu melukai hatinya.

Monday, February 08, 2010

Kisah Isteri Yang Berprasagka Buruk

Ada sepasang suami isteri hidup rukun dan damai, keduanya menjalankan amalan agama dan taat beribadah. Keduanya sama-sama bekerja di syarikat swasta berbeza. Setiap pagi mereka berangkat bersama2 menaiki LRT dan berpisah di sebuah stesen untuk ke pejabat masing2.

Setiap hari si isteri berdoa memohon rezeki kepada Allah SWT agar mereka dapat membeli sebuah kereta bagi memudahkan ke tempat kerja. Allah pun mengabulkannya, tidak lama kemudian isteri ini dapat memiliki sebuah kereta hasil wang bonus dicampurkan wang simpanan yang ada. Kemudian si isteri berdoa lagi memohon kepada Allah agar dapat memiliki sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang bergaji lumayan dan lain-lain kemudahan supaya lebih mudah dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dan Allah selalu mengabulkan semua doanya itu, bahkan Allah memberi mereka rumah besar yang mewah lengkap dengan kolam renang, si isteripun mampu menyekolahkan anak mereka di sekolah ternama. Tidak lama kemudian, si isteri dinaikkan pangkat sekaligus mempunyai pembantu rumah.

Sementara itu si suami tidak ada perubahan sama sekali, hidupnya tetap biasa2 saja, kedudukannya di pejabat pun tidak berubah. Jauh bezanya dengan isteri yang sudah jadi pengarah di syarikat dengan gaji berlipat2 ganda daripada gaji suaminya. Oleh kerana si isteri sangat sibuk dengan pekerjaannya, mereka tidak lagi pergi dan pulang kerja bersama-sama. Si suami memilih naik motor yang diberinya secara ansuran kerana kereta digunakan untuk urusan isterinya.

Suatu hari si isteri membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup suaminya. Dia perhatikan rakan sekerja memiliki karier yang baik dan rata-rata berkelebihan dari segi material. Dia pun membayangkan alangkah bahagianya seandainya memiliki suami yang sama2 berjaya dalam kerjaya. Dia teringat, suaminya selalu membaca selembar kertas apabila berdoa selepas selesai solat. Dia tahu bahawa suaminya tidak pernah hafal bacaan2 doa.

Si isteri menasihati suaminya supaya selalu berdoa kepada Allah dan berupaya membersihkan hatinya. Si isteri merasakan suaminya masih berhati kotor sehingga doa2nya tidak dikabulkan Allah. Si suami merasa sangat bersyukur mempunyai isteri yang begitu menyayanginya dan dia mengucapkan terima kasih kepada isterinya atas nasihatnya itu.

Dengan takdir Allah, nyawa si suami tidak panjang, si isteri merasa sedih mengenangkan sehingga habis nyawa, suaminya tidak ada perubahan pada nasibnya, sehingga isteri merasa yakin suaminya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya, disebabkan doa2nya yang tidak pernah dikabulkan Allah SWT.


Ketika si isteri mengemas barang2 peribadi milik suaminya, tiba2 matanya tertuju pada selembar kertas yang terlipat dalam sejadah yang biasa dipakai ketika solat oleh suaminya. Kertas itu bertulis huruf latin bukan Bahasa Arab, berisi Surah Al Fatihah, Selawat Rasul, doa untuk kedua ibubapa, yang kemudian ditutup dengan kalimat doa berbunyi demikian:

"Ya Allah, tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuanMu, Ampunilah aku dan isteriku, kabulkanlah semua doa-doa isteriku, bersihkanlah hatiku dan hati isteriku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk isteriku di dunia dan akhirat. Amin"

Si isteri menangis berlinangan air mata, haru biru memenuhi dadanya. Ternyata selama ini suami tercinta tidak pernah sekalipun berdoa semata-mata memenuhi nafsu dunawinya.

ps: rehat hanya akan bermakna jika diawali dengan keletihan, ketenangan hanya akan didapat setelah kerja keras, kasih sayang org lain hanya akan diperolehi dengan akhlak yg mulia.

sumber : MIDI

Sunday, February 07, 2010

Hebatnya Seorang Ibu.....

Ibu dibekalkan syurga di kakinya, di matanya, di bibirnya, pada suaranya, pada sentuhannya dan pada didikannya. Ibu yang hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga...suasana duka menjadi ceria..

Ibu...Menjahit yang tercerai, merawat yang terluka, menghibur semua kepedihan, menyatukan semua yang berderai, penyandar pada yang kelesuan dan pendingin segala kebakaran walau semaraknya api, mengalah dalam semua pertandingan, penyuluh dalam semua kegelapan, penunjuk dalam semua yang sesat, penderma kasih yang tidak bertepi dan penghangat pada yang kesejukan.

Ibu.. pembekal pada yang putus bekalan dan telaga cinta yang tidak pernah kering kasih dan cintanya untuk diceduk oleh semua yang kehausan cinta, pendengar kepada semua berita walaupun yang merobek isi hatinya dan perindu yang tidak pernah padam rindunya dalam apa jua keadaan, biarpun yang dirindu sudah mahu melupakannya.

Ibu..pengawal yang tidak pernah hilang kawalan dan pemerhati yang tidak pernah hilang fokusnya dan pembekal yang tidak pernah kehabisan stoknya, pembekal susu yang tak kenal erti basi selama 2 tahun dan pemberi yang tidak pernah mencatat apa yang diberi dan tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya.

Ibu...perawat yang tidak putus pesakitnya serta pemesan yang tidak pernah lapuk pesannya. Pendoa yang doanya tidak mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih, ibu seorang kekasih paling setia buat ayahanda kita, biarpun terluka namun mampu disembunyikan dari muka hingga tidak ada yang tersinggung dan terasa demi menjaga hati yang tercinta atas nama cinta kudus.

Ibu..maka benarlah kata pujangga, mahkota cinta suci itu ialah "memberi bukan memiliki" benarlah ungkapan..... kasih dan cinta ibu membawa ke syurga.

Bagaimana kita sebagai ibu, sudah mampukah memiliki ciri-ciri yang disebutkan....


ps : kesihatanku masih belum pulih sepenuhnya..namun hati tetap di sini..ziarahi teman2 buat aku terhibur..terimakasih buat semua yang menziarahiku..menitipkan doa buatku dan kata2 anda akan tetap tersemat dihati.

Saturday, February 06, 2010

Aku Sehari Ini..

Aku tersedar kira2 setengah jam sebelum azan subuh berkumandang awal subuh tadi..aduhai..terasa perit seluruh kerongkong, kepala sakit yang teramat dan suhu badanku panas yang agak luar biasa. Aku gagahi juga bangun untuk menunaikan kewajipanku padaNYA dan juga sebagai seorg ibu. Aiman Zarif dan Abdullah Zaki mestiku gerakan untuk menunaikan solat subuh.

Usai bersolat, aku terus ke dapur...sarapan pagi dan menu untuk tengahari harusku sediakan..dalam mindaku dah tercatat apa yang mahu aku masak untuk pagi dan tengahari. Dalam keadaan begini aku tidak boleh menurut kata tubuh badanku yang kurang sihat..aku mesti melawan nafsu mata dan hati yang masih menjeling2 ke tilam empuk.

Satu mug susu panas Higoat telah selamat ku minum bersama sebutir pil tahan sakit..sebenarnya aku tak berapa suka menelan pil2 tersebut kecuali dalam keadaan terdesak...selepas minum badanku mula terasa segar walaupun sakit kepala dan tekak masih kekal begitu...terfikir dalam hati...bagaimana jika aku sakit dan tak boleh bangun...sedangkan anak-anak hanya ada aku di sini...namun hatiku menjadi lega seketika..aku tak harus terlalu bimbang kerana Aiman Zarif sudah boleh diharap....dia pasti takkan biarkan ibunya...Insyaallah itulah yg aku doakan tiap waktu.
Inilah sarapan pagi untuk hari ini..bihun goreng dan jemput2 manis (gambar tak disediakan)..bihun goreng adalah makanan favourateku, manakala anak2 lebih gemar jemput2 manis...sebahagian bihun ku asingkan di dalam tupperware untuk ku bawa ke pejabat..bekalan sepanjang waktu aku bekerja.
Dan ini pula sambal goreng ikan bilis kegemaran anak2..sempatku juga ku gorengkan beberapa ketul ayam HPA (tiada dalam gambar) untuk anak-anak...selepas membersihkan dapur seadanya aku rasa suhu badanku agak ok..walaupun tekakku masih sakit dan kepalaku masih berdenyut..aku mesti pergi bekerja hari ini..banyak betul senarai kerja yang menantiku walaupun hujung minggu begini..tak apalah sekurang2nya aku tidak membazirkan waktu melayan fikiran dan bermenung..dan yang penting banyak keja dapat aku selesaikan hari ini.
8.45 pagi aku sudah sampai di pejabat,Aiman Zarif ke pusat tuisyen dan Abdullah Zaki mengikut aku ke pejabat..sepanjang hari di pejabat dapatlah aku siapkan bayaran pesekolahan untuk anak2 ahli di Agrobank Ibu Pejabat..dan ahli yang telah bersara dari Agrobank.
Rasa lega bila dapat menyiapkan keja dalam masa yang dirancang walaupun dalam keadaan kurang sihat begini...dan lusa semua bayaran akan di kreditkan keakaun ahli melalui sistem Macs 3 yang diperkenalkan oleh Agrobank.
Kira2 pukul 3.00 petang tadi aku sudah sampai ke rumah semula dan ziarah di sini..selepas ini bolehlah ku rehatkan badan yg kurang sihat...mudah2an bila terjaga nanti aku akan pulih seprti sediakala..Insyaallah.

p/s bahagia bila dapat membuat semua org puashati dan gembira..walaupun kdg2kala tiada siapa mahu membahagiakan dan mengerti hati ini.

Friday, February 05, 2010

Ibrahim Adham & Sebutir Kurma

Selesai menunaikan Ibadah Haji, Ibrajim Adham( seorg ahli Sufi terkenal) berniat untuk menziarahi Masjidil Aqsa. Beliau singgah membeli sedikit kurma dari seorg pedagang tua berdekatan Masjidil Haram untuk bekal perjalanannya.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim ternampak sebutir kurma di tepi alat timbangan. Menyangka kurma itu adalah miliknya, Ibrahim memungut lalu memakannya.

Empat bulan perjalanan, Ibrahim tiba di Masjidil Aqsa, Seperti biasa dia memilih ruangan di bawah Kubah Sakhra. Di sana, dia solat dan khusyuk berdoa apabila tiba2 dia terdengar perbualan dua Malaikat mengenai dirinya.

"Itulah Ibrahim Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak, yang doanya selalu dikabulkan Allah" kata Malaikat pertama.

"Sekarang tidak lagi, sejak empat bulan lalu, doanya ditolak kerana memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat Masjidil Haram." balas Malaikat kedua.

Ibrahim Adham tersentak mendengar perbualan itu. Dia terhenyak kerana amat tidak menyangka selama empat bulan ini segala ibadatnya tidak diterima Allah semata-mata kerana memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

Ibrahim Adham beristighafar panjang. Dia terus berkemas untuk berangkat ke Mekah. Dia mahu bertemu pedagang tua itu untuk minta halal terhadap sebutir kurma yang dijamahnya. Tetapi di gerai kurma itu, hanya ada sorang anak muda di situ.

"Empat bulan lepas, saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Di mana dia sekarang?" tanya Ibrahim Adham.

"Pedagang tua itu iaitu ayah saya, meninggal dunia bulan lalu, sekarang saya yg ambil alih perniagaan ini" kata anak muda itu.

"Innalillahiwainnahilaihiraji'un. Pada siapa saya hendak minta halal?" Keluh Ibrahim Adham, lalu dia menceritakan semua yang berlaku.

"Sebagai ahli waris pedagang tua itu, bolehkah engkau halalkan sebutir kurma milik ayahmu, yang saya makan tanpa izinnya dahulu?" Ibrahim Adham bertanya pada anak muda itu.

"Saya tidak ada masalah, saya halalkan, tetapi tidak tahulah 11 org saudara saya yang lain, semua mereka ada hak pewarisan sama seperti saya" kata anak muda itu.

"Di mana mereka? saya ingin temui mereka seorg demi seorg" pinta Ibrahim Adham.

Setelah beroleh alamat, Ibrahim bertemu seorang demi seorang anak pedagang tua itu yang semuanya tinggal berjauhan. Dia berjaya beroleh restu mereka terhadap sebutir kurma yang dimakannya.

Empat bulan kemudian, Ibrahim Adham sudah berada di bawah Kubah Sakhra semula. Tiba-tiba dia mendengar dua Malaikat berbual.

"Itulah Ibrahim Adham, yang doanya tertolak gara-gara menjamah sebutir kurma milik org lain."

"Sekarang tidak lagi, semua doanya sudah makbul, dia sudah dihalalkan oleh semua waris pedagang kurma itu. diri dan jiwa Ibrahim Adham sudah bersih dari kotoran akibat sebutir kurma yang haram. Sekarang dia sudah bebas"

ps: yang halal tetap halal yag haram walaupun sebesar zarrah tetap haram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...