Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, February 16, 2010

2 Hari Di Kampung...

Alhamdulillah petang semalam aku selamat balik semula ke Sepang setelah hampir 3 hari berada di kampung...mujurlah kesihatanku sudah beransur pulih walaupun hidung masih berair..bila dah sampai kampung terlupa semua sakit dan semua masalah...cuti masih berbaki 2 hari tapi aku terpaksa balik ke sini semula kerana tidak mahu terlepas tuisyen anak2..
Sejak rabu lalu Abdullah Zaki sudah menunjukkan tanda2 hendak lelah..apa taknya..petang rabu itu dia menyertai pertandingan merentas desa (dah larang masuk tapi anak bungsu ni mng minat bersukan)..dah penat tambah dengan minum ais..menjadi2lah batuk dan lelah pun datang...2 hari ambil gas di Klinik medisyifa..hingga lelahnya betul2 ok.

Pagi2 ahad masih sempat ke Pantai Siring..bersebelahan dgn Anjung Batu..cantiknya pemandangan dan air laut yg jernih buat semua anak2 teruja nak berenang..berendam sampai 2 jam dan terpaksa dikerah balik..
Aksi lucu si kecil ni...bila mata dah terlalu mengantuk apa org buat pun dia dah tak sedar..adik bungsu letak atas pasir pantai pun dia tetap meneruskan agendanya...zzzZZZZZ..

Ok lah ni...gambar yg tak nampak wajahku yg sememeh...Mak itam (panggilan anak2 sedara padaku)nape tutup muka...bukan tutup sbb malu tapi tak tahan panas menyengat..dengan adik ipar yang bakal menimang cahaya mata bulan Mei ini.
Petang Sabtu..selepas balik dari kenduri rumah sepupu..sempat menjamu selera di Pizza Hut..adik bungsu belanje...tapi aku yg rugi sebab tak berapa suka makan pizza...

Dan ke MPH mencari buku rujukan anak2 dan adik yg sedang buat out kampus...bukan buku adik yg dapat sebaliknya 3 buah novel menjadi milikku..sebuah darinya bertajuk Nyanyi Sunyi..sgt menarik..semalam aku habiskan membaca...semasa dalam perjalanan balik ke Sepang...
Dua hari di kampung memang rasa tak cukup bila adik2 balik sekali..aktiviti sangat padat dan terasa cepat sungguh masa berlalu..mak dan abah memang nampak gembira sangat..dengar cerita mak dan abah nak ke Mekah buat Umrah kali ke 6..bila pulak masa aku nak sampai ke sana..
Bila kenang kembali masa kecil..bercerita dgn adik ipar bagaimana kesusahan kami..bercerita bagaimana kesusahan abah menyara kami dengan mencari ikan di laut..rasa mcm tak sangka abah dan mak dah dapat pergi ke Mekah mengerjakan Haji dan beberapa kali buat Umrah..berkat usaha dan sabar pasti kehidupan akan berubah...

ps: Andai rindumu seluas pantai
rinduku menggebu seluas lautan biru
namun gerangan siapa bisa melerai
rasa rindu yg mencengkam kalbu

27 comments:

Ibu n Abah said...

salam ida,
tak berkesempatan nak bertemu di kampong... takpa... nanti panjang umur, kita jumpa pula di kampong...

hans said...

kesian ada lelah
besar2 hilang la kut

kelompen said...

ida
besnya balik kg
banyak kisah2 lama
penuh nostalgia
terutama zaman kecik kecik..

mamawana said...

Ida...

bestnyer balik kg. Main air, ombak..pantai...men sg....rinduuu alam damai kat kg.

HASNAH said...

best kan ida dpt balik kg..sy pun 2 hari je smpt balik...tak pe lah kan..bila kita dah berkeluarga, macam ni la..pikirkan byk hal...anak, suami dan macam2 lagi..anyway moga cpt smbh..

IMANSHAH said...

Salam kak, saya pun masih bercuti, orang lari balik ke kampung, tapi saya datang ke kajang..walau taklah sesibuk mana, namun rasanya di kampung jauh lagi tenang!!

tajnur said...

Salam!
Lambaian dan doa Nabi Allah Ibrahim a.s. utk mengunjungi ke Baitullah, Mekah mmg tersemat pada dada2 org beriman. Jadi kenalah kita buat persediaan dgn ikhlas, biar pun bermula dr modal yg kecil tetapi dgn keberkatan, InsyaAllah akan termakbul juga akhirnya.

zedmagel said...

Salam Idalara,

Seronoknya dapat balik kampung, dah tua air pasang lak. Bertapa sedapnya berendam dan berkubang. Sana pantai berpasir atau berlumpur?

Dj Epoi said...

Sioknya.....

Heheheh sampai atas pasir ponk boley zzzzZZZZ gibik2 tuh hehehe

Salam sama anak2 Kak

SYAbAR said...

Lucunya si kecil tu.... bestnya dpt mandi laut, tp bukan kawasan tu dulu yg keluar stori pasal ada buaya tu IDA

Anonymous said...

comel giler adik tu tido

ko habiskan buku semalaman? wow!

MaizaC'Joe said...

salam my lovely sis ida

bestnya balik kg.. kesian anak akak lelah ekk.. ada petua org2 la.. minum air gamat tak pun makan gamat.. InsyaAllah...

abu muaz said...

salam. sudah kembali berblog ni.

Idalara said...

salam sdr abu muaz..alhamdulillah kembali memeriahkan dunia blog.

Idalara said...

salam maiza..
mng best bila semua berkumpul..nak bg anak bungsu tu minum air gamat..takut dia tak mahu je..

Idalara said...

gaknya kalau ah fatt yg tido mcmtu lagi comel tak?hehehe..
yup sehari je habis baca..sebab best..

Idalara said...

salam syabar..
alamak..ida tk dengar pulak pasal tu..abah pun tak cakap apa2..takut gak kalau betul berita tu..

Idalara said...

salam djepoi..
tulah yg kitaorg jadi terheran..dia punya mengantuk smpai atas pasir pun smbung tido..

salam anak2 dah di sampaikan.

Idalara said...

salam zed..
jrg dpt mandi laut mcmtu..kat situ pantainya berpasir..klaau lumpur sure tak dpt mandi.

Idalara said...

salam sdr Tajnur..
insyaallah satu masa nnti sy pasti akan ke sana..

Idalara said...

salam imanshah..
takpelah sekurang2nya imanshah bercuti juga..cari kwn2 yg asal kg,kemudian bila cuti ikut mereka balik kg..mst seronok.

Idalara said...

salam hasnah..
dua hari kat kg mng tk cukup tapi ok lah tu.kita semua bnyk komitment,nk balik lama2 mng tk bolehpun..
terimaksih ye doa hasnah.

Idalara said...

salam mamawana..
bila dikampung semua kenangan berputar kembali..teringat masa kecil dan remaja..sgt mengusik jiwa..

Idalara said...

salam kelompen..
nostalgia yg tk mungkin dilupakan..andai boleh diputarkan waktu ingin ku kembali ke zaman remaja.

Idalara said...

anak2 akak dua2 ada lelah..jrg2 kena tp bila kena dua2 kena..insyaallah mudah2an bila besar nnti baik lah lelah tu.

Idalara said...

salam akak..
insyaallah nnti kita akan bertemu juga..

Anonymous said...

Andai rindumu seluas pantai
rinduku menggebu seluas lautan biru
namun gerangan siapa bisa melerai
rasa rindu yg mencengkam kalbu

tersentuh hati bila membaca ayat2 indah diatas....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...