Akhirnya tercapai hasrat aku nak ke Kelantan lagi setelah hampir 11 tahun tidak ke sana....kira2 pukul 10 malam kami bertolak dari Agrobank KL...pukul 5 pagi kami selamat sampai di Hotel Apartment Maharani di Kubang Kerian. Siap check in kami rehatkan badan sebentar sementara menanti waktu Suboh.
Pukul 8 pagi, setelah selesai minum pagi distinasi pertama ialah Rantau Panjang..wah...masing2 borong sakan termasuklah aku...semenjak dua menjak ni aku memang suka memasak..jadi matlamat utama aku ialah mencari kukus, kuali bertutup, loyang dan genseng..semua dapat aku beli dengan harga yang amat berpatutan.
Sempat berposing depan bas Agrobank sebelum bersoping....masing2 dah tak sabar2 nak ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor..
Dalam bas menuju distinasi...rombongan cik kiah ni sememangnya nk bersoping...penuh bonet bas dengan segala macam barang2 dari Kelantan...
Bergambar di hadapan Maharani Hotel sebelum memulakan perjalanan....siap membeli belah di Rantau Panjang kami bertolak ke Pengkalan Kubor,..tak banyak barang yang kami beli sebab kedudukan bas yang jauh dari tempat membeli belah menyukarkan kami membawa barang...lagi pun hampir 70% barang2 sudah dibeli di Rantau Panjang.
Suasana di Pengkalan Kubor...sempatlah aku membeli beberapa pasang baju anak2 dan sehelai dua kain batik basahan untuk adik di Kampung..
Akhirnya...semalam...kira-kira pukul 9.00pagi..kami bergerak meninggalkan Kelantan dengan seribu kenangan manis yang tak akan aku lupakan..percutian yang menggembirakan walaupun agak keletihan bershoping...percutian yang buat aku lupa sebentar semua masalah keja dan masalah hidup..
Teruja juga melihat pinggan mangkuk yang agak berpatutan harganya..tapi bila memikirkan nak 'mengangkut' ke bas yang terlalu jauh dari pintu keluar buat aku padamkan keinginan.
Semasa di Rantau Panjang aku sempat makan laksam di sebuah gerai di tengah2 pusat membeli belah itu....hmmmm....sedaaaappp sangat..kuahnya pekat dan cukup rasa...cuma aku tak sempat merasa nasi kerabu...memang aku frust sgt kerana program yang aku tunggu2kan iaitu ke Pasar Siti Khadijah di batalkan di saat2 akhir kerana tak cukup masa....ramai juga yang merungut sebab kat situlah kami nak membeli makanan2 dan buah2an...namun apakan daya..aku hanya mengikut bukan menganjurkan rombongan cik kiah itu.
Malamnya pula kami ke Wakaf Che Yeh...seseorang menunggu aku di sana, (kalau dulu A sentiasa dalam hatiku kini 'B')...walaupun dah beberapa kali aku bertemu dengannya atas urusan bisnes, namun pertemuan kali ini aku rasa agak lain...mungkin kerana aku yang mengunjunginya..bedebar2 pulak rasanya nak berjumpa...berdebar sebab apa? ntahlah...
Malam itu dia menemai aku membeli beberapa pasang pakaian anak2 dan kain pasang untuk anak perempuanku...untuk aku pula? surprise!!!....dia membelikan aku sepasang kain sutera berharga RM250.00...aduh..... terkesima aku dibuatnya.......ni nak menambat hatiku supaya menetap terus di Kelantan ke!...
Semasa sibuk bersoping, dia asik mengusik aku supaya tinggal terus di Kelantan...jadi orang Kelantan atau pun menetap di Terengganu membantu dia menjalankan perniagaannya di sana....bukan aku tak mahu..bukan aku tk suka...tapi terlalu banyak yang perlu aku fikirkan sebelum membuat apa2 keputusan untuk masa depanku dan anak2.
Kadang2 kita asik mengharap dan menanti pada seseorg yang memang sudah pasti tidak perlukan kita dalam hidupnya tanpa kita sedar rupanya orang yang berada di depan mata, yang sering berhubung dengan kita, yg sering bertanya khabar, sebenarnya itulah yang kita perlukan dalam hidup kita...namun aku serahkan semuanya di tangan Allah...andai ada jodoh...insyallah.
Akhirnya...semalam...kira-kira pukul 9.00pagi..kami bergerak meninggalkan Kelantan dengan seribu kenangan manis yang tak akan aku lupakan..percutian yang menggembirakan walaupun agak keletihan bershoping...percutian yang buat aku lupa sebentar semua masalah keja dan masalah hidup..
Percutian yang membuat hatiku berbunga2, rasa seperti terlihat bunga2 berkembang mekar depan mataku......buat aku mampu tersenyum sepanjang jalan pulang, walaupun rasa sedih nak meninggalkan dia dan Kelantan yg permai.....dan mungkinkah agaknya....
"Cintaku Tertinggal di Kelantan"
ps...rasa berbunga2 itu masih tetap ada dalam hatiku...'tidak ada hari2 yang berlalu tanpa aku merasa rindu'