Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, February 07, 2010

Hebatnya Seorang Ibu.....

Ibu dibekalkan syurga di kakinya, di matanya, di bibirnya, pada suaranya, pada sentuhannya dan pada didikannya. Ibu yang hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga...suasana duka menjadi ceria..

Ibu...Menjahit yang tercerai, merawat yang terluka, menghibur semua kepedihan, menyatukan semua yang berderai, penyandar pada yang kelesuan dan pendingin segala kebakaran walau semaraknya api, mengalah dalam semua pertandingan, penyuluh dalam semua kegelapan, penunjuk dalam semua yang sesat, penderma kasih yang tidak bertepi dan penghangat pada yang kesejukan.

Ibu.. pembekal pada yang putus bekalan dan telaga cinta yang tidak pernah kering kasih dan cintanya untuk diceduk oleh semua yang kehausan cinta, pendengar kepada semua berita walaupun yang merobek isi hatinya dan perindu yang tidak pernah padam rindunya dalam apa jua keadaan, biarpun yang dirindu sudah mahu melupakannya.

Ibu..pengawal yang tidak pernah hilang kawalan dan pemerhati yang tidak pernah hilang fokusnya dan pembekal yang tidak pernah kehabisan stoknya, pembekal susu yang tak kenal erti basi selama 2 tahun dan pemberi yang tidak pernah mencatat apa yang diberi dan tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya.

Ibu...perawat yang tidak putus pesakitnya serta pemesan yang tidak pernah lapuk pesannya. Pendoa yang doanya tidak mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih, ibu seorang kekasih paling setia buat ayahanda kita, biarpun terluka namun mampu disembunyikan dari muka hingga tidak ada yang tersinggung dan terasa demi menjaga hati yang tercinta atas nama cinta kudus.

Ibu..maka benarlah kata pujangga, mahkota cinta suci itu ialah "memberi bukan memiliki" benarlah ungkapan..... kasih dan cinta ibu membawa ke syurga.

Bagaimana kita sebagai ibu, sudah mampukah memiliki ciri-ciri yang disebutkan....


ps : kesihatanku masih belum pulih sepenuhnya..namun hati tetap di sini..ziarahi teman2 buat aku terhibur..terimakasih buat semua yang menziarahiku..menitipkan doa buatku dan kata2 anda akan tetap tersemat dihati.

8 comments:

Amieynna Amin said...

syahdunye membaca entry ini..
akak selalu menyedarkan sy dengan entry2 yg mcm ni..

Maiyah said...

kita sbg ibu akan ttp memahami erti kasih syg

Anonymous said...

windu same my mom@

CITY® said...

salam,

semoga kembali semboh dan ceria semula

hebat seorang ibu
anda juga hebat menjadi ibu
lengkap buat seorang wanita
isteri
ibu

tak semua wanita berpeluang jadi ibu

Ibu n Abah said...

ida,
alhamdulillah...
sepanjang saya baca entry ida... ida dah masuk golongan ibu yg berkorban buat anak2... sanggup memikirkan kebajikan anak2 tiri lg...
Luhur hati ida... kalau saya, saya tak kan layan.. mak depa dah rosakkan rumahtangga kita...

Anonymous said...

wah....suka en3 ni......

kak idalara sakitke?dah makan ubat?kesihatan beransur pulihke?kalau tidak pergilaha berjumpa doctor dan banyakkan berehat......

cuaca sekarang panasnya lain macam.....

Unknown said...

salam Idalara..

ibu adalah segala2nya....

tp akak belum dpt menjadi ibu yg tbaik lagi . ksabaran mdidik anak2 masih ditahap sederhana , bkn cemerlang . he he he

tajnur said...

Salam!
Siapa pun tak dapat nafikan betapa besarnya pengorbanan ibu kpd anak2nya namun perlu jga ketahui seseorang ibu perlu mentarbiyyahkan anak kearah keimanan lebih2 lagi mengenai Tauhid Rububiyyah. Dewasa ni byk sangat ibubapa membiarkan anak dlm kejahilan dari segi akidah, feqah, munaqahat, jinayat, muamalat dan tuntutan dlm negara Islam. Jadi tak hairanlah dalam Surah Luqman:15dan Surah Mujadilah:22, kaum2 muslimin di zaman Rasulullah saw sanggup meninggalkan ibubapa mrk kerana cintakan Allah dan Rasul. Wallahualm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...