Saturday, December 05, 2009
PD dalam Memori..
Ptg tadi aku selamat sampai di rumah..kursus 2 hari banyak menyuntik semangat baru..dapat pengalaman baru, belajar perkara baru, bertemu ramai teman baru (tapi bukan bertemu jodoh baru) berkenal dengan berbagai peringkat,dari pihak atasan hingga paling bawah..namun tiada jurang membezakan kami semua...semuanya datang hanya ingin belajar..insyaallah mulai minggu depan aku akan praktikkan apa yg aku pelajari sepanjang dua hari berkursus.
Berada di Seri Malaysia PD sebenarnya mengimbau memori aku bersama arwah bekas suamiku dulu..kami sekeluarga pernah menginap di sana di tahun2 akhir kami bersama..segalanya masih segar dalam ingatan..kebetulan pula bilik yg aku duduk sama lokasinya dengan bilik yg pernah kami diami dulu...kini segalanya hanya tinggal memori..
Esuk aku akan ke Seremban..mengambil anak2 yang ku tinggalkan bersama adik lelakiku di Kuala Pilah..mereka dah tak sabar2 nak balik semula ke rumah..aku pun rasa rindu sangat kat hero2 dua org tu..mudah2an cuaca baik supaya perjalananku tidak terganggu..
Dan esuk...apa yg akan berlaku?...pastinya episod kehidupanku akan kembali normal bersama anak2...
p/s buat kakcik di hospital..masih tiada kesempatan ingin menzairahi kakcik..muga2 kakcik akan sembuh seperti sediakala..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Salam ziarah... Tak perlu ditangisi pemergian yg tersayang. Sbb tuhan lebih menyayanginya. Semoga tabah meneruskan kehidupan k?
slmt kmbali.. rasanya kakcik dah balik umah
salam dak wan..
memang pun..cuma memori masih jelas diingatan..tq singgah..
Maiyah..kak ida msih tk sempat ziarah blog kak cik dan mai juga..
mai tahu tak add rumah kakcik?
Salam. Memang fitrah manusia begitu.Kenangan lama pasti mengusik jiwa.
kenangan mngusik jiwa
dah lama tak pie PD rasa macam nak bercuti ke sana
amboi,seronoknye dia g kursus.. patutlah dah tak ingat dkt kamezaim lagi... aduh,kechewanya rasa di hati...
salam idalara,
wahhhhhhhhhhhh
bagus la g kursus nih
selain dapat ilmu
dapat jumpa org2 dan kawan2 baru
dapat relax n rehat
dapat tenangkan jiwa dan minda
kenangan adalah harta paling sentimental buat kita
heeeeeeeee
take care
Salam Sdr Abu Muaz..
kita mng tkkan lari dari kenangan lalu kan..lebih2 lg yg manis2..
Azman Shah
lebih2 lagi kenangan yg indah2..
mamai..
g lah rehat2kan badan dn minda..tp ida ni kureng suka bercuti kat tepi laut..tak tahan panas..
kamezaim mng lah seronok..rasa tak mahu balik je..pulak tu berkwn dgn pengarah2 dan board2 koperasi...huhuhu..
sape yg tak ingat sape..idalara ke kamezaim?maklumlah skrg ni kamezaim dah ada org lain kan..kan..:)
salam biruuuu..
hmmm..betul kata biru..ida mng suka g kursus..bnyk pengalaman dan pelajaran yg baru..tp masa cuti sekolah je ni berpeluang..bila dah bukak sekolah..payah sikit..
kenangan..sgt sentimental..rasa mcm baru semalm ia berlaku..
Salam ida,
dah ambil anak2...
akak cukup suka baca kisah anak bujang ida.. Yang sulung tu bakal membela ida nampaknya. Semuga kedua-dua putera ida akan menjadi seorang yang bertanggungjawap kepada ibunya dan tahu pengorbanan ibunya.
Ida..
kakcik dah naik kerja. InsyaAllah 24 & 25/12 ni, kakcik akan bercuti ke PD.. menginap di Seri Malaysia :)
salam akak..
yup anak2 dah berada di sisi ida..insyaallah..mudah2an anak lelaki sulung ida akan menjadi anak yg bertanggungjwb pada ida dan adiknya..
salam kakcik...
nampaknya tkde rezeki nk jumpa kakcik kt PD kan..nnti kakcik rehat puas2 ye..
memori indah bersama dengan sidia tidak pernah luput hingga keakhir hayat......
itulah azimat setiap pasangan kekasih,suami isteri
bila dipisahkan dgn kematian barulah terasa betapa kehilangannya dia..
saat itu semua kenangan manis akan hadir semula...
Post a Comment