Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, December 23, 2009

Alahai Cermin Mata...


Dah hampir 20 tahun aku memakai cermin mata..lebih teruk selepas accident semasa mengandungkan Abdullah Zaki..masuk ni dah 5 cermin mataku bertukar ganti..aku hanya menggunakan cermin mata semasa mengadap kerja2 di pejabat dan membaca...


Aku ni rabun dekat, kanta ku dah lebih 400....sesuailah dgn usiaku yg sudah hmpir senja...namun setiap kali membuat pemeriksaan mata, aku di nasihatkan oleh pakar otometri supaya memakai cermin mata kerana rabun jauh pun dah gak teruk....tapi aku rimas bila cermin mata tersangkut di hidungku yg tk berapa mancung ini..maka aku abaikan saja saranan mereka...

Tak mustahil bila ada rakan2 yg berkata aku sombong kerana tidak membalas senyuman mereka..mana aku nk balas sebab aku tk nampak pun siapa yg senyum pada aku..jadi klaau akak, maiyah, biru, kakcik, tinie, abu muaz, wachak, kamezaim atau siapa saja rakan blogger yg senyum padaku...jgn marah jika aku buat tak tahu je...

Selepas Raya Kurban haritu aku menempah cermin mata baru di sebuah kedai cermin mata di pasaraya Giant Nilai (bukan England Optikal)..beriya2 lah aku terangkan pada pekerja kat situ..aku nak buat untuk rabun dekat saja..4 hari selepas itu cermin mataku siap..masa ambil aku hanya try sambil2 lalu saja sebab nak cepat...

Sampai di rumah aku mencuba cermin mata baru..eh..apahal ni kurang jelas..bila lihat jauh mak aiii terangnya...semua tulisan yag jauh2 aku nampak dgn jelas..naik hangin juga aku dibuatnya..aku menelefon kedai tersebuat untuk mendapatkan penjelasan..suka2 je pekerja kat situ kata cara pemakaian aku salah...apa dia ingat baru satu jam aku pakai cermin mata? dah hampir 20 tahun..takkan aku masih tk tahu pakai cermin mata dgn betul..

Esuknya aku ke kedai tersebut...setelah 'bertekak' dengan pekerja dan juga pemilik kedai yang ala2 gangster..mereka masih mahu menegakkan benang basah..kononnya cermin mataku special sikit..jauh dan dekat...oklah kalau betul..tp masalahnya bila dekat aku tak nampak....kabur sesangat......sedangkan cermin mata ini terlalu penting untuk mengadap komputer, menulis dan membaca..

Akhirnya aku berjaya juga mendapatkan cermin mata baru yang betul2 sesuai dengan rabun dekatku..cuma yang aku kesalkan bagaimana cara pekerja dan pemilik kedai berkenaan melayan pelanggan..mereka tidak mahu mengaku kesilapan mereka malahan memarahi aku...takpelah..yang pasti itulah yang pertama dan terakhir kali aku membuat cermin mata di situ...nak tahu kedai apa? sila hubungi idalara....:))


PS..pc masih prblm..semalam cuba ziarah teman2..maiyah, wachak, abu muaz, kakcik..biru...org muo(sahabat baru) ,akak dan ramai lagi tp hnya beberapa org saja yg dapat singgah..singgah namun tk dapat beri salam pun...minta maaf semua..insyaallah bila pc dah ok idalara akan ziarah kamu semua...:)

PS..maafkan aku andainya ada hati2 yang terluka dengan kata2ku...kadang2 aku terpaksa melukakan hati orang lain kerana aku ingin menjaga hatiku sendiri...hatiku sendiri tiada siapa yg mahu ubati...aku dah letih asik menjaga hati2 org lain...maafkan aku.

12 comments:

HASNAH said...

Ida, bagus jugak buat camtu..dan yg pastinya tak yah lagi nak ke kedai tu...macam tu punya pe'el pun ada!!
sendiri mau pikir la..

PUAN PIA said...

Dulu masa tgk org pki spek, nmpk smart dan cantek diorg ni.. mesti berangan2 nk pki spek ..

Maiyah said...

mata sy skrg pun nak rabun2 gak huhuu tapi tak lagi nak pakai spek

Ibu n Abah said...

Ida,
akak suami isteri pun pakai cermin mata... kami dah jelak dgn helah cina kedai cerminmata yg sebnarnya mereka taklah pandai dalam hal2 berkaitan mata. Ada kedai cina takda pakar optometrist..mereka cuma optician...
ada yg cuma harap pengalaman kerja saja...
jadinya, akak dan suami lebih suka cari kedai cerminmata orang melayu/islam yg memang mempunyai pakar mata (optometrist) dgn kelulusan ijazah dari universiti...
Kalau di bangi ada bebrapa kedai cerminmata orang islam dgn kepakaran yg sebenar...

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Saya pun pernah angin satu badan pada kedai England Optikal... konon hebat tpi hampas. Spek yg mrk buat memang tak dak kualiti, terbang RM 320. Bila saya pergi ke kedai lain yg menjelaskan jenis cermin (siap tunjuk katalog jenis2 cermin dan perbezaan cermin)baru saya tahu apa sbb spek yg England Opt tu tak boleh nak pakai,dia guna cermin jenis murah dan tak berkualiti...(tipu la ni)
Lain kali kalau nk buat spek kena minta penjelasan tentang cermin dan minta katalog jenis cermin tu. Kalau tak dak, cari kedai lain...

SYAbAR said...

400 tu tak tinggi lg, kita ni dak 700++ lag rabun... dulu jauh saja, bila dah beralih umur ni, rabun dekat dah mari

yg tak tahannya, sekali buat spek mau hangus 1K tu yg perit

Idalara said...

salam hasnah..
mng kalau pekedai bngsa mereka tu selalu tk mahu mengaku kesilapan mereka..serik ida buat cermin mata kat situ..

Idalara said...

sofia..
ummi lak tk suka pakai spek ni..tp sbb terpaksa...eluklah sofia tk pakai..

Idalara said...

maiyah..eloklah jgn pakai cermin mata ni...kalau boleh elak elakkan..

Idalara said...

salam akak..
betul kata akak tu..ida ni tkde pilihan terpaksa buat kat situ...ikutkan hati tk hingin buat kat kedai bngsa mereka tu...bila terkena mcmni serik rasanya..

Idalara said...

salam syaniza
nama je yg gah..tapi ntah apa2..tp kedai yg kak ida buat ni bukan england optikal..kedai lain yg tk glamour...

Idalara said...

syabar...wow..tinggi tu rabun jauh..kak ida tklah teruk sgt..masih kira ok tp kurang jelas je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...