Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, December 29, 2009

Aku Dikunjungi..

mezain

La Tahzan...jangan bersedih.
Antara novel yang dapat ku miliki
Ahad 27Dec..gerak hati nak ke KL..ada barangan yg hendak aku cari disamping mencari buku2 tambahan untuk pelajaran anak2...kira2 pukul 11.00 aku sudah berasa di perut train menuju ke KL..penuh sesak dalam train...lenguh berdiri dari stesen Nilai ke Bank Negara.

Sampai di Mid Valey aku terima satu panggilan dari no yg tidak aku kenali..suara seorg perempuan..setelah mengenalkan diri rupanya kak N kawan kepada sahabatku mezain (gambar di atas sekali - sori zain pinjam pic awak)..mezain ku kenali menerusi laman Dr HM Tuah Iskandar sejak beberapa tahun yang lalu...jika nak tguk apa yg mezain lakukan sekarang sila layari blog mezain, banyak yang boleh anda pelajari di blog beliau.
Masa mula2 berjinak2 dengan dunia tenet dan blog, mezainlah yang banyak membantu dan mengajarku..dan dialah juga yang mencipta blog yang di kenali sebagai Idalara sewaktu itu bersama wordpress dan kemudian di sini.....banyak yang aku pelajari dari dia...terimakasih mezain..jasamu dikenang...mezain yang aku kenali seorang yg sangat simple..dan mempunyai senyuman yg sangat menawan..ahaks!
Sebenarnya ......semasa perjalananku ke KL..mezain bersama kak N telah singgah ke rumahku tanpa pengetahuanku..nak surprise aku agak..tapi malangnya aku tiada di rumah...kecewa juga rasanya kerana tujuan dia datang ingin meng'operate' pc yang aku beli dari dia, telah aku maklumkan pada dia pc tersebut ada masalah sikit ...sebelum ini sudah 2 kali dia datang bersama kak N..masa menghantar pc dan kali ke dua semasa hari raya Aidil Fitri lalu.
Setibanya di Jalan TAR aku terus ke kedai buku bersebelahan Gulatis, hampir 1 jam aku terleka di situ..biasalah aku bila dah sampai kedai buku,sehari suntuk pun aku boleh.........rasanya dah hampir setengah tahun aku tidak membeli bahan bacaan seperti novel dan buku2 motivasi..inilah yang aku dapat hari itu...3 buah novel karya Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem dan Fauziah Ashaari..dan juga sebuah buku motivasi bertajuk La Tahzan karya 'Aidh Abdullah al-Qarni....dah lama aku mengidam nak memiliki La Tahzan..alhamdulillah tercapai juga hasrat aku..mudah2an dengan membaca buku ini akan membantu aku lebih ceria,tabah dan sentiasa redha dengan apa yg aku hadapi..kerana buku ini sangat sesuai untuk motivasi dalaman dan sangat sesuai untuk orang2 sepertiku.
Puas hati dapat memiliki apa yag aku hajati..buku2 anak2..untuk aku juga...tapi frust sebab tetamu datang sewaktu aku tiada di rumah..untuk mezain..sebelum datang pastikan buat temujanji dulu ye..maklumlah..aku ni bukan boleh dijangka..bila2 masa saja boleh terbang ke mana saja yg aku rasa nak pergi..bila rasa nak balik Melaka aku akan balik..bila rasa aku nak ke KL aku akan pergi..sebab tiada yang kisah...itulah pulak untungnya hidup single begini.
ps...sendiri memang ada baik dan ada juga buruknya...kdg2 sepi seakan menikam2 hati dan perasaan...namun kadang2 sepi juga terlalu indah.

18 comments:

Ibu n Abah said...

Ida,
masa saya berduka lara dulu ada kawan datang dari Oman beri buka Dont be sad.. bila saya sakit baru ni ada kawan Dr Ainul beri buka Jangan bersedih... Yang nak dijadikan saya lagi sedih bila buku tu kat mana sekarang ni nak baca kali kedua dah tak da...(Susah betul dah berumur ni.. pelupa...)

Maiyah said...

sy pun nak beli buku gak ni tapi bila agaknya nk kuar :(

Anonymous said...

bes nyew dapat menambah koleksi novel!

hehehe

Tirana said...

wahh...banyak beli buku ye Ida..Saya dah lama tak beli novel. Berhenti sekejap baca novel sebab banyak buku lain nak dibaca. Kalau start baca novel..alamat buku2 lain tu nanti terbiar..hehehe

CITY® said...

salam ida,
heeeeeeeeee
banyak gak xtvt ida ni ya,
mayb next time kita leh jumpa
makan2, sembang2
biru bawa jalan2 kl
ekekkekek
mayb satu masa yg sesuai la
heeeeeeee

take care

abu muaz said...

Salam puan. Buku La Tahzan sangat menarik.Menimbulkan insaf dan juga rasa takut.

zedmagel said...

Salam Ida,

Salam keriangan dan tanpa sepi dari saya. Jika kita memiliki sebuah kesepian tidak salah untuk berkongsi dengan rakan, begitu juga dengan kegembiraan.

Terima kasih jika teringatkan saya yang ketika itu mungkin masih ditanah suci, saya sering mendoakan akan kebahagian buat semua rakan-rakan semasa disana. Mudah-mudahan Allah berkati....

annie said...

salam ukhuwah...SELAMAT TAHUN BARU, moga thn 2010 menjanjikan perkabaran yg baik kepada kita..AMIN

Idalara said...

salam akak...
bestnya dapat hadiah buku2 mcmtu..bnyk manafaat yg boleh kita dpt..insyaallah ida cuba baca biar cepat habis..mst ada buku tu..akka kena ingta betul2 mana letaknya.

Idalara said...

salam maiyah..kka ida pun tk rancang masa nk beli..gerak hati yg mengarahkan kaki..

Idalara said...

betul ghostone..
rasa seronok sgt bila tguk koleksi bertambah..wlupun tk baca lagi..

Idalara said...

salam tirana..
lama dah ida tk beli buku2 dan novel ni...betul kata tirana tu..bila baca novel yg lain tk sentuh...kdg2 keja umah pun lngsung tk sentuh..

Idalara said...

biru..
nk hilangkan rasa sepi tu lah caranya..bila dok je kat rumah mulalah pkiran menerawang..insyaallah mayb satu masa nnt kita jumpa dn sembang2 n makan2..

eeeiiii..tntu best..

Idalara said...

salam sdr abu muaz..
mudah2an buku ini beri kesedaran dn tmbh kuatkan keimanan sy..insyaallah.

Idalara said...

salam sdr zed..insyaallah sy sedia berkongsi suka duka di sini bersama rakan2.

rasanya sy tk pernah terlupakan zed di Tanah suci dan sentiasa doakan zed selamat.

Idalara said...

salam annie..
thanks singgah..insyaallah muga apa yg kita impikan akan dapat dicapai.

Anonymous said...

saya memang minat dgn karya norhayati berahim..memang tidak pernah miss buku dia

Idalara said...

nampaknya samalah kita berkongsi minat...rasanya bnyk novel dia yg kak ida miss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...