Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, March 06, 2010

Yang Mana Satu?

Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah Maha Agung....lamanya tak bersiaran bukan kerana malas atau takde idea, tapi dek kerana komitment yg terlalu banyak..sepanjang minggu terlalu sibuk dgn tugas di ofis dan di rumah..tak terkejar dek tangan yang hanya dua.

Sejak beberapa hari lalu aku benar2 berada dalam dilema...untuk memilih 1 antara 4..kesemuanya penting, kesemuanya berlaku dalam satu hari dan waktu yang sama..akhirnya aku memilih satu yang aku rasakan cukup bermanafaat bagi aku.

Bila lihat tajuk entri aku kali ini teringat lagu Allahyarham seniman P.Ramlee..."Yang mana satu idaman kalbu.."sebenarnya aku bukan berada dalam dilema kerana mahu memilih idaman kalbu tapi memilih antara program mana yang harus aku hadiri pada hari ini.

Secara kebetulan ada 4 program pada pagi tadi.

1. Datang ofis buat persiapan untuk audit.
2. Mesyuarat Agung PIBG sekolah Aiman Zarif
3. Acara sukan tahunan sekolah Abdullah Zaki
4. Kursus Tahsinul Ibadah anjuran Akademi Zakat Selangor

Akhirnya dengan persetujuan anak2, aku batalkan program ke sekolah meraka..dan batalkan juga niat nak ke ofis....tepat pukul 8.00 pagi tadi aku ke Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di BBST..itulah pilihan yang terbaik buatku..
Aku mendapat jemputan menghadiri kursus Tahsinul Ibadah ini dari Pusat Zakat Selangor, bermula dari 6 Mac 2010 hingga 17 April 2010, setiap hari sabtu berselang seli....amat rugi rasanya jika aku menolak untuk hadir..namun beginilah keadaannya pagi tadi..hanya ada 9 orang perserta saja yang hadir, walaupun peserta yang dijemput seramai 20 orang...Alhamdulillah Ustaz tetap bersemangat menjalankan tugasnya walaupun kehadiran kurang mendapat sambutan.
Sampai di rumah kira2 pukul 2.00 petang tadi..kebetulan Abdullah Zaki dan abangnya juga baru balik dari sekolah..senyum sampai ketelinga dengan pingat yang dimenangi..dalam acara lumba lari dan sukanika...
Mudah2an pengetahuanku dalam Fardhu Ain akan bertambah dengan mengikuti Kursus tersebut..dan yang pasti aku dapat menambah pengalaman, ilmu pengetahuan dan menambah teman2 yang senasib denganku.
ps..melihat..memerhati...memikir...membuat kita rasa betapa kerdilnya kita di bumi Allah SWT ini.

14 comments:

Ibu n Abah said...

Salam Ida,
Alhamdulillah... ida memilih yang baik untuk ida...
Alhamdulillah dan Tahniah.. Abdullah Zaki dapat pingat dalam acara sukan..

Idalara said...

salam akak..
rasanya sgt bertuah terpilih dn sgt rugi jika ditolak..
terimaksih akak..

kelompen said...

salam..
dugaNya terlalu banyak
tetapi simpang hanya kanan dan kiri
kekadang kita keliru
yang pasti jangan silap
menafsir arah

Anonymous said...

syukran.....

alhamdulilah ilmu itu akan berguna pada anak2 akak nanti......

Maiyah said...

pilihan yg baik.. tahniah anak akak yg menang

Pengasas said...

Salam Ida,
Pilihan yang tepat lagi terbaik.

SYAbAR said...

pilihan yang paling tepat tu Ida

mamawana said...

Salam ida..

Bestnyer ada progrem gitu Ida..

Jumaat lepas mama baru gi PPZ Chow Kitt KL. Tanya kalu ada apa2 progrem yg menarik anjuran PPZ. Pegawai tu kata tak tau....takdak...pi tanya Baitulmal. Awat lagu tu...

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Alhamdulillah.. program ibadat memang la org tak rebut peluang utk hadir. Tp kalau buat jom heboh, mesti berpusu-pusu.
Apa pun tahniah buat ibu dan anak yg telah berjaya dlm kategori masing2.

Beruwang said...

utamakan anak dulu

CITY® said...

salam..

tahniah
pasti ada sebab kenapa keputusan itu yg dibuat
pasti salah satu kena berkorban
dan ada hikmah akan sesuatu yg berlaku

selamat hari wanita

hans said...

yups
memang busy yer sis

zedmagel said...

Salam Ida,

Mudah-mudahan anda mendapat Rahmat dariNya jua...

MaizaC'Joe said...

Salam akak

lama maiza xsinggh sini.. pilihan yang di buat pasti ada hikmah.. sesuatu yg terbaik yg lahir dari dalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...