Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, January 18, 2010

Murahnya Airmataku....

Semalam sehari suntuk di rumah..berlepak2, bermalas2 dan makan2......rasa letih pulak tubuh badan bila tk bekerja dn terlebih rehat...tapi sesekali bila dapat peluang begini apa lagi yg aku lakukan...pastinya membaca novel..ada 5 buah novel dan buku La Tahzan dalam list..La Tahzan selalunya aku baca sebelum tidur...untuk mencari ketenangan dan kedamaian sebelum mataku telena.

Petang semalam setelah semua keja2 rumah aku bereskan aku mula menatap sebuah novel tulisan Norhayati Berahim, bertajuk 'Hati Yang Luka' ...kisah seorg wanita yg terpaksa berkahwin demi menyelamatkan maruah seorang lelaki@sahabat sejak kecil yg memang dicintai.......wanita itu anak pemandu kepada ayah lelaki tersebut iaitu seorg yg bergelar datuk dan kaya raya...lelaki yg dinikahi seorg lelaki ego yg memandang darjat dan tak pernah mahu mempamirkan cinta terhadap isteri yg telah berkorban utk maruah dirinya.

Aduhai...mengapa aku terlalu murah dengan airmata...terlalu emosional (kata kilauancinta)..bila membaca cerita itu......Airmataku tk berhenti2 mengalir bila membaca kesengsaraan hati wanita tersebut yg cuba memenangi hati suami nya..mengapa kekadang lelaki terlalu ego dan mementingkan diri sendiri..menganggap isteri ibarat pembantu rumah..maaf pada semua lelaki yg singgah di sini...insyaallah kamu bukan begitu...bukan semua lelaki begitu..masih ramai yg bertimbangrasa dan mengangkat isteri di darjat yg paling tinggi.

Kiranya...... kisah ini bukan hanya dibuku atau dinovelkan.........didepan mataku.......aku mendengar keluhan dan rintihan hati seorg teman, seorg perempuan yg bergelar isteri juga ibu......dia juga bekerjaya seperti suaminya..malah dia seorag pegawai yg menghadapai berbagai masalah di pejabat...jiwanya sgt terluka dengan sikap suami yg lepas tangan di rumah..membiar dia keseorgan membuat semua kerja2 di rumah dan melayani kerenah anak2...katanya suami tak pernah menghargai apa yg di lakukan. Kembali dari pejabat , bertungkus lumus memasak, melakukan semua kerja2 rumah dan melayani anak2, sedangkan suami boleh rehat2 membaca paper dan tidur tanpa membantu walaupun hanya menjaga anak2...!!cuba bayangkan...bila anak2 memangis dn menganggu tidurnya dia akan menjadi marah...kesihannya hinggakan dia pernah berkata..."mungkin bila aku mati baru suamiku sedar kewujudanku dan merghargai apa yg aku lakukan selama ini".

Dia merasakan suami seperti tidak mencintai dirinya..kerana dia tak pernah mendengar suami mengucapkan kata2 sayang atau cinta padanya...suami sentiasa memewahkan dia dengan wang ringgit...... namun, untuk mendengar suami mengucapkan "I love u"atau mengeluarkan kata2 "kesian sayang" setelah melihat isteri kepenatan membuat semua kerja2 rumah....jangan diharap.....bukan harta atau wang ringgit yg didambakan dari seorg suami tapi penghargaan..perhatian..sokongan..cinta dan kasih sayang dari seorg suami...itu sebenarnya yg lebih diharapkan.

Kekadang aku terlalu murah dengan airmata..pengalaman dan kenangan semalam lebih membuat airmataku jadi terlalu mudah mengalir...kisah2 yg berlaku di sekeliling membuka mataku hatiku...betapa bertuahnya aku hidup seorg diri tanpa ada sesiapa yg menyakitkan hatiku....tanpa ada sesiapa yg menyekat pergerakanku..tanpa ada sesiapa yg menentukan hala tuju hidupku..aku berhak sepenuhnya ke atas diriku..aku bebas mencorakkan hidupku mengikut acuan yg aku pilih..

Namun...bolehkan aku menipu hatiku sendiri bila terkadang aku rasa terlalu sunyi dan memerlukan seseorg untuk mendengar rintihan hatiku..seseorg yg bolehku jadikan bahu tempat aku bersandar bila aku menangis..seseorg yang boleh menjadi mataku bila aku semakin kurang jelas melihat, seseorg yg boleh menjadi kakiku bila aku tak terdaya untuk berjalan..dan seseorg yg dapat memimpin tanganku bila aku tiada hala tuju.

ps....Benar......aku tidak boleh menipu hatiku...suatu masa, satu ketika nanti aku memang memerlukan seseorg di sisiku..menemani aku sepanjang hayatku.

12 comments:

MaizaC'Joe said...

moga hatimu sentiasa tabah akak...

tajnur said...

Salam!
Sebagai seorang Islam, tak bolehlah kita terikut2 perasaan sangat tanpa panduan dari Allah swt. Mungkin Pn.Ida kena pandang lebih luas dunia kita bahawa dizaman Millineum kaum lelaki dewasa ini sudah byk mengambil alih tugas orang perempuan. Ramai kawan2 seperjuangan saya, mempunyai anak2 yg ramai disamping isteri mrk yang bertugas berjauhan dari tempat tinggal untuk menjawat kedudukan yg lebih baik! Setakat menjaga persekolahan, makan-minum anak2, memasak dsb sudah menjadi satu pengorbanan. Kami kena belajar dan kemandirian utk hidup. Mungkin kami lelaki tak byk cakap dan romantik (mungkinlah) tetapi kami terjemahkan segala maksud dan pengorbanan pada anak2! Dgn menjaga anak2lah membuktikan kasih sayang pada isteri kami walaupun tidak diungkapkan dgn kata2. Sepatutnya Pn Ida, selepas membaca La Tahzan (Jgn Dukacita) lebih menguatkan lagi keyakinan diri bahawa Allah Swt menguatkan azam kita utk teruskan hidup sehingga anak2 kita sudah mampu berdikari! Wallahualam.

Amieynna Amin said...

kak..
air mata itu tiada harganya..
insyaallah satu hari nanti..
akak akan ketemu seseorang yg membahagiakan akak..
doa saya untuk akak..

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Bila hati tersentuh, airmata pasti mudah mengalir..
Biarkanlah ia mengalir jika itu bisa menghapuskan luka silam.
jadikanlah luka silam satu pengajaran
yg pastinya dapat mengukuhkan keimanan.

Maiyah said...

bukan murah kak.. tp berhrga.. wanita n airmata kan sinonim.. sy slalu gak nanes tetiba sbb kekadang rasa sgt le letihnya hidup tp sementara aje.. dtg n pegi

hrp akak ceria

Idalara said...

salam sdr tajnur
jutaan terimakasih atas komen anda..sbnrnya sy tidak maksudkan pada semua lelaki..ramai yg berfikiran terbuka dan berlapang dada meembatu isteri dirumah wlupun kdg mereka itu berjawatan tinggi..hnya segelintir yg sy maksudkan dn perkara itu berlaku di depan mata..
bukan mudah merawat hati..bukan hnya dgn sekali dua membaca la tahzan ht akan boleh dirawat..muga sdr tajnur mengerti..

Idalara said...

salam maiza..
insyaallah dik..

Idalara said...

salam dik myna..
muga itu doa dr adik..insyaallah..

Idalara said...

salam shaniza
kdg2 kita tak mampu menahan airmata dr tumpah..insyaallah..

Idalara said...

salam maiyah..
wanita memnag kaya dgn airmata..murah mengalirkannya..kerana hnya kita yg tahu mengapa..

kakna said...

kak ida cuma perlu cari kekuatan dalam diri.. dan saya yakin ia ada dalam diri cuma belum sepenuhnya kak ida temui.. :)

Anonymous said...

memang saya akui airmata dan wanita memang tidak dapat dipsahkan.insyallah saya tidak akan tergolong dalam lelaki seperti itu dan mohon dijauhkan


banyakkan bersabar kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...