Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 09, 2010

Kuatkan Semangat Anakku...

keadaan Abdullah zaki setelah hampir 1/2 jam menunggu van sekolah..


Wajah keletihan kembali dari sekolah.

Hampir seminggu tak update bolg...hati meronta2 ingin singgah, namun terlalu banyak hal yag berlaku sepanjang minggu pertama buat aku terlalu letih nak mengadap pc..bila mlm lepas isyak mata dah berat..pulak tu aku mst bangun awal untuk memasak sarapan pagi untuk anak2..tahun 2010 ni nak kuatkan azam..tkde beli membeli sarapan atau lauk pauk di kedai..insyaallah..dan hasilnya terbukti sudah hampir 2 minggu aku tak ke kedai makan depan rumah..!

Seminggu sebelum sesi prsekolahan Tahun 2009 berakhir, zaki telah menghadapi masalah bas sekolah, seminggu dia terpaksa aku pontengkan..dan dua hari sebelum sesi persekolahan 2010 dibuka aku telah confirmkan pada driver bas sekolah untuk mengambil zaki..

Hari pertama...hingga 7.40 bas tak datang walaupun dah berkali2 aku call..akhirnya aku panggil keta sapu untuk menghantar zaki ke sekolah, balik sekolah zaki terpaksa berjalan kaki..jauh juga lebih kurang 1/2 jam perjalanan..hari ke 2..setelah di call banyak kali..pukul 7.35 baru dia datang...hari ke 3 pun begitu...7.30 baru muncul..hari ke 4..pukul 6.35 aku dan zaki dah turun menunggu van kerana di arahkan turun awal..supaya tk tinggal (sebenarnya tiap hari aku turun awal kira2 6.45pagi)..yg buat aku geram bila zaki call pukul 7.00 pagi..driver van tersebut kata ok, ok..tggu..hingga 7.20 masih tk muncul..bila aku call...selamba dan tanpa rasa bersalah... dia cakap.."Maaflah kak, saya tk dapat ambil sbb terlalu ramai tk sempat"...(muga Allah ampunkan dosa dia kerana tidak berpegang pada janji)

Geram aku masih ditahap boleh dikawal..tapi aku melenting gak... kenapa lah dia tk bagitahu awal tadi..boleh gak aku panggil keta sapu..mujur sorg ofis mate sampai agak awal...dia yg menghantar..

Alhamdulillah...akhirnya masalah aku selesai bila seorg driver van lain sedia mengambil zaki.....itupun setelah puas aku merayu dan meminta belas ihsan atas nama anaku anak yatim.....cukup hanya sebelah pagi..waktu balik zaki terpaksa berjalan kaki...menurut kata empunya bas sekolah tersebut memang ramai budak2 sekolah menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah kerana kekurangan bas..mereka menghadapi masalah saman yg berpuluh2 dari majlis bandaran kerana meletak bas sekolah di hadapan kawasan rumah (habis tu kat mana mereka nak parking bas mereka)..menyebabkan mereka terpaksa menjual bas dan menggunakan van saja..banyak manalah yg boleh diisikan budak2 sekolah dgn van yg kecil..

Bila timbul masalah bas sekolah ini..aku rasa luka lama berdarah kembali...teringat bagaimana permohonan pertukaran sekolah anak2ku mentah2 ditolak dgn alasan tiada kekosongan..3 tahun aku berulang dan kerap juga menelefon bertanyakan hal tersebut...seorg guru penyelia kanan di situ boleh pulak berkata padaku.."ada ibubapa tiap hari panjat tangga pejabat merayu..puan jarang2 tanya, mcmmana nk dapat.." kalau aku ni tk bekerja, bukan kata hari2..siang malam aku dok adap muka guru besar atau PPD...(Guru penyelia tu ckp tk guna akal ke - sudahlah pergi sekolah gaya mcm artis....)

Kes aku pernah keluar suratkhabar...kecoh juga PPD minta penjelasan... namun jawapannya tetap sama "tiada kekosongan"....inilah masalah yg aku bimbangkan..masalah bas sekolah..tapi yg buat aku hairan..mengapa ada anak yag tinggal di Nilai boleh bersekolah di SKTS., sedangkan sekolah tersebut untuk anak2 di sekitar Taman perumahan yg berhampiran sekolah, mcmne sekolah tk padat........soalan yg aku sendiri tk boleh jwb......aku tk risau kalau aku ada kenderaan..alasan yg aku berikan kerana aku ibutunggal..aku tiada kenderaan untuk menghantar anak2 ke sekolah..tp tiada seorg pun perihatin...masalah double standrad memang ada di mana2..siapalah yg pandang seorg ibu tunggal yg tk punya apa2!andai waktu sekarang tiba2 aku diberi kebenaran tukar sekolah..mentah2 aku tolak kerana dah terlalu lewat.

Tahun 2010 Abdullah Zaki akan menduduki UPSR..bayangkan setiap hari dia terpaksa berjalan kaki balik dari sekolah, dengan menggalas beg yang hampir 5,6 kilo beratnya....atau mungkin lebih.....sebelum pukul 2.30 mst ke sekolah agama pulak..sedangkan dia sampai di rumah kira2 pukul 2.15..pernah dia terlalu letih hingga tertidur tanpa membuka baju sekolah....akhirnya hmpir tiap hari dia tak ke sekolah kafa...siapa harus dipersalahkan..aku? kerana tk mampu menyediakan kenderaan untuk anak2?

Sabarlah anakku..kuatkan semangatmu..anggap ini sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan..jangan jadikan apa2 sebagai saja alasan untuk pergi belajar....ibu sentiasa berada dibelakang anak2ku untuk mencapai cita2..anggap masalah itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.

ps....bukan senang untuk menjadi senang..bukan susah untuk menjadi susah..yg penting kemahuan...usaha, doa dan tawakkal.

23 comments:

abu muaz said...

Hidup pun susah mati lagilah susah.

hans said...

haahah
biasalah tu kak
awal2 gi sekolah
environment baru
semua lain
tu rasa penat tu
pasnih ok la tu

Tirana said...

Kesian Ida dan anak-anak. Kalau kita tinggal berdekatan, boleh saya tumpangkan anak Ida untuk ke sekolah. Anak saya pun ada sorang nak amik UPSR tahun ni, perempuan. Bila baca kisah anak Ida jalan kaki, saya terbayang masa saya sekolah dulu, pernah jalan kaki berbatu-batu sebab basikal rosak.. bas pulak selalu lambat. Memang penat bila sampai di rumah.

Ibu n Abah said...

Ida,
insaf sekali saya membaca kesukaran ida... anak perlu di sekolahkan tetapi sikap segelintir pegawai dan pemandu van, menjadi penghalang.
Sabarlah ida... dalam kesukaran itu semuga ada pula hikmahnya buat ida.

Ryehanna said...

sedih bc entry ni.. tp ape yg kita boleh buat selain bersabar? dah usaha tp xde hasil... haihh... sy pn xtau nk komen ape....

Maiyah said...

sabar ye kak ida.. sy rasa terharu lak baca n3 ni, tapi alhamdulillah anak akak dah dpt bas

harap akak akan ttp bersabar menempuh dugaan ini krn akak mmg seorang yg kuat mampu harungi semua

hans said...

dapat tak komen den tadi sis?

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam sayang kak Ida..
Berat mata memandang berat lg bahu memikul...
Patutlah ada parents dr KL minta nk sekolahkan anak mrk di sek saya dan nk mohon tinggal di asrama. Hairan dibuatnya kenapa jauh sekali nk sekolahkan anak, rupanya di KL masalah begini begitu serius rupanya..
Pada Abdullah Zaki, bersabarlah semoga dengan kesabaran itu Allah akan permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
Saya pun tak tahu mcm mana nk tolong kak Ida, tp kalau keadaan begini tak selesai, apa kata akak hantar Abdullah Zaki ke kampung dan beri dia tinggal dengan datuknya utk tempoh setahun ni spy mudah dia nk tumpu dlm pelajarannya kalaulah dikpg lebih mudah ke sekolah...sekadar cadangan.

Anonymous said...

chaiyiok2 tok anak akak!

IMANSHAH said...

Salam kak..sedih plak bila membacanya..hurm semoga kakak dan anak tabah dalam melaksanakan jihad ini!!

azman said...

i simpati dgn apa yg u alami.u kena ajak bincang dgn pengetua bagi mengatasi masalah ini.dan u kena ajukan masalah dgn pihak pibg.bg cadangan agar diadakan bus sek.klu nk hrpkan van mmgg kecil la kuantitinya.u kena kuat semangat.apa kata u je yg amik dan anta anak u.u blh driv x syg...?

Idalara said...

Salam Sdr abu muaz..
untuk mati kita terpaksa hadapi kehidupan yg sukar ini..mng matipun amat susah nnti..

Idalara said...

han...
hadapi je lah..nak maju ke hadapan..

Idalara said...

salam Tirana...
baiknya hati tirana..mlngnya kat sini tiada siapa yg sudi beri bantuan..mudah2an anak2 kita berjaya nnti..insyaallah.

Idalara said...

salam akak..
ida anggap semua tu sebagai pembakar semangat untuk membesarkan anak2..biar anak2 tahu erti kepayahan...

Idalara said...

salam ryehana..
kak ida pun dah tak tahu nk kata apa dah...masalah birokrasi..masalah pilih kasih buat org bawahan tertindas..bersabar je..

Idalara said...

salam maiyah..terimakasih..kak ida rasa maiyah lebih kuat menghadapi cabaran dan dugaan berbanding dgn akak yg sihat begini..insyaallah akak akan tetap tabah.

Idalara said...

hans..dapat dah..tp kak ida baru approved..thanks dik..

Idalara said...

salam sayang shaniza..
bila hidup di bandar begitulah keadaannya..tkpe..semua tu kak ida anggap sebagai cabaran..
anak2 tk mahu dok dgn datuk nenek mereka..tetap nak dgn ibu mereka..kak ida pun tk sampai hati nk tinggalkan di kampung.

Idalara said...

tq ghostone..
anak akak zaki tu kecik2 cili padi..hati waja...

Idalara said...

salam imanshah..
biasalah dugaan bagi ibutunggal mcm kak ida..bukan senang nk senang..insyaallah kak ida dan anak2 akan tetap tabah.

Idalara said...

salam azman..
sy mng boleh drive dan ada lesen..mslhnya sy tkde kenderaan...masih tak mampu nk beli..nak berbincang dgn pihak sekolah..rasanya dalam keadaan sekarang agak lewat dah..

mamawana said...

Mama pernah hadapi masalah bas, van sekolah yg lewat utk 2 org anak mama. Memang driver van muka selamba bila lewat atau mungkin sengaja biarkan anak kita tertinggal, ternanti2 di tepian jalan sampai tak gi skolah. Akhirnya mama amik keputusan cari rumah berdekatan sekolah. Memang seksa pindah rumah, kos pindah dan rumah sewa lagi mahal dari yg sedang diduduki. Nak wat cam mana...demi anak2... Bila pindah rumah mama sampai sakit2 badan MC 2-3 hari tak g pejabat. Nak kemas barang plak dekat sebulan tak habis2 bukak kotak2 pindah. Hmmm... almaklumlah hidup sebatang kara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...