Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, January 24, 2010

Kecilnya Dunia ni...


Gambar yang ku ambil dari blog ibu dan abah


Tadi waktu aku serang ralit buat keja kat ofis..aku terima sms dari ibu n abah @ akak-akak @ Rahmah...tetiba dia tnya betul ke nama mak aku Maznah..yup..betul sangat2, bonda yg menjadi idolaku...rasa agak kehairanan mengapa akak-akak tnya nama mak..kata akak dia dan aku bersaudara..waktu itu dia berada di Pernu, Melaka..kampung mak...eh..biar betul..kata akak dia sedang bersembang dengan mak saudaranya di Pernu...bibik Azai...setelah diselidik susur galur keluarga tahulah akak kami brsaudara..arwah ibu suadaraku (isteri pertama bapa sdrku) adalah kakak sulung bapa mertua akak...maknanya ikatan persaudaraan lebih sebelah suami akak.

Siapa sangka ye..bermula perkenalan di alam maya..tegur menegur, sapa menyapa dan bertukar no telefon, rupanya bersaudara..kecilnya dunia ini. Aku tak ingat sejak bila aku bertegur sapa dengan akak2 di blog, akak yg aku kenali hanya melalui blog Ibu dan Abah . kali pertama akak menghubungi aku..waktu itu hampir seminggu aku tidak ke udara, akak mencari no contactku di blog..katanya dia tertanya2 mengapa aku tk up date blog dan bimbang aku tak sihat..perihatinnya akak waktu itu buat aku rasa sgt terharu dan dihargai.
Sejak saat itu kami kerap juga bersms sekadar bertanya khabar dan bersembang pendek..kalau dulu ikatan di maya ini sekadar persahabatan di maya namun kini ikatan bertambah kuat dengan tali persaudaraan yg sedia ada...insyaallah suatu hari nanti aku akan mengundang akak dan familynya ke rumahku...untuk saling kenal mengenali.
Aku tak banyak mengenali akak @ Rahmah, dia rajin meng update blog, rasanya hampir tiap hari membuatkan aku kerap ketinggalan, akak rajin bertandang ke blogku dan memberi komen berupa kata2 semangat buatku, aku tahu akak juga mengidap sejenis penyakit yg memerlukan dia menjalani dialysis..muga2 akak sentiasa bersabar dengan dugaan Allah..dan muga2 persaudaraan ini akan kekal hingga akhir nanti.
ps: kdg2 kita diuji berbagai cara, namun tiap ujian itu pastinya mengikut kemampuan kita.....kdg2 kita diberi rasa bahagia yg kita sendiri tk pernah sangka..itulah realiti hidup.

36 comments:

wachak said...

cam wa ni kan, abah merajuk bawak diri ke KL ni. jadi memang jarang balik kat kpg di Kuala Kangsor. Jadi sedara yg ader x semuanyer yg kenal. Kalu belaga bahu kat KL ni kan memang x kenal.

Hassan said...

Kesabaran kadang amat payah...

Cari lah keindahan di dalam kesabaran,

Moga di temui dan kita tidak akan kehilangan ....

Idalara said...

ler..merajuk gamaknya..
wa kena cari susur galur keluarga tu kalu tak mcm wa kata berlaga bahu pun tk kenal.

ida pun pndai ckp je..sbnrnya ramai sdra mara ida tk bpe kenal..sbb dr usia 18 dah merantau jauh..

Idalara said...

salam sdr hassan..
insyaallah..hnya kesabaran buat sy tetap terus melangkah..semuanya demi anak2.

Maiyah said...

yelah.. x sngka kan bleh jumpa.. moga dia akan tabah dan buat kak ida gak

tajnur said...

Salam!
Dlm Surah Fussilat:53,`Akan kami memperlihatkan Tanda2 kami pada segenap penjuru(ufuk)dan pada diri2 mrk sehingga ia jela/terang bagi mrk sendiri bhwa AlQuran adalah benar!"
Dengan adanya Allah swt mewujudkan internet dptlah Pn. mencari segenap ufuk maklumat ilmu, sdra-mara, menyambungkan silaturrahim dan apa saja sehingga jelas akan kebesaran Allah. Lebih jelas lagi, apa saja di dunia ni sebenarnya ada dinyatakan dlm AlQuran. Wallahualam.

mamai said...

dunia ini sama cuma takidir yang tentukan kita

Anonymous said...

kecilnya dunia memang satu kenyataan...

Ibu n Abah said...

salam sedara...
memang kelakarkan...
akak ni memang suka jadi inspector gadget... tanya itu ini... tau-tau kita bersaudara pulak....
Pssstttt.... nanti kita jumpa kat kampung lak...

CITY® said...

wahhhh

kan dah jumpa saudara..
ada juga faedah berbelog nih
kot2 kat sini juga dapat jodoh kan
heeeeeeeeeee

Chenta said...

Salam kak Ida..

Alhamdullilah... terjalin lagi ikatan persaudaraan .

Saya suka kata2 ps akk . Sangat mendalam maksudnya .

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Bersyukurlah kepada Allah kerana diberi kesempatan berjumpa saudara mara walaupun melalui alam maya. Gamaknya kita ni sedara tak?

hysman said...

salam kak ida..
lame tak ke sini..hehe..
saye pon dah jarang online kak..
kak ida sehat??harap kak n anak2 sehat sejahtera..insyaAllah..

itu la pasal kak.donia nih mmg kecik cuma kita je prihatin atau tak dgn sekeliling kita..tp pada dasarnya kita mmg bersaudara seislam pon kan..hehe..saye dgn akak pon bersaudara ye dak??
hehe. ;)

kelompen said...

ida
kemanusiaan seringkali hilang
bila kedewasaan kita
tidak pernah mengenal erti derita
dalam kehidupan..
andai hidup semata mata hidup
tentu tak susah menjadi manusia..
semoga tabah

FaAtip said...

ida

akak memang baik orangnya, seronok kawan dgn dia, orangnya kelakor, and ofcourse, sangat prihatin. Kami dah lama berjumpa dan akan terus berjumpa.....kalau ida jumpa dlm blog I and entry tajuk Jumpa Blogger, AKAK (entry bulan November 2009)

zedmagel said...

Salam Ida,

Satu anugerah dan satu kurnia. Eratkan lah hubungan diantara saudara biarpun di maya ini. Lama-lama nanti bertentang mata jua.

Hassan said...

salam ziarah ....

pecinta_Islam said...

hmm..x pernah lagi saya ada kawan blog yg akhirnya berhubung kt luar pulak.hehe...mmg dunia ni kecik..setiap apa yg berlaku tu ada sbb nye kan
:)

azieazah said...

Orang yang ikhlas selalunya akan bertemu dgn orang yg ikhlas juga...

tanpa kita sedar atau ketahui pun caranya...

syukur..

btw, salam perkenalan Kak IDA...

hans said...

dunia ni besar sebenarnya
cuma bila dah jumpa tu baru rasa kecil
hahaha

Idalara said...

hans..mng besar tp bila jd mcmtu rasa kecil je dunia ni..

Idalara said...

salam kenal aziezah..mekasih singgah dn bg kata2 di tempat kak ida..semuanya Allah yg aturkan.

Idalara said...

salam syahbandar 87..
dari blog membawa ke dunia nyata bila saling bertukar no contact..

Idalara said...

salam hassan..terimaksih sudi ziarah sy.

Idalara said...

salam zedmagel..
wah lama tk ke sini..padahal ida pun lama tk ke rumah zed..insyallah pasti bertemu

Idalara said...

salam aint..
oic..jadinya aint dan akak dah pernah jumpalah ni..insyaallah satu hari ida nk jumpa sedara ida tu pulak.

Idalara said...

salam sdr kelompen.
muga kita semua menjadi insan yg mengenal erti hidup ini.

Idalara said...

salam hysmans..
terimaksih singgah..
pastilah kita bersaudara sesama Islam..bila berjumpa sdr ada talian darah lebih gembira rasanya.

Idalara said...

salam shaniza..
tu kena siasat lah pulak susur galur shaniza dn akak..mana tahu tetiba bersinggung bahu kat kenduri pun tak tahu bersdra...kan..

Idalara said...

salam linda..thanks singgah sini..
bertambah ramailah lagi sdra kak ida yg kak ida tk kenal..

ps..ps tu adalah kata2 yg lahir dr hati akak selalunya.

Idalara said...

biruuu...
tgh cari2 gak ni kot2 bertemu jodoh pulak kat sini..hehehe

Idalara said...

salam akak..
sbnrnya ida tk sngka suami akak org melaka,mungkin ida tk penah baca entri yg sebut hal tu..
insyaallah nnti kita jumpa..

Idalara said...

salam airel..besar bila rasa keseorgan..tp kecil bila ramai disekeliling kita.

Idalara said...

salam mamai..
yg menentukan hnya Dia..ntah2 dgn mamai pun kita bersaudara..

Idalara said...

salam sdr tajnur..
pastinya tiap kata2 sdr amant bermakna buat sy..terimakasih..mudah2an bertambah ramai lagi sdr sy temui di sini.insyaallah

Idalara said...

salam maiyah..
mng akak tk sngka akak bersdra..semuanya telah diatur begitu cantik sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...