Tahun 2010 ini agak mencabar bagi aku dn semua kakitangan di pejabat..bermula dari minggu pertama kami telah menerima jadual lawatan ALK (Ahli Lembaga Pengarah Koperasi), setiap minggu ada dua lawatan dari mereka...tapi waktu dan tarikh tidak dinyatakan.....ala2 surprise gitulah.
Minggu pertama Januari kami menerima lawatan dr seorg ALK..dari pengetahuan aku dan rakan2 sejawat yg telah hampir 15 tahun mengenali beliau, beliau dikenali sebagai seorg yg agak warak dan kuat beribadah orgnya...sudah bersara dari Bank sejak 3 tahun lepas tapi masih menjawat ALK di tempat aku bekerja...maknanya usia beliau sekarang hampir 60 tahun.
Masa hari pertama dia datang, aku tak berapa perasan kelakuannya...mungkin aku terlalu sibuk hinggakan tk peduli apa yg dia lakukan..beliau asyik mengadap officer aku yg kurang senang dengan kehadirannya...lebih banyak menganggu tugas2 officer yg bertimbun2...setiap kali officer aku keluar dia pasti mengerut2kan keningnya dan berwajah masam mencuka...apalah pulak masalah minah ni..tak sabar nak tahu...oleh kerana terlalu sibuk terlupa nak bertanya.
Keesukkan harinya beliau datang lagi (panggilan En A)..kali ni aku tguk lebih smart dan bergaya. Waktu officer aku (perempuan - panggil Pn N) berada di hadapanku, En A datang melihat apa yg di tangan Pn N..tapi yg buat aku terkejut beruk tu bila En A betul2 berada dibelakang Pn N...terlalu hampir..udarapun tak boleh lepas...gitulah bidalan yg mampu aku buat memandangkan keadaan En.A dengan Pn N yg terlalu rapat!!..aku lihat Pn N cepat2 masuk ke belakang mejaku kerana hendak menggunakan telefon..dan lebih memeranjatkan bila En A juga ikut masuk di belakang mejaku yg sempit.!! Ish..apa hal org tua ni...
Bukan sekadar berkelakuan ganjil begitu..sewaktu berada dalam bilik ALK kami terdengar dia bersiul2 gembira..hinggakan bila keluar dari bilik pun dia masih bersiul2..aku tersenyum2 dengan rakan sebelah..hairan bin pelik.
Keadaan ke dua yg aku rasa kurang selesa dgn kelakuan En A...sewaktu aku sedang mengadap PC..dia datang melihat apa yg aku buat..tk kisahlah kalau dia nk tenguk dan betulkan apa yg patut..ini tidak..cara dia melihat screen amat menggerunkan..muka dia betul2 sebelah muka aku, kalau aku menoleh saja mungkin akan tersentuh pipi dia yg dah berkerepot tu.....aku cepat2 berundur bila tguk keadaan agak menakutkan itu...dalam hati tertanya2..apahal org tua ni......berubah sgt dah...buang tebiat ke?..ke..kekurangan kasih sayang dr isteri yg juga dah bersara...:P
Sebelah petang bila En A dah beredar dari pejabat..maka barulah aku tahu banyak perkara dari ofismate yg lain, masing2 berebut2 nak bercerita....mengapa Pn N berkerut2 muka dan nampak tak selesa..rupanya masa berdua dalam bilik, En.A kerap melihat apa yg Pn N buat di screen PC..keadaan dia sama mcm yg dia lakukan padaku...L yang duduk di bahagian belakang pejabat juga mengalami perkara yg sama..katanya dia terkejut bila En A hampir2 berlaga pipi masa nk tguk screen, dia rasa nk tumbuk je muka org tua yg miang keladi tu....M pula cerita..masa rehat tinggal berdua dgn En.A, tiba2 dia jadi takut dan terpaksa keluar...
Apa yg menjadi tandatanya kami semua..mengapa kelakuan En A amat berubah...sangat berbeza sewaktu 10-15 tahun yg lalu...mana perginya title warak dan kaki masjid yg kami kenali dulu...apakah lelaki bila dah bersara dan usia meningkat perangai pun akan berubah..jadi miang keladi.....maaf..bukan semua lelaki yg dah bersara macamtu......cuma segelintir yg berkelakuan begitu..sebab setitik nila rosak susu sebelanga...
Bagaimana pulak perangai dan kelakuan ALK lain yag akan melawat kami nanti..tunggu dan lihat..
ps...kdg2 lelaki bila kurang perhatian dari isteri di rumah...maka itulah yg berlaku...
18 comments:
Ida,
kesian kan...
semakin tua semakin kuat pula ujian nafsu si tua tu...
patutnya makin beriman...
Yeap, setuju. Bila lelaki kurang perhatian dari isteri..begitulah jadi mereka. Para isteri....fikir2 kan lah. Jadikan dirimu muda kembali. Be young forever. Kena makan Beyoung lah.....(bleh order sekotak dgn mama, ia anti penuaan, kulit tak cepat kendur, bersih mulus, rambut pun tak beruban/yg dah beruban tu uban pun kurang..... heeeee, yg berminat habak mai... sempat promot)
SABAR LA..
OWG MEMG MUDAH BRUBAH...
salam kak ida..
memang menggatal yg amat org tu..
mungkin die kekurangan kasih sayang..
tp cari la jalan yg halal..
bukan bgitu caranya..
Salam sis..:):)
Memang menggerunkan org tua tuu..aduhaii..
Kirim salammm skit..hehehe..:P
hek eleh.. bengong nyer org tueee.. mrh nih.. ini sudah lebeh.. kurang bawang tul.. akak kene lapor gak atau slamba sound tepat kat muke dia atau sound cara lembut tapi pedassssss
hishh!!.. geram plak :(
sabo je la..
n hati2 selalu
semua hati nak kena jaga
maruah diri juga nak kena jaga
kehidupan juga nak kena teruskan
Salamm Ida sayang..
pd pandangan kakcik, kalau mereka tu nak miang, terlebih perhatian pun , dia miang gak! :)
salam my dear sis ida..
maiza bleh bayangkan.. kelakuan org tua tue mcm mn.. eee... geli amat menakutkan... maiza pun prnah kena gak situasi mcm tue.. tp, org muda.. lg takut gila.. siap tunggu2 g time nk balik krj.. ganggu fon mlm2 buta.. tak henti2 ganggu kt YM.. kalau dia tak kawen g ok la gak kan.. hehehe... ini dah kawen da.. ada isteri.. ank2.. memang dasar lah kan.. opppsss..!! terlebih sudah.. he.. sorry.. tak semua mcm tue..
Salam sayang kak Ida..
Tak ada ke org yg lebih senior atau berpangkat utk tegur dia?
Kalau tak ada, pakat2lah semua bila dia dtg lagi bagitau secara terus terang spy dia sedar akan perbuatan dia yg menyalahi hukum..
huhu
kes sexual harrasment ni
perosak kaum adam saja niiihh.
salam , banyakkan bersabar dan jage diri baik2 ya
salam ibu n abah..bila dah tua2 mcmtu payah dah nk berubah..sian diakan..
salam mamawana..
wah..promot gitu...kdg2 tu bukan wf tu tk jaga penampilan tp dah mng org tua tu dah miang.
betul ghostone..
manusia boleh berubah dr baik menjadi sebaliknya..
salam ibu n abah..bila dah tua2 mcmtu payah dah nk berubah..sian diakan..
salam mamawana..
wah..promot gitu...kdg2 tu bukan wf tu tk jaga penampilan tp dah mng org tua tu dah miang.
betul ghostone..
manusia boleh berubah dr baik menjadi sebaliknya..
uisss..
lapor je pada apa tu..
Ada gangguan seksual..
kak ida. Dah banyak juga saya jumpa orang tua yang masih tak sedar diri.. kasihan je rasa.
Salam!
Sebagai seorang Islam, kenalah kita buat tindakan secara adil dan berhati-hati! Yalah, kita ni org bawahan, kalau silap teknikal nanti yang betul pun kita salah, yang bersalah tu bertambah-tambahlah salah. Kalau boleh dalam situasi demikian, cuba sepakat supaya jangan ada pekerja yg bekerja berseorangan dan wujudkan verbal interaktive!
Salam Ida,
Bukan semua orang tua dan ALP yang begitu, tetapi lelaki yang normal akan begitu. Melainkan kalau dia dah tak berminat dengan perempuan. Itu lain ceritanya. Tapi perangainya tu menonjol le sesangat.
Post a Comment