Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, November 10, 2009

Terharunya!!...

"Ibu..nah, cikgu Siti Fatimah bagi"..Aiman menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih yang bergam kemas..

"Surat apa bang? surat amaran ke?..abg ponteng sekolah ke?" aku bertanya aiman tanpa melihat isi kandungan sampul surat tersebut..hatiku mula rasa resah dan berdebar2..ntah apa pulak kali ini..Aiman buat onar lagi ke di sekolah..aiman ponteng ke..

Bila sampul ku buka, aku dapati beberapa keping note RM50.00 dan berkeping2 RM10.00 dan RM5.00 di dalam sampul berwarna putih itu...baru aku sedar di luar sampul itu tertulis perkataan "Sumbangan Guru-Guru Sesi Petang". Aku tertanya2 sumbangan apakah itu..

Aku segera menghubungi cikgu Siti Fatimah iaitu guru kelas aiman untuk meminta kepastian. Menurut cikgu Siti Fatimah, wang tersebut adalah sumbangan ikhlas dari guru2 sesi petang kepada aiman yang baru kehilangan abahnya baru2 ini.

Tiada kata2 yang terkeluar dari bibirku..aku sangat terharu..hingga menitiskan airmata. Memang tak pernah terduga olehku hari ini Aiman menerima sumbangan wang dari guru2 sesi petang di sekolah tempat aiman belajar..iaitu SEK.MEN. KEB. BBST...besar sungguh bagiku sumbangan tersebut dari guru2 yang perihatin.

Hanya ucapan terimakasih yang tak terhingga dariku buat guru2 yang memberi sumbangan itu, hanya Allah jua yang akan membalas jasa baik dan budi mereka. Dengan wang tersebut boleh juga aku gunakan untuk membeli pakaian sekolah aiman dan adiknya zaki untuk sesi persekolahan tahun 2010 nanti. Sekurang2nya dapat juga mengurangkan sedikit bebanku..Alhamdulillah.

p/s tiada yg lebih bahagia selain daripada melihat anak2 bahagia..

24 comments:

Maiyah said...

alhamdulullah, anak sy pun slalu dpt duit dr masjid, duit anak2 ytim

Idalara said...

itulah namanya rezeki anak2 yatim kan maiyah...

MaizaC'Joe said...

Salam Sis

Alhamdulillah... rezki kurniaan Allah..

zai said...

salam ida..

alhamdulillah..itu rezeki anak2 namanya..ini juga bermakna masih ramai yg prihatin kepada nasib kita diluar sana...jadi jangan bersedih k kerana masih ramai yg sudi memberikan bahu utk kita menangis dikala kesedihan termasuklah zai sendiri...

Hidup ini bukanlah sesuatu yg kekal..perkongsian jiwa penting utk kita meleraikan kekusutan...pandanglah seseorang itu dari sudut kebaikannya dan bukannya keburukan. insyaAllah kita akan lebih merasa tenang dan bahagia..

Zai sangat mengasihi dan mengagumi semua teman2 ANDALUSIA dan juga IBU2 TUNGGAL kerana zai tahu zai sendiri belum mampu utk hidup sendiri dan setabah mereka dan ida..

abu muaz said...

Salam.Sumbangan yang sangat besar maknanya walaupun kecil jumlahnya.Ia datang dari hati-hati yg ikhlas, insyaAllah.

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah.. Allah nak beri rezeki tanpa kita duga...

SYAbAR said...

alhamdulillah.... dalam ujian pasti ada juga kenikmatannya

dya said...

alahamdulillah kak
bukti, masih bnyk yg prihatin di luar sana :)

kuina said...

rezeki anak tetap ada...

Tukang cerita said...

rezki anak2, kan kak?
:)

anaklaut said...

salam...

selalunya mana2 skolah mcm tu..
sekali lagi saya ucapkan takziah.

azman said...

rezeki tu ....amik la dgn penuh keredhaan....
hari ini hari kita mungkin esok hari mereka pula....
tuhan membalasnya samada cepat atau lambat....
belanja i makan blh ...heheh

zai said...

Salam Ida..

Alhamdulillah,,sekurang2nya kita tahu masih ramai insan yg prihatin kat dunia ni kan ??? Anak2 ida dikirakan bertuah kerana masih mendapat perhatian guru2 atas kesulitan yg dihadapi..

Mmg sukar utk bergelar ibu tunggal...zai boleh letakkan diri ini ditempat ini dan merasakan kesepian itu..tapi percayalah masih ramai yg sayangkan ida kat luar sana termasuk zai sendiri..semoga ida akan bertemu jodoh dengan seorang insan yg baik2 juga nnti..insyaAllah !!

Idalara said...

salam maizac
ye..rezeki anak2 kdg2 kita tk jangkakan.

Idalara said...

salam zai..
jika tiada yg peihatin tentulah ramai anak2 yatim dan ibu2 tunggal terbiar tiada pembelaan..ida bersyukur kerana masih ada yg bersifat begitu terhadap anak2 ida..
kesedihan dan kesepian ida memelihara anak2 tak ramai yg tahu..
terimakasih zai kerana kata2 zai yg amant bermakna buat ida,
insyaallah selagi ada sahabat2 spt zai di belakang ida,ida pasti tambah kuat hadapi segalanya.

Idalara said...

salam sdr abu muaz
alhamdulullah,,sumbangan yg st besar buat saya dn anak2..mudah2an Allah jua yg membalas budi mereka.

Idalara said...

salam kakciks
betul kak cik..kdg2 dalam ida resah gelisah melihat wang di tangan hmpir habis..ada saja yg bersedekah..rezeki anak2 yatim.

Idalara said...

salam Sybar
insyaallah..itulah yg ida harapkan.bila redha dg ujian yg diterima..maka adalah nikmat yg Allah berikan.

Idalara said...

salam jumana
alhamdulillah..suatu yg kak ida tak sangka2kan..saat memerlukan ada rezeki yg Allah kurniakan.

Idalara said...

salam kuina
insyaallah..rezeki anak2 pasti ada..

Idalara said...

salam Nurul
yup rezeki anak2..insyaallah pasti ada.

Idalara said...

salam anaklaut
mungkin sbb pertana kali sy merasai sumbangan untuk anak2 dr guru2 mereka.terimakasih singgah.

Idalara said...

salam azman shah
semuanya diatur oleh Yang Maha Kuasa...Dia yg lebih mengetahui..

p/s tggu sy dpt gaji boleh belanja Azman..:)

Idalara said...

salam zai..
betul kata zai tu..sekurang2nya ida tahu guru2 mengambil berat nasib anak2 murid mereka.
menyandang gelaran ini sememangnya amat menyukarkan..org keliling meletakkan semua kesalahan dibahu ibu tunggal jika gagal mendidik anak2, mereka hnya tahu menunding jari sja..membantu mungkin hnya segelintir saja yg mahu.
terimakasih zai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...