Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, October 12, 2009

Kau Pergi Jua...Innalillah...Al Fatihah.

Al Fatihah buat abah kepada anak2ku.
Kira2 pukul 10 pagi mama anak2ku menelefon dengan tangisan, memberitahu suaminya iaitu abah kepada anak2ku sedang nazak..

Agak terkedu bila mendengar berita itu..otak mula ligat berfikir macamne nak balik ke Melaka pagi ini juga...orang pertama yang bermain dimindaku ialah sahabatku Mimiey...Alhamdulillah Mimiey tidak mempunyai apa2 urusan hariini...dan bersetuju menghantarku ke Melaka.

Aku terus menutup semula pc yang baru dibuka, settle apa yang patut..mengambil Abdullah Zaki di sekolah dan kira2 pukul 12 tengahari baru dapat gerak ke Melaka.

Dalam perjalanan ke Melaka sekali lagi aku dikejutkan dengan berita yang dia telah kembali ke rahmatullah kira2 pukul 12.00 tengahari tadi.
Mendengar esakan wf arwah... airmataku tumpah juga..aku tk tahu apakah perasaan ini..memang sedih( sukar nak digambarkan)..memikirkan anak-anak sudah tidak berayah lagi..anak2 sudah mendapat title anak yatim. 4 orang anak2 dan satu lagi yang di dalam rahim wf arwah sudah tidak berayah...anak-anak? hanya memandang kosong ke wajahku bila berita itu aku khabarkan pada mereka...sedih? pilu?...tiada gambaran jelas diwajah mereka.

Kira2 pukul 2ptg aku sampai di rumah arwah ibu mertuaku..rumah lama di mana arwah dilahir dan dibesarkan...arwah meninggal di rumahnya di Rumah Pangsa Pokok Mangga..jenazah dibawa dari rumahnya ke rumah lama di Tanjung Kling..oleh kerana kelewatan van jenazah sampai maka jenazah lewat dihantar ke rumah di Tanjung Kling.

Sewaktu kami sampai jenazah masih belum tiba..itu memberi kesempatan anak2 menatap wajah abah mereka buat kali terakhir sebelum disemadikan...semua urusan perkebumian selesai pada pukul 6 ptg..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

Di sini aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua teman2 yang mendoakan kesejahteraan arwah dan teman2 yang sentiasa memberi sokongan moral kepada aku. Terimakasih kepada jiran2 lama di Taman Kota Cheras terutamanya Yazid(yang sgt rapat denga arwah), Azizan, Yus, Ramli, Sham, Ani dan suami, abg Nasir dan ramai lagi yang aku sudah hampir lupa..yang pernah bersahabat dengan arwah semasa menetap di Taman Kota Cheras dulu....ampunkan apa saja kesilapan arwah, dan halalkan apa saja yang termakan dan terminum....terimakasih yg tak terhingga kepada Ramli dan Normah serta anak2 yang sudi datang dari Semenyih menziarahi arwah...terimakasih..walaupun terpisah jauh ikatan persahabatan masih berkekalan.

Sama2lah kita doakan muga arwah ditempatkan di sisi insan2 yang beriman dan diterima Allah segala amalannya. Insyaallah..ALFATIHAH.

p/s anak2ku...ibu tak tahu apa yang kamu fikirkan..namun ibu faham naluri hatimu..

47 comments:

Assiddiq said...

Salam.
Takziah. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman InsyaALlah..

Sudah sampai hukum baginya. Kita sebagai hamba terima dengan hati terbuka. AlhamdulilLah. Mati hukumnya wajib. Kita xnak terima pun tetap wajib mati. Itu mmg aturanNya. Yg penting moga di matikan kita dalam IMAN dan ISLAM.

"Dengan Nama ALLAH Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang,Sesungguhnya orang yg tunduk patuh berserah diri kepada QadaKu,redha dengan HukumKu dan bersabar atas ujian dan cubaanKu,nescaya AKU bangkitkan dirinya pada hari kiamat kelak bersama2 dengan orang2 yg mempunyai mertabat shiddiqin.)
(Hadis Qudsi Riwayat Dailami bersumber Ibnu Abbas R.A.)

Naz said...

Al Fatihah utk bekas suami kak Ida. semoga Allah mengampunkan dosa2 beliau.. amin...

Pn Kartini said...

salam sis..
Semoga roh arwah dicucuri rahmatNya..
Al -fatihah..

Abd Razak said...

assalamualaikum...

moga rohnya ditempatkan dlm golongan para solehin

Kakcik Seroja said...

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Semoga balu arwah akan setabah Ida..

Unknown said...

Ida,
Al Fatihah buat arwah, harap idat abah dan terus tabah, buat anak-anak mu, supaya bersabar.

lady D said...

al-fatihah utk arwah...sabar byk2 ye kak....semua itu ketentuan ilahi...

CITY® said...

salam ida,
hmmmmmmmmmm
membaca coretan2 ida, berkaitan family, anak2, bekas suami yg kini arwah, pasti buat saya mengalir airmata....
hmmmmmmmmm

alfatihah buat allahyarmah
takziah buat ida dan family
saya pasti ida sorang yg kuat
teruskan jadi wanita kuat dan tabah

hysman said...

Innalillahiwainnalillahirojiunn..
takziah utk kak Ida dan keluarga allayarham..
Allah lebih sygkan arwah..
moga arwah ditempatkan di golongan org2 yg beriman..
Amin..

pada anak2 akak,mesti terasa kehilangan wlaupn jarang ketemu..naluri seorg anak yg kehilangan ayah kuat kak mesti ada klu tak byk sikit cuma dorg tak tahu mahu diluahkan bgaimana barangkali..sabo la..
dogaan hidup..
drNya kita dtg dan pdNya kita kembali..

Al-Fatihah..

azman said...

ht ini turut sbk tnp mengeluarkan air mata.
takziah diucapkan ...
tabahlah menghadapinya...
pasti meninggalkan kesan yg mendalam...
namun diri aku xkuat seperti kamu...
diri ini xmmpu dugaan yg sedemikian rupa...
diri ni terlalu alpa...krn yg hidup pasti menemui mati...
namun selagi hidup perjuangan harus diteruskan...
tabahlah dan didiklah ilmu agama anak2 mu dgn sempurna...
yakinlah diri bahawa patah tumbuh hilang berganti namun tiada sama dgn org yg paling hampir dlm hidup kita....
kenangan tinggal kenangan...
tabahlah wahai idalara...
sebgi rakan yg tdk kenal secara terbuka ikhlas hati meruntun sayu menatap insan yg telah meninggalkan kamu buat selama2nya...
al fatihah...

Tukang cerita said...

Al_Fatihah...
semoga rohnya ditempatkan dgn org beriman di sana...
wpun cuma bekas, tp hati mesti tersentuh gak kan kak ida?

zai said...

Salam Ida...

Al-Fatihah buat arwah bekas suami..

semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman..terasa sangat terkesan dihati ini apabila setiap kali mendengar berita tntg kematian..seakan jam waktu yg berdetik semakin menganjakkan kita dekat dengan saat itu..

Semoga semakin tabah menjalani kehidupan seharian..

Maiyah said...

takziah kak, moga Allah cucuri rahmat keatas rohnya Al Fatihah

Anonymous said...

salam takziah kak..
al fatihah...smoga rohny dicucuri rahmat&dtempatkn dkalangan orng yg beriman..amin..

Anonymous said...

salam takziah

AL FATIHAH

moga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman.

akak,pesan dan ingatkanlah kepada anak2,doa,bacaan yasin membantu ayah mereka disana...

bersabarlah akak moga dugaan yg dtg akan berlalu pergi.

amin

u-neey said...

Salam takziah buat kak ida sekeluarga..

Chenta said...

Kak Ida..

Teguhkan hati..
Sabar..
Tabah..

Dari duduk akak bangun
Pautlah apa sahaja yang ada
jangan dilepaskan !

Dari bangun akak berdiri
terus berdiri semampunya

Dari berdiri akak berjalan
terus berjalan perlahan-lahan

Dari berjalan akak berlari..
lari..lari..dan terus berlari

Tinggalkan kenangan
Tinggalkan kedukaan
Tinggalkan kehibaan

Berlarilah sehingga jumpa sinar
yang akan membawa kebahgiaan Dunia dan Akhirat.

Hingga tiba saat itu.

Akak berhenti dan bernafas dengan penuh kesyukuran . InsyAllah.. saya yakin kebahgiaan adalah milik akak yang abadi .

Rashid said...

salam kak ida
Moga rohya bersama orang-orang beriman.

Moga kak ida juga. Tabah..

kak, bila baca entri ini, saya terus terbayang akan segala kisah kak ida sebelum ini. Sesungguhnya kita ini sekadar bermusafir sementara. Lambat laun pasti ketemuNya jua..

Kemaafan itu terlalu bernilai harganya..

Rosez Leena (Org Ganu) said...

assalamualaikum kak kak ida..
dah lama sy x blogging..1st blog sy bukak blog akak..terkejut ngan berita yg baru sy dengar..
innalillah..takziah kak..
sy hrap akak bersabar byk2 menerima dugaan ini..semoga Allah merahmati roh arawah dan semoga akak sentiasa tabah di sisi anak2..

anaklaut said...

salam...takziah buat idalara,

moga bersabar dan tabah..:))

abu muaz said...

Salam . Moga puan dan anak-anak tabah dalam menghadapinya.

Idalara said...

salam assidiq
terimakasih atas ucapan anda..mudah2an rohnya di tempatkan di sisi org2 yang beriman.

Idalara said...

salam naz
terimakasih insyaallah.

Idalara said...

salam pn kartini
,terimakasih sudi singgah, muga doa pn dn rakan 2 dimakbulkan Allah.

Idalara said...

Waalaikumsalam Abd Razak
terimkasih insyaallah,

Idalara said...

salam kakcik
terimakasih atas ucapan kakcik
mudah2an begitulah hendaknya..ida kerap juga beri dia semangat untuk teruskan hidup yg masih panjang.

Idalara said...

salam shah...
terimakasih,insyaallah sy akan terus tabah.

Idalara said...

salam ladyD
terimakasih singgah ucap takziah.

Idalara said...

salam biru
kata2 biru juga buat ida sgt terharu..
sesungguhnya sahabat spt biru sgt memahami apa yg sering menimpa ida,bukan mudah mahu jadi seorang idalara..dibahu dan diminda terlalu bnyk beban yg mahu digalas..
skrg ida mengambil alih tugas menjaga anak2 sepenuhnya termasuklah anak2 arwah dgn isteri barunya.mudah2an ida sentiasa diberi kekuatan.

Idalara said...

salam budak kentang
terimakasih komen yg sgt bermakna buat kak ida,
insyaallah kak ida akn terus tabah..dan anak2 juga dapat menerima satu kehilangan yg terlalu awal.

Idalara said...

salam Azman Shah
idalara sgt menghargai setiap kata2 azman..sgt menyentuh rasa..semuanya akan ida ingat sebagai pesanan ikhlas dari seorang sahabat di alam maya ini.
tiap kita diberi dugaan yg berbagai...mdah2an anak2 dapt menerima kini mereka tiada ayah lagi..terimakasih azman.

Idalara said...

salam nurul@tukang cerita,
terimakasih atas ucapan itu..
memang betul walaupun hanya bekas kenangan bersama tk mungkin padam dr ingatan..masih tetap segar.rasa mcm tak percaya dia telah pergi selamanya.

Idalara said...

salam zai
terimakasih atas ucapan takziah...
mudah2an doa zai dan semua sahabat2 dimakbulkan...betul zai..kita sentiasa diingatkan tentang kematian..dan terasa sgt kerana baru beberapa hari lalu ida bersembang dgn arwah hal anak2..muga ida akan terus tabah.

Idalara said...

salam amiyah..
teimakasih atas ucapan ini..

Idalara said...

salam reen
terimakasih dik..doakan muga dua tenang di sana

Idalara said...

salam aireel
teimakasih.ingatan dari airel sgt akak hargai..insyaalah akak sentiasa mengingatkan ketiadaan abh mereka dan sedekahkan Al fatihah dan bacaan surah yasin ada arwah anah mereka. terimakasih atas ucapan takziah dan sedekahkan Alfatihah buat arwah.

Idalara said...

salam_neey
terimakasih dik atas ucapan takziah.

Idalara said...

salam Linda
terimakasih yang tak terhingga..'inilah kata2 semangat yg buat kak ida rasa terharu..sokongan dari sahabat seperti linda dan semua di blog buat kak ida lebih bersemangat untuk terus tabah hadapi segalanya..terimakasih linda.

Idalara said...

salam cikgu rashid
terimakasih atas ucapan takziah buat kak ida..
tk mungkin kak ida terlupa segala kisah2 lalu,namun yg pahit kak ida buang jauh..yang manis kak ida simpan sebagai kenangan terindah.teimakasih kerana perihatin.

Idalara said...

salam cikgu rashid
terimakasih atas ucapan takziah buat kak ida..
tk mungkin kak ida terlupa segala kisah2 lalu,namun yg pahit kak ida buang jauh..yang manis kak ida simpan sebagai kenangan terindah.teimakasih kerana perihatin.

Idalara said...

salam org ganu
teimakasih sbb mula2 singgah di blog kak ida..kalau org ganu terkejut apa lagi kak ida..mcm tak percaya sbb baru lagi kak ida brsembang dgn arwah..maafkan kak ida kerana agak lama juga tk masuk ke blog org ganu..

Idalara said...

salam al
terimakasih..inyaallah sy akan tabah.

Idalara said...

salam sdr abu muaz
terimakasih atas ucapan ini.

amirul said...

Salam Kak Ida,

Lama beno saya tak singgah sini... bukan tak sudi... cuma jarang2 sangat bukak blog... dalam tempoh itu juga macam2 benda sudah berlaku... apapun... saya dan isteri mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada sekeluarga kak Ida... mudah-mudahan roh bekas arwah suami ditempatkan bersama org2 yg beriman dan soleh... InsyaAllah...

Mengenai tips menambahkan berat badan... saya ada jalan penyelesaiannya... sekiranya akak serius dalam mencari penyelesaian ini... sila hubungi saya melalui e-mail... amirsu8518@gmail.com... sebenarnya... saya tengah berusaha mencari mereka yang benar2 serius dalam mencari penyelesaian untuk menguruskan berat badan dan menambahkan berat badan... dan berusaha untuk mencapai berat badan yg ideal dan hidup dalam keadaan sihat... InsyaAllah...

P/S: saya menantikan langkah akak yg seterusnya untuk mencapai berat badan yg ideal dengan meng-email saya... sekian wassalam...

Idalara said...

salam amirul
terimakasih walaupun dah jarang kes ini namun amirul tetap ingat kat kak ida..terimakasih atas ucapan takziah ini dan tips untuk berat badab tu insyallah akak akan hubungi mirul secepat mungkin.

IMANSHAH said...

Takziah kak..seringkali kita diuji, untuk menilai sejauh mana keimanan kita..

Idalara said...

salam imanshah
terimakasih..ujuan dr Allah kerana Dia sayang pada kita hambanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...