Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, June 19, 2009

Tips Berdiet Di Malam Hari

Musim2 kenduri dah berlalu..banyaklah benda2 yang masuk perut yang boleh membuatkan kita dapat berbagai penyakit, jadi apasalahnya aku bagi sikit panduan untuk berdiet..


Makan malam mungkin menjadi igauan ngeri buat mereka yang sedang berdiet, makanan yang diambil berdekatan dengan jarak waktu tidur sememangnya meninggalkan kesan yang besar pada tubuh. Namun untuk apa menyeksa diri sendiri? ikuti tips2 ini :

1. Jam 7
Jangan lepaskan peluang waktu makan malam kerana ia amat penting. Jam 7 dan 8 malam adalah waktu yang disarankan untuk anda mengambil makanan yang anda suka, waktu ini tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan memerlukan makanan sebagai gentian tenaga ini...malah jam 7 anda punyai waktu yang panjang sebelum memilih untuk tidur, ini bermakna semua makanan yang masuk akan sempat digantikan sebagai tenaga dan bukan disimpan sebagai lemak.

2. Pilih Makanan berebus
pilihlah makanan yang sihat seperti rebus dan bakar, sayuran yang anda rebus sendiri adalah merupakan makanan yang paling baik untuk anda yang mengamalkan diet.

3. Makan bubur sebagai ganti
bukan saja sesuai untuk anak kecil tetapi bubur nasi sesuai untuk mereka yang berdiet, bubur jagung dan kacang hijau antara pilihan terbaik untuk diet anda.

4. Sup tanpa minyak
pilihlah semangkuk sup penuh ayam,udang serta sayuran sebagai pelengkap sup, pastikan sup yang direbus tanpa minyak, anda boleh tanbah cili padi yang membekal vitamin c, elakkan mengambil sup dengan daging yang dapat meninggikan kadar kolestrol dalam darah.

5. 2 keping roti bakar
roti kosong atau dibakar tanpa perasa cukup baik untuk tubuh badan, lengkapkan dengan secawan coklat atau susu panas, walaupun nampak ringkas namun memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan.

6. Bersantai sambil minum kopi
tidak salah sesekali duduk bersantai sambil minum kopi, anda boleh mengambil kopi tanpa gula atau jus segar sebagai pengganti, tapi jangan ambil kopi setiap hari, diet anda akan tersasar.

7. Makanan bakar
jika sudah bosan dengan roti bakar tiap hari, ubahlah selera anda dengan meratah ikan bakar besaiz kecil.

8. Pisang dan epal
Mulakan belajar untuk makan buah2an segar setiap malam hari, buah2an sebenarnya cukup mengenyangkan, sebuiji epal atau oren cukup menghilangkan rasa lapar anda.

9. Enak dengan makanan segera
menjelang malam hari, anak-anak pula mengajak anda mengisi perut di restoran fast food, usah khuatir, anda masih lagi boleh mengambil makanan segera seperti mengambil bubur nasi atau kentang goreng, pastikan anda mengambil dengan kuantiti yang sedikit.

10. Air kosong sejam sekali
sebagai pelengkap makan malam anda, lebihkan pengambilan air kosong di waktu malam, sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai, terus mengambil air kosong setaip hari agar jumlah air dalam tubuh anda mencukupi.

p/s teman2 sibuk mengikat perut berdiet nak kuruskan badan..inilah kelebihan yang Allah kurniakan buat aku...aku tetap sama seperti 20 tahun yang lepas.

p/s aku akan makan dan makan bila hatiku dilanda kecewa..aku akan makan tanpa rasa...

" kita hanya mampu bersujud padaNYA, berdoa dan bermohon agar kebahagiaan adalah milik kita di Sana nanti kalau tidak di dunia yang fana ini"

20 comments:

IxoR@ said...

Panduan yg berguna utk sy yg sedang berdiet...

Terima kasih sis.

Idalara said...

baguslah ixora...sbnrnya diet ni bukan saja untuk slim tp untuk jaga kesihatan yg lebih penting.

Eta LaZiM said...

waa.... pas ni kak ida leh jadi pakar pemakanan lah yer....

Patut aa kak ida still maintain jer body..

Rashid said...

salam kak ida
ermm.. bagus tips ini. Boleh juga cuba amal dan pelbagaikan..

Makan mlm suka quaker oat - campur ngan sikit gula & kismis. Simple je. hehe

hysman said...

salam kak ida,
gud info kak..
thanx for sharing..

saye jugak da gemok la nih kak..
tapi ape saya kisah..hehe..
slagi nak makan makan aje,melantak tak hengat donia...
asal hati gumbira..
skali makan 3pinggan penuh tak hengat..
tp saya still amek air kosong 8gelas sehari..
cheewahhh!!
heheee..
diet2 jugak kak,yg pentiang amalkan senaman berperingkat..
ku jadi poyo plak kak..
hahahahaa..
:p

intan shaheera@ieyra said...

diet???????
buat ape nak diet....
kalu gemuk nampak comel aje,tapi kalu kurus plak macam lidi....
buat pilihan yang tepat...nak kurus or gemuk?????hahaahaha

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Idalara,

panduan yang amat berguna,

yang agak pelik, ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya - "makan kuat dan selera, tapi badan mereka cantik mulus aje" ...

GRuNGe said...

Kak, pernah dengar, kalau nak makan, kena begore 7 malam. Sebab lepas pukul 7, badan tak aktif dah. Hehehehe. Konpius dgn fakta yang pernah didengari ni.

Idalara said...

mamaqaypo..pakar tu taklah..hnya kongsi2 dari pembacaan..akak maintain ni sbb sering makan hati kot..
....................................

cikgu rashid..manak quaker mng baik untuk jantung
.....................................

salam hysman...bagus tu..kuat makan tp kuat gak minum air kosong..tp akak tenguk man tkdele gemok...hensem lagi..hehehe
...................................

amboi ieyra...jgn ckp mcmtu..terasa auntie tau...mentang2 aunti kurus...
..................................

salam sdr zul..org tua2 kata kalau kuat mkn tp bdn tetap mcmtu namanya tanah badan kan...apapun yg penting jaga kesihatan tak kira badan besar atau kecil.
..................................

grunge..akak pun konfius..org kata kalau mkn malam akan jd gemuk tp akak kuat mkn tgh mlm..tak mau gak gemuk2...

al said...

petua yang sangat berguna kepada semua...terima ksih.

al said...

petua yang sangat berguna kepada semua...terima ksih.

CITY® said...

wahhhhhhhh,

bagus juga untuk ku yg sedang nak kasi body kating model, mantop!

hahhaah...

=)

kuIna said...

info yg bagus..

sy 2tup mulut utk makan aftr 7p.m tp kekdang tdk tercabar iman...tmbah2 klu makan free... hehehe

u-neey said...

salam..
kak ida bagi tips yg bagus tapi saya ni takde disiplin. hari ni cakap nak diet, esok still mkn byk jugak. hangat2 tahi ayam..hehe..
tapi saya tetap akan cuba tips ni.
kak ida nampak maintain jer..

intan shaheera@ieyra said...

adoiiii auntie terasa lah plak........
(p/s buat auntie:tambahkan lagi berat tu.....hahahahahaha)

Idalara said...

salam al..mng bagus tips ni...klau al nak cuba silakan..
...................................
blue...
yup kita pmpuan ni kena jaga body dan penampilan biar cun selalu..
...................................

betullah kulna...bila makan free ni payah sikit nak kontrol...cair dibuatnya tekak tu..
..................................
u-neey..nak diet ni kena ikut peraturan..tak boleh hentam je..
kak ida mng dr dulu smpai skrg mcm ni je...
...................................
ieyra..mstlah terasa...tp ieyra tak jeleske tguk cutting auntie ni?
auntie tk boleh gemuk nnti bnyak bj kebaya auntie tk boleh pakai...rugi maa..hahahah

Anonymous said...

bagus gak tips ni..
tp nafsu mkn klu dh mlanda..x de sape yg leh sekat...
eh samalh kita..mkn time frust!!huhuhu...

Idalara said...

salam reen..hehehe dah namapun bakal besan..mst ada persamaan kan..tp kak ida ni still tak gemuk2 walaupun makan banyak.

Anonymous said...

akak kurus..sy ni ha..makin nek bdn..huhuhu..
tp bkl besan kmbinasi yg best ni..sorang kurus sorang...amek kau!!!hahaha....

intan shaheera@ieyra said...

auntie kena tambah berat badan skit.....besan tu lak kena diet skit...hahahaahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...