Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 29, 2011

Maafkan Aku...

Bismillah..Assalam...

Kiranya........dugaan buat aku tak berhenti setakad itu saja....kali ini aku benar2 diuji lagi, ujian bertimpa2........apakah dia..."Biarlah Rahsia"........biarlah aku sendiri yang tahu dan biar aku yang telan segalanya, nak bercerita pada sahabat? pada kawan2 di luar sana atau di sini?......tidak sesekali rasanya...cukup, cukuplah.......ku hadapi sendiri....dan aku harus pergi.....

Oleh kerana itu....aku rasa buat masa ini aku akan berehat sebentar dari berblog...sehingga segalanya reda dan perasaan aku kembali pulih...insyallah aku pasti menziarahi teman2 semua walaupun buat sementara waktu ini aku berehat dari menulis.
Hanya pada DIA tempat aku mengadu,yang tidak pernah memalingkan wajahNYA dariku..yang tidak pernah membenciku....yang sentiasa sedia mendengar pengaduan dan setiap permohonanku.

Dikesempatan ini ....aku ingin memohon ampun dan maaf pada sesiapa saja....teman2 blogger......silent riders atau sesiapa saja yg rajin singgah mengintai2 apa aktiviti yang aku lakukan di sini..aku memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada entry2 aku yang sebelum ini menyinggung mana2 pihak tanpa sengaja dan disengajakan...aku hanya insan biasa yang serba kekurangan...kadang2 bila tertekan, di sini tempat aku luahkan segalanya tanpa aku sedar ada hati2 yang sakit atau marah dengan tulisan aku...maafkan aku sekali lagi...maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku...

Insyallah aku akan terus berblog.......kerana di sinilah dunia aku................cuma aku akan lebih berhati2 agar tidak menyinggung mana2 pihak..terimakasih pada seseorang yang telah mengingatkan kesilapan yang aku lakukan.........terimakasih pada semua teman blogger yang memahami dan sentiasa memberi kata2 semangat buat aku selama ini..muga kita bertemu lagi andai ada keizinanNYA...insyallah.

~Andai ada sumur di ladang
boleh hamba menumpang mandi
andai ada umur yang panjang
pasti kita bersua lagi~

~sayang kamu~

Tuesday, January 25, 2011

Hati Seorang Mak...

Bismillah..Assalam..

Bila aku jadi seorang ibu, baru aku tahu bagaimana hati seorang wanita yang bernama mak, aku adalah anak ke 5 dalam keluarga seramai 9 orang dan anak perempuan yang sulung, aku ada 4 orang abang, 2 orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan...orang2 dulu anak seramai 9 orang taklah dianggap besar kalau dibanding zaman sekarang..

2 Jan 2011.. selepas rumahku dimasuki pencuri..aku memberitahu adik beradikku tentang kejadian malang yang menimpa aku..nak bagitahu mak rasa serba salah pulak takut mak susah hati..tapi kalau tak bagitahu tentu mak terasa hati kerana merahsiakan kejadian itu dari pengetahuannya...

Bila mengetahui kejadian yang menimpa aku..hati mak meronta-ronta nak menziarahi aku,,,maklumlah aku sebatang kara di tempat orang...adik beradik tiada....saudara mara jauh sekali...mak nak datang dengan apa? mak ajak anak2 lain yang berkereta, semuanya sibuk bekerja dan ada hal masing2...mak sanggup nak naik bas nak datang sini tapi aku tak benarkan..tak sampai hati tenguk dalam usia begitu turun bas naik bas semata2 nak menziarahi aku...

Aku tahu apa yang tersirat dalam hati mak...memanglah aku dan anak2 tak apa2..kami ok2 saja...aku tahu mak risau aku tkde duit nak buat belanja...mak takut aku terasa hati sebab tak datang melawat aku bila aku ditimpa bencana....dalam hati aku sekumanpun tak rasa kecik hati atau pun nak merajuk sebab mak tak melawat aku..dulu masa aku masuk wad sebab demam denggi susah payah mak datang naik bas...cukuplah..aku tak mahu susahkan mak lagi.

Semasa sedang menaip entry ini aku berhenti sekejap...aku call mak..mak masih cakap benda yang sama..."mak nak datang sana (umah aku) tak de sape nak bawakkan..., mak ingat nak naik bas je..." "Tak pe mak..tak yah susah2..dah tak apa2..ok jer.., duit belanja budak2 ni ada..., pintu dah ada dua kunci mangga.......dari dalam pun dah halang dengan kayu..jadi orang dari luar tak boleh nak tolak pintu tu, sekarang ni alhamdulillah tidur pun dah nyenyak..tak lah asik terjaga macam baru2 kejadian tu dulu"

Aku rasa dengan penjelasan aku itu mak akan merasa lega dan tak lah bimbang keselamatan kami anak beranak...itulah hati seorang mak..sama mcm aku..dulu bila anak perempuan aku yang sorg itu mengadu takde duit...hati aku yang marah pun sertamerta cair dan jatuh kesian kat dia...walaupun rasa marah masih bersisa namun kerana dia anak dan hati seorang ibu tidak tergamak melihat anak2nya dalam kesusahan...

Bagiamana pula anak2..sanggup tak melihat ibunya dalam kesusahan? aku tak sanggup..tapi aku tak mampu nak beri kesenangan pada mak dan abah aku...yang aku mampu hanya menjaga hati mak dan abah aku dan sentiasa mendoakan meraka agar berbahagia di dunia dan akhirat.

Sunday, January 23, 2011

Pilunya melihat si kecl ini..

Bismillah..Assalam.

Petang tadi aku dapat juga menziarahi cucu sahabat baik aku di Hospital Sg Buloh..inilah pertama kali aku sampai di hospital yang sungguh canggih ini...menurut kata seorg kenalan yang menetap di Sg Buloh..hospital Sg Buloh merupakan hospital yang terbaik dan tercanggih di Asia Tenggara...betul ke...?

Fayyadh Danial yang baru berusia 48 hari...

Sampai di wad kanak2 aku sempat melihat beberapa situasi yang agak memilukan..suara tangisan dan jeritan kanak2 yang sedang kesakitan kedengaran di sana sini....lebih pilu hati aku bila lihat bayi ini...tak sampai hati nak tenguk kat bahagian kepala yag sudah dibuang nanah@lendir tersebut..masa nak ambil gambar ni aku dah mintak izin ibunya..tapi tak tergamak rasa nak buka kain yang menutup bahagian kepala yang telah dibedah.

Apalah yang si kecil ini tahu..menangis bila rasa sakit...tapi matanya bergerak2 bila si nenek memanggil2 namanya, keadaan bayi ini sudah agak stabil.....mudah2an Fayyadh Danial akan sembuh seperti sediakala dan membesar dengan sihat...mohon doa dari sahabat2 yang singgah membaca entry ini...agar Fayyadh Danial segera sembuh...Insyallah.

p/s Jika kau rasa getarnya...

Suka, duka...bahagia dan derita..

Bismillah..Assalam.

Cute tak pic baby kat bawah ni, mata sepet macam anak Jepun, geramnya aku tenguk.....ini anak saudara seorg ofismate......baru 3 hari dilahirkan...bahagianya ibu dan ayah si comel ini menyambut kehadiran orang yang dinanti2kan.. Mudah2an baby ini kelak akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah terbesar buat ibu dan ayah...

Berlainan pula dengan kisah anak sahabat karib aku ini...setelah hampir 2 tahun menanti kehadiran seorang cahaya mata..akhirnya sebulan yang lepas dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki..semasa dilahirkan dia dalam keadaan normal dan sihat..

Tapi segalanya diluar kemahuan ibu dan ayahnya, kira2 2 minggu lahir di dunia bayi tersebut didapati mempunyai lendir di kepala..sudahpun menjalani pembedahan minggu lepas...namun masih lagi dalam pengawasan doktor dan kini berada di hospital Sg Buluh.

Insyallah sekejap lagi aku akan melawat ibu dan bayi tersebut yang merupakan anak dan cucu kepada sahabat baik aku....., tak tahu macam mana perasaan aku nanti bila lihat bayi sekecil itu menanggung kesakitan..aduhai.....tak sanggup rasanya......mudah2an bayi yang baru ingin mengenal dunia ini akan pulih dari penyakit dan derita yang ditanggungnya...Insyallah.

Saturday, January 22, 2011

Akhirnya dia ku miliki walaupun sementara...

Bismillah..Assalam...

Bagaimana harus ku hindari
Rasa cinta yang hadir
rasa yang datang bersama
rindu dendam yang terlalu
patutkah aku membiarkan
diri sendiri menjeruk rasa
hingga penghujung masa atau
membiarkan bunga cinta layu
sebelum waktunya..


Hah! jangan salah faham pada tajuk dan puisi kat atas ni...gimmik je tu...langsung takde kene mengena dengan entry aku kali ini....

Sebenarnya aku cuma nak share hobi aku.....Salah satu hobi waktu lapang aku ialah membaca novel..sejak kebelakangan ini aku lebih suka membaca novel berunsur Islami..bila baca novel2 macamni banyak pengetahuan berguna yang kita boleh dapat....tapi rasanya dah agak lama aku tak beli novel...budget untuk beli novel terpaksa di 'cut' kerana belanja sekolah anak2 lebih penting..

Namun...alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku miliki dua novel yang aku cari2 selama ini...memiliki bukan bererti aku membeli tapi diberi pinjam oleh officer aku di pejabat..kebetulan dia juga peminat tegar novel.. bila dia memborong novel....aku pasti diberi pinjam...ok lah sangat2...walaupun novel ini telah lama berada di pasaran.

"Ketika Cinta bertasbih" episod 2..episod 1 telah lama aku habiskan bacaannya...juga dipinjam dari officer aku yg baik hati itu....tak sabar nak mulakan membaca kerana nak tahu kesudahan cerita menarik ini...tapi mood untuk membaca belum terbuka lagi jadi aku peram dulu sehari dua..

Manakala "Bagaikan Puteri" adalah siri pertama dari cerita "Cinta Sang Ratu"karya Ramlee Awang Murshid...aku dah baca cerita "Cinta Sang Ratu" lepas tu baru tahu cerita itu adalah kesinambungan dari cerita "Bagaikan Puteri"takpe lah yang penting aku dapat juga baca kedua2 novel ini.

Kalau dah mula membaca dalam sehari dua pasti habis kedua2 buah novel ini..."La Tahzan" baru baca setengah...bagaimana pula AlQuran...insyallah tetap jadi bacaan wajib aku......sekarang aku sedang ABC jadi dapatlah aku hadap dua2 novel ni....

Friday, January 21, 2011

Jumaat yang Barakah..Rezeki hari Jumaat.

Bismillah...Assalam..

Hari ni dah 21hb...sekejap je dah nak masuk sebulan tahun baru 2011 ni kan...cepatnya masa berlalu..dan kita pun semakin tua...bila rasa dah tua barulah ingatkan kematian..padahal mati tak kenal tua atau muda, so perbanyakanlah bekalan untuk ke Sana nanti......peringatan untuk diri aku juga sebenarnya...

Tengahari tadi tak de idea nak masak apa..teringat daging baru beli kata pasar malam semalam..anak2 suka makan daging masak kicap...so itu saja yg terfikir untuk aku sediakan dalam masa 1.30 jam waktu rehat tak campur waktu solat zuhor..

Tadaaa....inilah daging masak kicap+sos tiram yg sempat aku sediakan tengahari tadi..alhmadulilah daging pulak lembut...sukernya Abdullah Zaki....ibuuu...sedapnyaaaa.....tenguk tu...Sampai naik juling mata dia.....hahahahaha...anak bungsu aku ni demam hari ni...pertama kali bercuti sejak sekolah dibuka..doktor pesan kalau tak ok kena check darah...sekarang ni macam2 penyakit..hingga petang tadi aku tenguk Abdullah Zaki dah tak panas lagi..selera makan pun ok.
Alhamdulillah...mudah2an demam dia akan pulih sepenuhnya.
Pagi tadi sorg ofismate bawak banyak pisang emas dibawa belayar..aku ambil beberapa sisir..hajat hati pagi esuk nak buat jemput2 pisang...tp terdengar pulak beberapa org kwn bersuara........."sedapnya jemput2 pisang...alaaa....kalau esuk tk merasalah sebab esuk kan cuti"..tak sampai hati...sambil2 masak daging kicap aku bancuh juga jemput2 pisang ni...sebelah dapur masak daging sebelah dapur lagi goreng jemput2@cekodok pisang ni..

Nah..ni dia..sebelum pukul 2 petang tadi aku dapat siapkan dua menu ini..satu untuk anak2 dan satu lagi untuk kwn2 kat opis...puas hati rasanya dapat tunaikan hajat kawan2...mudah2an rezeki kawan aku yg bawak pisang itu murah dan rezeki aku dan anak2 juga melimpah luah...aminnn...

Jumaat yang sangat Baraqah..segala puji-pujian dan syukur kepada Maha Pemberi Rezeki yang mengurniakan rezeki buat kita dan Salawat dan Salam buat Junjungan Baginda Rasulullah SAW.

Thursday, January 20, 2011

Bila Kita Cuti Org lain Bekerja...

Bismillah...Assalam..

Hari ini beberapa negeri di Malaysia cuti umum..termasuklah Ngeri Selangor, bukan Negeri tumpah darahku tapi Negeri tempat aku mencari rezeki dan tumpang berteduh..tapi biasalah aku....bila ada keja2 yang tak siap, hati aku asyik teringat tempat keje..siap berkemas dan memasak apa yang patut, aku ke tempat keja..

Sementara nak buka pintu ofis aku dah terdengar suara telefon menjerit2 minta diangkat..weh...diaorang ni tak tahu ke harini Selangor cuti!! aku abaikan je jeritan2 telefon tersebut walaupun agak menganggu...tapi bila dah ulang kali berbunyi sudahnya aku angkat juga..

"Assalamualikum.."
"Hello....tak de org ke...dah berpuluh kali saya call...semua org tak buat keje ke.."

Adoi...berdesing telinga aku..tak sempat aku nk cakap apa2..pung pang pung pang..suara sebelah sana menjerit..

"Dari pagi tadi sy call, ni baru nak jawab... sy nk tanya pinjaman emergency saya ni apa cite?"

"Maaf encik...hari ni kan Negeri Selangor bercuti...saya sorg saja yg bekerja..kalau tanya saya pun saya tk boleh jawab sebab semua maklumat kat tingkat atas.." alahai..lembut gigi dari lidah aku menjawab...

"Oooo..patutlah...sorry ye"

Pap!!...tak sempat aku nak cakap apa2 dia dah letak gagang...

Tu lah..lain kali nak sembur org tanya dulu...jangan main sembur tanpa usul peksa..kan sendiri dah malu...nasib baik aku tak nampak muka dia..mesti merah padam sebab malu...apa salahnya cakap dengan berhemah dan berbudi bahasa...bukankah bahasa jiwa bangsa...dan Bangsa Melayu memang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santunnya.!!

Tuesday, January 18, 2011

Manisnya dia...

Bismillah..Assalamualikum..

Malam minggu lepas sempat tonton drama kat astro..apa tajuk nya ye..lupa dah........jalan cerita agak menarik..cuma endingnya antara suka dan duka.......kalau kat India buat ending hero mati sure penonton mengamuk pecahkan panggung..

Endingnya sangat touching...sampai org kat luar tv pun meleleh2 airmata...tp aku bukan nak cerita pasal jalan cerita ni..cuma ni nk share tentang dia yang cantik manis ni..

Sejuknya mata memandang bila dia mengenakan tudung begini...labuh dan betul2 menutup aurat..ntah apa reaksi peminat agaknya kalau habis drama tu tetiba dia teruskan memakai begini...mesti pro dan kontra...mak dia kata apa pulak kan..

Sudahlah bertudung litup..bercakap pun penuh sopan, tunduk dan malu2 gitu..sungguh ayu dan menawan...ini baru "Wanita Melayu Terakhir"...mudah2an lebih ramai artis wanita akan tampil dengan imej sopan santun menutup aurat begini.

Tiada paksaan dalan beragama begitu juga dalam berpakaian......tapi Islam telah menetapkan cara berpakaian bagi Muslimah......pastinya menutup aurat.

Sunday, January 16, 2011

Sambal Goreng , Siakap Stim....menu hari ahad

Bismillah....Assalam....

Hari ini sepanjang hari aku di rumah...sejak semalam dah ambil keputusan untuk tidak ke ofis....dah plan nak overhaul seluruh rumah....selalunya hanya kuis2 je sampah dan habuk2 yang dah mula bersawang..tapi hari ni singsing lengan baju dan seluar....operasi mengemas bermula.

Lepas bersarapan nasi lemak yang dibeli Aiman..kami berdua mula mengemas..mengalih meja belajar..memilih buku2 lama untuk dibuang dan kain2 baju yang telah uzur..hampir tengahari baru selesai..sambil2 tu bincang dengan Aiman nak masak apa tengahari tadi...

sambal goreng resepi arwah ibu mertuaku - sape tenguk air liurnya pasti meleleh...

Dalam berbincang2 akhirnya aku mendapat idea menu apa yg sangat sesuai untuk tengahari tadi.....inilah dua menu yg aku rasa sudah cukup lengkap sifatnya........sambal goreng ikan bilis dan ikan siakap kukus. Dalam sambal goreng ini aku letak ikan bilis yang telah ditumbuk halus...lebihkan bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk bersama ikan bilis....tujuannya untuk menjadikan sambal agak kering dan kurang pedas...nah!! hasilnya seperti yg terbayang2 dimataku...

Menu kedua...ikan siakap masak kukus (stim) dalam masakan ini aku letak karot dan kubis bunga, jadi tak payahlah aku masak sayur........campakkan halia, bawang besar dan bawang putih hiris, 6 biji cili api.....dua sudu sos tiram, perahan limau nipis sesedap rasa...dan sesudu bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya....kuah ikan siakap kukus yg masam2 dimakan bersama sambal goreng memanglah tersangat sesuai dan mesra alam...

Lepas solat zohor kami 3 beranak mengadap hidangan tengahari yang sangat sedapppp.....tak sedar sudah 2 pinggan nasi aku habiskan...Alhamdulillah...

p/s Syukur pada Mu Ya Allah kerana mengurniakan rezeki pada kami...

Saturday, January 15, 2011

I Love Tupperware: :: 1st Giveaway::

Sejak dua menjak ni banyak betul GA ..bila tguk GA ni dan tenguk hadiah tupperware hati terus tertarik...inilah pertama kali aku join GA contest ni...manalah tahu ada rezeki..kalau nk tahu lebih lanjut sila klik kat banner di atas.

Sape saja yg singgah di blog idalara ni di jemput sertai..syaratnya mudah sangat2 dan hadiahnya wow!!...nak tahu singgah SINI

Jangan lupa sertai ye...tarikh tutup 31 Jan 2011..sempat lagi.

p/s dah ramai yg join..tapi rezeki sape tu kita tak tahu.

Adik Perempuan, Anak2 dan Dodol Melaka

Bismillah....Salam...

Sewaktu membelek2 gambar2 dalam henfon, aku terpandang 3 keping gambar2 ini...hampir terlupa kerana gambar2 tersebut tersimpan dalam pictures..

Musim cuti sekolah yang lalu Aiman dan adiknya Zaki tinggal bersama adik perempuan aku...adik perempuan ku yang dipanggil makcik, seorang surirumah tangga sepenuh masa..suaminya hanya bekerja di sebuah kilang..dengan pendapatan yang tidak sebesar mana tentulah agak perit nak menyara 5 orang anak2 yang sedang membesar....

Namun adik perempuan aku ini seorang yang rajin dan kuat berusaha, aku memang tabik spring kat adik aku yang sorang ni sebab tak pernah kenal erti penat...ada2 saja aktiviti yang dibuat untuk menambah pendapatan, walaupun anak2 masih kecil dia mampu membuat kueh untuk dijual disamping mengambil upah membungkus dodol..dodol dihantar oleh sebuah kilang makanan ringan berhampiran tempat tinggalnya....pihak kilang akan menghantar sebesen dodol bersama bekas2 untuk dimuatkan dodol2 tersebut...1000 bekas dodol yang siap akan dibayar sebanyak RM120.00...

Inilah rupanya dodol yang dihantar oleh pihak kilang bersama bekas2 comel untuk diisi dan dipacking mengikut citarasa kilang tersebut. Sekiranya lebih banyak dodol yang dapat dipacking lebih banyak bayaran diterima.


Kebetulan Aiman dan Zaki tinggal di rumah makciknya..mereka turut menyumbang tenaga...menurut kata adik aku mereka memang cekap dan pantas mengisi dodol2 tersebut dalam bekas....sehingga kerja2 selesai mereka mendapat upah sebanyak RM30.00 seorang..berbaloi juga kerana keja2 tersebut tidaklah sepenat mana..

Inilah hasilnya setelah siap....semasa adik aku meminta izin menggunakan tenaga anak2, aku memang sangat menggalakkan...dalam usia mereka begitu biarlah mereka tahu macam mana nak mencari duit poket sendiri..tidaklah hanya tahu menadah tangan saja...anak2 perlu diajar berdikari dan tahu betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi...

Muga2 bila dewasa kelak anak2 sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang bersusah payah memelihara dan mencari rezeki untuk membesarkan mereka..insyallah...dan mudah2an meraka tidak akan melupakan ibu mereka.
p/s..masa ditimpa bencana baru2 ni..adik perempuan aku pulak yg offer nk bagi pinjam duit..tak banyak katanya..dia takut kakak dia tk berduit nk buat belanja..terharunya..padahal dia pun bukan senang..itulah namanya adik beradik..

Wednesday, January 12, 2011

Bila nak pulih?

Bismillah...salam...

Rasanya dah hampir 3 minggu perkara ni berlarutan....pegi pasar besar pun tak ada apa lagi pasar kecil,......bukan kata yang botol..nak cari yang peket pun tak ada....hampir semua kedai runcit telah aku jelajah...siap bagi duit kat kawan minta belikan minyak jika dia terjumpa...tapi bekalan masih tiada...peliknya pasaraya besar yang femes2 pun takde bekalan....sampai bila keadaan ini akan pulih seperti sediakala!!

Hampir 90% masakan menggunakan minyak...lebih2 lagi bila menggoreng cekodok, minyak mesti banyak..barulah cekodok jadi bulat2 dan cantik...tapi tenguk stok minyak cuma tinggal suku botol...terpaksa disukat betul2...

Inilah hasilnya cekodok ikan bilis..mestilah digoreng menggunakan minyak masak, takkan minyak petrol pulak.......bila bekalan minyak masih tak pulih2 ni terpaksalah tukar menu2 yang berasaskan minyak kepada rebus2an atau stim saja...memanglah bagus kurangkan minyak..tapi tahan ke anak tekak ni makan rebus2 jer tiap hari....

Inilah stok minyak yang tinggal....cuma tinggal suku saja, biasanya aku simpan satu stok lain walaupun minyak masih banyak..tetiba teringat beberapa belas tahun yg lepas, seorang jiran pernah mengejek aku..."Nak mandi minyak ke Ida oiii..beli minyak smpai dua botol besar" aku hanya senyum...esuk..jiran tersebut datang ke rumah dengan senyum2 malu..."Ida..nak pinjam minyak segelas boleh tak".....aik....semalam dok perli2 aku tetiba datang nak pinjam pulak...

Itu sebablah bila berbelanja barang dapur, keperluan asas seperti beras, tepung, gula pasir dan minyak aku beli lebih untuk simpanan...kalau keputusan wang pun aku tak risau sangat sebab bahan utama sentiasa ada stok..

Mudah2an bekalan minyak akan segera pulih...walaupun harganya pasti naik...tak mengapalah asalkan mudah dicari dimana-mana...dan selepas minyak ok jangan pulak barang lain turut jadi mangsa..!!

Sunday, January 09, 2011

Bestkan kalau kita boleh jadi macam ni....

Bismillah....salam...

Andailah boleh diputarkan waktu...pasti semua org ingin kembali ke zaman baby......zaman sewaktu kecil atau remaja...suci murni, tiada noda dan dosa....dan sudah pasti semua mahu perbaiki diri supaya bila dewasa akan jadi yang terbaik....tapi semua itu tak mungkin....

Kalau diberi peluang tido mcam ni...mesti tak bangun2 sampai esuk...


Aduh.....cutenya...tido berlapikkan tangan....

Alamak...tertido sampai tak sedar tak pakai apa2....

bestnya.....tilammu ada lah kelopak bunga2 yang cantik

Selamat tido semua......walaupun hari belum malam..


cutenya..dikelilingi bunga2 harum

Baby sape lah ni.....suci murni tak tahu apa2 pun berlaku di luar sana..


Saja nak hilangkan boring setelah seharian bekerja mengadap screen komputer...rasa lega dapat siapkan 90% keje2 yang agak penting....esuk keja lagi....lusa dan seterusnya...hingga menutup mata keja takkan habis..

Friday, January 07, 2011

Aku Bermohon Pada MU


Ya Allah, hamba memohon agar
Kau memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Hamba memohon Kau berikan kepastian dengan ketentuanMu
dan hamba memohon dengan kemurahan Kau yang Maha Agung.
Kerana sesungguhnya Kau yang berkuasa
Sedang hamba tidak tahu dan Kaulah
yang amat mengetahui segala sesuatu yang tesembunyi.

Ya Allah, jika Kau mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba
dalam agama hamba dan dalam penghidupan hamba
dan baik pula akibatnya bagi hamba
maka berikanlah perkara ini kepada hamba
dan mudahkanlah ia bagi hamba
kemudian berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya.

Ya Allah, jika kau tahu bahawa seseungguhnya
hal ini tidak baik bagi hamba
bagi agama hamba dan penghidupan hamba
maka jauhkanlah hal ini dari hamba
dan jauhkanlah hamba daripadanya
dan berikanlah kebaikan di mana saja hamba berada
kemudian jadikanlah hamba orang
yang rela atas anugerahMU

*******************************************************************************

Saat2 begini biasanya kita akan lebih kenal siapa kawan menangis..siapa kawan2 tertawa..kawan2 masa berduka dan kawan2 masa gembira....agak memedihkan bila kejadian yang berupa musibah bagi aku dan anak2 rupanya menjadi bahan jenaka dan tertawa...bukan simpati yang aku minta sekadar berkongsi rasa...bergurau biar bertempat dan berpada...bersenda biar kena pada cerita dan seloka....bukan mengusik tanpa mengira apa yang aku rasa...

ku kira dia dapat ku jadikan tempat bersandar bila aku kesedihan.......ku kira dia dapat menghulurkan sehelai sapu tangan buat mengesat si air mata.....ku kira dia dapat membawa aku keluar dari kegelapan....rupanya tidak...aku hanya bermimpi di siang hari....rupanya aku hanya cuba menggapai bulan yang tinggi.....yang tak mungkin terjangkau dek tanganku.


p/s andai inilah isyarat darinya....aku mengerti...selamat tinggal...ku mohon undur diri...

Tuesday, January 04, 2011

Rentetan dari kejadian lalu....

Bismillah...Salam..

"Badai taufan tsunami berjaya ku tempuh..inikan pula gelora sekecil ini..."

Inilah tagline yang kerap aku ucapkan dalam hati bila berlaku musibah ini....walaupun sehari selepas kejadian.... rasa trauma...rasa tak boleh tidor..rasa macam2 namun masuk hari kedua semuanya telah sirna, malam semalam aku dapat tidur selena2nya tanpa rasa apa2.....Alhamdulillah..beberapa langkah2 keselamatan telah aku buat....insyaallah...berkat doa dan kata2 semangat dari sahabat2 aku rasa tambah cekal...

Sewaktu menyedari kejadian itu berlaku......setitik pun airmataku tak tumpah....tapi...rasasebak dan terharu hingga menitis airmata bila membaca komen kawan2...terimakasih semua!!

Pagi2 tadi aku ke JPN...dalam masa tak sampai 15 minit siaplah kad pengenalan sementara aku dan Abdullah Zaki...dah selesai satu perkara yang penting....dan kira2 pukul 2 petang tadi aku ke JPJ Putra Jaya nak buat lesen baru....

Ntah berapa kali aku dan kawanku M berpusing2 mencari parking....semua penuh..sudahnya dapat parking..... nun........ diluar.......parking untuk pelawat...(sesuai ke dipanggil pelawat)...berpeluh2 jugalah nak menyampai ke JPJ..cantikkan bangunan ni..kat sinilah terletaknya JPJ (ini bukan dr pakcik google- diambil menggunakan hp cap itik milik aku yg terselamat) ...lega rasa dah sampai...jam dah hampir pukul 4.00 petang...masuk kat kaunter pertanyaan....

"Puan...kat sini kaunter untuk buat lesen dah tak ujud, puan kena pegi JPJ daerah"

Aduhhhhh...napelah tak ada orang inform aku hal ni...polis sendiri tk bagi apa2 maklumat...cuma katanya nak buat lesen yang hilang@dicuri kena pegi JPJ.......Putrajaya ada...Banting ke Kajang ke...rugi masa, rugi tenaga, rugi minyak..rugi duit...!!..tp agaknya silap aku juga sebab tak call dulu buat kepastian...

Last2 balik begitu saja2...otw nak balik singgah kat BBST..nak ambil spek baru tempah semalam...hampa lagi sebab masih tak siap...tapi kerana rasa bersalah janji siap petang tadi maka pemilik kedai beri cermin mata milik dia untuk aku gunakan sementara waktu......power +-350..tak cukup untuk mata aku tapi bolehlah daripada tak ada...

Esuk...aku mula bekerja...esuk aku melangkah dengan semangat baru...kerana esuk sentiasa ada untuk aku....

Sunday, January 02, 2011

Rumahku di masuk pencuri!!

Bismillah...salam..

Mungkin ianya satu peringatan dari ALLAH..supaya aku lebih kerap mendekatkan diri padaNYA..lebih banyak bermohon perlindungan dariNYA...dan inilah pengalaman awal tahun yang tak mungkn aku lupakan...

Malam tadi lepas update blog aku rasa letih amat sangat...tutup notebook dan ntah bila aku terlelap..tapi aku dah pastikan anak2 dah kunci semua pintu masuk ke rumah...

Oleh kerana aku ABC..(Allah bagi cuti) maka aku terlewat bangun pagi tadi..anak2 pun trelewat subuhnya..aku terlelap semula hingga pukul 7.00 pagi..terjaga dan nampak pintu rumah terbuka..berkata2 dalam hati..nape pintu rumah terbuka, tapi aku tak amik kisah sangat,mungkin aiman yg buka.........kemudian aku baring2 semula....rasa nak bermalas2 sebab hari ini cadangnya tk mahu ke ofis..ntah bila aku terlelap semula..

Bila terjaga kira2 pukul 9+- aku perasan note book 1 Malaysia aku tiada di sebelah aku....mungkin Aiman guna lepas aku tidur malam tadi...cari2 atas meja pun takde..kemudian tetiba baru aku perasan handbag pulak tiada...biasanya beg duit aku letak bawah bantal, handbag atas meja atau aku gantung kat mana2., tapi mlm tadi aku tak buat semua tu..beg duit pun bersepah sebelah notebook....... oleh kerana sangat letih sangat..lepas tutup notebook aku tak simpan...terus terlelap...

Ya Allah...rupanya aku tak sedar bila masa pencuri masuk ke rumah....handbag aku kena curi..mengandungi lebuh kurang RM350.00, duit untuk bayar yuran dn belanja sekolah anak2..2 handset jenis nokia...(handset lama), cermin mata untuk bekerja pun kena kebas sekali... notebook dan segala macam kad2..kad pengenalan aku dan Abdullah zaki..2 Kad ATM..dan juga lesen memandu..handfon aku selamat sebab duduk bawah bantal.....begitu juga rantai tangan emas yg aku pakai...

Rasa sangat panik....orang pertama yg aku hububungi satu2nya kawan aku Mimi...aku tak menngis tapi aku rasa amat terkejut....badan jadi menggeletar....Alhamdulillah aku dan anak2 tak diapa2kan....syukur pada Allah..

Kira2 pukul 10 aku ke balai polis buat report..dan call bank untuk block kad ATM aku..alhamdulillah kad aku belum sempat digunakan..masih ada duit dalam bank...tak banyak tp itulah yang nak aku gunakan membayar yuran dan perbelanjaan seharian...

Rasa trauma...rasa terkejut dan rasa macam2.... malam tadi kali terakhir aku bersama notebook 1 Malaysia...takpelah yang penting aku tak diapa2kan...duit boleh cari tapi nyawa aku dan anak2 lebih penting..!!

Saturday, January 01, 2011

Aktiviti hari ini 1.1.11...

Bismillah....Salam..

1.1.11 sudah pun hampir tamat sehari...ada cerita suka dan duka..yang dilahirkan, yang melahirkan, yang menjadi raja sehari..tahniah dan yang pergi meninggalkan dunia fana ini...semuanya telah ditentukan oleh NYA..Al fatihah..

Macam biasa hari ini aku ke ofis, cuti tahun baru tiada apa2 maknapun bagi aku......dalam minggu ini bayaran sumbangan persekolahan anak2 anggota mesti diselesaikan..insyallah hujung minggu ini semua bayaran akan masuk ke akaun anggota Koop BPM seluruh Malaysia.

Balik dari ofis dah ada tugas yang menanti...tu dia....jahit lencana pada baju sekolah....siap2kan buku sekolah si bungsu dan siapkan uniform untuk isnin...siapkan hari ini taklah kelam kabut esuk..walaupun esuk hari ahad...

Alhamdulillah buku teks SPBT yang diterima anak2 semuanya masih eluk dan sudah siap berbalut...tadi tenguk kat blog azie...kesian anak dia dapat buku yang dah hampir lunyai...nak salahkan siapa......anak2, ibu bapa atau guru..? tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ini...bila terima buku SPBT mcamtu kira2 nasiblah....
Malam ni rasanya nak tido awal...letih sangat..bekerja dari pagi membawa ke petang...tak sempat lagi nak singgah blog kawan2 hari ini..insyallah aku pasti singgah.. terimakasih pada teman2 yang telah memberi pandangan dan saranan terhadap masalah yang aku hadapi di entry sebelum ini...
Insyallah pasti ada jalan penyelesaian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...