Wednesday, June 30, 2010
Rasulullah menuntut hutang
Seorang lelaki Badwi singgah di Mekah membawa haiwan ternakannya untuk dijual. Abu Jahal menunjukkan minat mahu membeli dan menyuruh si Badwi membawa ternakan itu ke kandang muliknya. Abu Jahal berpesan, "Datanglah esuk " supaya dapat dia jelaskan bayaran haiwan yang dibeli.
Esuknya Si Badwi datang menuntut bayaran tetapi Abu Jahal meminta tangguh dan menyuruhnya datang lagi esuk. Keesukannya Abu Jahal memberi alasan lagi dan Si Badwi terasa dirinya dipermainkan oleh Abu Jahal, orang kaya Quraisy itu. Berhari-hari dia terpaksa tinggal di Mekah semata-mata kerana hutang Abu Jahal.
Si Badwi mengadu masalahnya kepada beberapa pembesar Quraisy lain tetapi tiada sesiapa yang mengambil tindakan. Berasa kecewa, si Badwi masuk ke kawasan masjid yang menempatkan Kaabah. Dia bertemu seorang pemimpin Quraisy dan mengadu masalahnya tetapi mereka mencadangkan supaya Si Badwi bertemu Nabi Muhammad SAW yang sedang beribadat berhampiran Kaabah.
Si Badwi tidak tahun bahawa sebenarnya pepbesar Quraisy itu sengaja hendak mengenakan Rasulullah. Seluruh penduduk Mekah tahu Abu Jahal amat benci kepada Muhammad dan fikir mereka, sudah pasti Rasulullah SAW tidak berani bertemu Abu Jahal untuk menuntut hutang Si Badwi.
Si Badwi yang lurus bendul terus bertemu Rasulullah dan mengadu masalahnya. Rasulullah bangun lantas mengajak Si Badwi ke rumah Abu Jahal. Sampai di kediaman Abu Jahal, baginda terus mengetul pintu dan memanggil Abu Jahal dengan suara yang kuat. Abu Jahal membuka pintu dan Rasulullah terus mencekak leher baju Abu Jahal sambil mengarahkan Abu Jahal menjelaskan hutangnya kepada si Badwi.
Abu Jahal ketakutan dan jelas gementar dengan kemarahan Rasulullah. Dia terus membayar hutangnya kepada si Badwi. Selesailah hutang si Badwi pada masa itu juga. Rasulullah dan si Badwi kembali ke Kaabah. Si Badwi terlalu gembira lalu menceritakan kepada orang ramai segala yang berlaku di rumah Abu Jahal.
Abu Jahal tiba di Masjid tidak lama kemudian. Dia dikerumuni orang ramai yang ingin tahu kisahnya. Abu Jahal bercerita, ketika namanya dipanggil, dia terasa jiwanya dilanda ketakutan. Apabila membuka pintu, dia melihat di belakang Rasulullah ada seekor ular besar yang menyebabkan dia takut untuk mmebantah aarahan Rasulullah.
ps ucapkan Selawat atas Junjungan Rasulullah SAW tidak kira waktu dn ketika.
Sunday, June 27, 2010
Lalai atau lupa....
Entah apa kena denganku...hari Jumaat lepas, waktu rehat yang agak panjang aku manafaatkan dengan memasak bubur caca (kak nora bertanya nape dinamakan 'caca' )..agaknya sebab tepung tu colourful...dimasak bersama ubi keledek dan labu..jadilah caca marba lalu dipanggil bubur caca...mungkin juga.
Tungku yang agak kuat apinya aku gunakan untuk memasak bubur caca, manakala tungku yang apinya agak slow aku gunakan untuk memasak nasi..aku lebih suka memasak nasi menggunakan dapur gas kerana nasi lebih sedap dan tahan lama. Setelah nasi kering aku terus mengangkat periuk dan letakkan ke dalam bekas periuk nasi elektrik.
Pada masa yang sama, bubur caca sudah pun siap...aku sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam tupperware untuk dibawa ke pejabat...kemudian aku menunaikan Solat Zohor..
Hampir 2.20ptg aku sudah siap untuk ke pejabat tanpa menjenguk semula ke dapur...semua rakan2 ofis merasa bubur caca yang aku bawa...Alhamdulillah.
Waktu pejabat tamat pukul 5.15..bercadang nak ke pasar malam tak jauh dari tempat kediamanku..aku solat Asar dulu sebelum ke pasar malam.
Aku hanya mengambil masa selama hampir 1/2 jam saja di pasar malam..setelah mendapat apa yang dihajati aku kembali ke rumah...nak cepat sebab nak menonton 'benci bilang cinta'...(ni yang malas..bila dah ikuti susah nak tinggalkan)
Masuk saja ke dalam rumah, aku dah berbau benda yang terbakar....ooo..agaknya orang bawah rumahku memasak kot..aku terus ke dapur...aduhai...terkejut bukan kepalang bila lihat api dapur gas menyala...bila pulak api ni terpasang,siapa pulak yg nyalakan..Aiman masih di sekolah..Abdullah Zaki ada bersama aku ke pasar malam.
Barulah aku teringat...aku yang terlupa padamkan api gas tersebut tengahari tadi...masa memasak tengahari tadi aku selak langsir..cahaya agak terang menyebabkan aku tak perasan api dapur masih menyala...bila dah senja, dapur jadi gelap, barulah nampak api berwarna biru sedang menyala....
Banyak jam juga api gas tersebut menyala., dari pukul 2.00 hingga 6.00 ptg....aku kerugian gas...dan hampir kerugian rumahku andai sesuatu yang buruk berlaku...Alhamdulillah...bukan gas yang keluar tanpa api menyala..kerana itu lebih bahaya...walaubagaimanapun tetap bahaya kerana aku lalai atau lupa?
Itulah akibatnya kerana asyik berfikir semasa memasak...macam2 benda yang aku fikirkan hingga aku terlupa memadamkan gas. Mudah2an ia menjadi pengajaran kepadaku dan berhati2 dilain kali.
ps bohong kalau aku katakan kejadian itu tidak menganggu emosiku...
Friday, June 25, 2010
Rezeki Anak Yatim..
Assalamualaikum...
Pejam celik, pejam celik sudah hampir 8 bulan anak-anakku mendapat status anak yatim bila abah mereka pergi meninggalkan dunia yang fana ini.....setiap malam bila melihat wajah mereka sedang tidur hati aku rasa sayu, anak-anak tak pernah bertanya tentang arwah abah mereka kerana mereka sendiri menyaksikan saat abah mereka dimandi, dikapan dan dikebumikan...mereka tahu di mana abah mereka berada.
Sepanjang membesarkan mereka bersendirian ini bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi...alhamdulillah semuanya dapat aku hadapi dengan kekuatan yang Allah SWT berikan...namun aku tahu akan datang lagi besar dugaan dan cabarannya bila mereka meningkat dewasa kelak..mudah2an Allah pelihara anak2ku dari segala perkara buruk dan tidak diingini.
Sekembali dari sekolah tengahari tadi Abdullah Zaki dengan wajah yang sungguh gembira, menyerahkan sebuah beg kepadaku..
"Ibu..tadi adik pegi majlis untuk anak yatim dan orang miskin kat Seroja"
"Adik pegi dengan sape?"
"Ustazah adik bawakkan...ramai ibu...semua anak yatim dengan budak2 miskin, adik dah makan tadi..bestttt..."
Beg berwarna hijau ini bertulis " Majlis kesyukuran bersama anak yatim-miskin"..aku sendiri tak tahu siapa yang menganjurkan majlis yang sangat bererti buat anakku ini, dan aku sendiri tidak dimaklumkan sebelum majlis ini berlangsung..
Rasa sangat terharu kerana ada insan yang sudi menganjurkan majlis ini buat anak-anak yatim dan fakir miskin..aku tahu ramai yang perihatin terhadap nasib anak2 yatim dan fakir miskin di mana-mana saja di Negara kita ini. Mudah2an segala sumbangan mereka mendapat balasan dari Allah SWT kelak.
Thursday, June 24, 2010
Kucing Bandar Kucing Desa
Assalamualikum..
Masa balik kampung, aku tenguk banyak betul kucing peliharaan abah dan mak...bebas keluar masuk dalam kawasan rumah tanpa sekatan. Bila lapar kucing2 ini akan ke dapur mencari makanan..tapi kucing bandar terpaksa menanti tuannya menghulur makanan. Inilah bezanya kucing desa dengan kucing bandar.
Adik yang bungsu rajin melayan kucing-kucing kesayangan abah ni..seminggu sekali kucing2 ini dimandikan. Tenguklah betapa bebasnya kucing2 ini. memang geram tenguk kucing2 ni..bulunya putih dan meemiliki mata biru dan coklat.
Sunday, June 20, 2010
Maafkan Saya Cik Amy Dan Pasangannya
Pada entry yang bertajuk "Awards Tanda Hati" yang ditujukan kepada Cik Amy Sensei dan Yua Zawa, saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Cik Amy Sensei masih single dan available. Rupanya kenyataan itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati seseorang...cara En Anonymous memberi komen memang menunjukkan dia memang marah pada kenyataan yang saya buat....saya minta maaf kerana kesilapan itu..dan bukan niat saya untuk mempromosi Cik Amy... hanya gurau senda di entry yang tiada bermaksud apa-apa....Jangan bimbang, jika Allah telah menetapkan jodoh kamu berdua pasti takkan kemana...
Saya memang kerap bersembang dengan Cik Amy melalui alam maya, kerana saya percaya pada Cik Amy yang jujur...saya kerap bercerita hal saya..jadi saya sangkakan saya telah mengenali Cik Amy yang terlalu perahsia itu..baru tersedar selama ini hanya saya yang bercerita, cik Amy hanya bertanya tentang seseorang pada saya dan menjadi pendengar setia tetapi memang tak pernah sekalipun Cik Amy bercerita hal peribadi dan kehidupan beliau kepada saya apa lagi kisah percintaan beliau, jadi saya menyangkakan Cik Amy masih single apabila membaca Mukaddimah cik Amy di blog.
Semalam barulah saya mendapat pengesahan dari Cik Amy yang dia memang telah di miliki seseorang, tapi saya tidak pasti samada sudah berumahtangga, sudah bertunang atau hanya sedang bercinta, mungkin En Anonymous boleh beri kenyataan pula kan...:))
Saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kepada en Anonymous iaitu pasangan Cik Amy kerana membuat kenyataan yang Cik Amy masih single and available, saya doakan kamu akan bertemu jodoh andaikata belum ada ikatan pernikahan dan akan berkekalan hingga akhir hayat..
Dan di sini saya saya dengan rendah hatinya ingin membetulkan fakta iaitu CIK AMY SENSEI dari blog kilauan cinta "not single and not availble...."Saya berharap selepas ini En Anonymous akan berpuas hati.
ps: kalau dia adalah pilihan kamu, aku doakan muga kamu berbahagia...
Friday, June 18, 2010
Awards dan Tanda Hati
Assalamualaikum...
Rasanya lama juga aku tidak menerima pemberian dari teman-teman di alam maya ini...mugkin sebab aku juga tidak memberi sesuatu yang istimewa kepada teman-teman..meskipun aku tidak pernah memberi sesuatu kepada teman-teman semua namun aku sentiasa mengingati kamu dan sangat sayang pada kamu semua...teman-teman yang sudi berkongsi suka dan duka di maya ini...terimaksih kerana sering mengunjungi aku di sini walaupun aku jarang mengunjungi kamu.
Mawar merah yang cantik ini pemberian dari cik amy sensei . Rasanya aku dah terlupa dari mana aku mengenali Cik Amy ini, mungkin dari kunjung mengunjung sesama blogger...bagaimana rupanya pun tidak aku ketahui kerana cik Amy terlalu perahsia orangnya, rasanya cik amy seorang yang cantik dan lemah lembut orangnya......selalu juga aku meminta cik amy menyiarkan gambarnya tapi cik amy tetap berpegang teguh pada perinsipnya..tidak akan sembarangan menyiarkan gambarnya untuk tatapan umum..Cik amy seorang guru Bahasa Arab dan mengajar di Sarawak..masih single and available..hehehe...jangan marah Cik Amy. Ini pula pemberian dari cik Yua Zawa
Aku baru mengenali Yua Zawa ini..jadi aku tidak dapat memberi gambaran bagaimana Yua Zawa ini..andai teman-teman ingin mengnali Yua, silalah ke blog beliau melalui link yang aku sertakan.
Apa-apapun aku ucapkan jutaan terimakasih kepada Cik Amy dan Yua Zawa kerana sudi memberi tanda hati yang sangat cantik ini....sayang kamu.
ps...pemberian darinya tetap ku simpan dalam lipatan hati..walaupun dia semakin jauh dariku...
Wednesday, June 16, 2010
Senyum Pengubat Hati Nan Lara...
Petang-petang begini dalam cuaca redup dan suram ni kadang2 ada hati2 yang sedang merindui seseorang...rindu pada ibu ayah, rindu pada suami, anak-anak atau seseorang yg jauh...so jgn muram2, hiburkan hati dengan gambar2 menarik yang masuk ke kotak emel aku ini...jom layannnn..
Seronoknya anak kecil ini bersiaar2 di tepi pantai..melihat air laut...
Monday, June 14, 2010
Ladies Only...
Anda seorang lelaki macho , apa perasaan anda menghadapi situasi ini :
Hanya anda satu2nya lelaki yang duduk di dalam satu koc train yang dipenuhi oleh kaum wanita...semua mata wanita dalam koc memandang anda dengan pandangan yang sukar ditafsirkan...setelah anda perhatikan di dinding koc barulah anda perasan poster yang di tampal "Koc untuk wanita saja".
Koc untuk wanita : sejak dilancarkan hampir sebulan lalu, sambutan agak baik dari kalangan wanita..rata2 bersetuju dan bersyukur koc untuk wanita ini diujudkan...tiada masalah bila berhimpit2 sesama wanita dan suasana lebih selesa kerana semuanya wanita.
Aku paling kerap menggunakan perkhidmatan komuter ini..dan aku paling suka memerhati bila penumpang berasak2 menaiki koc...bila ada tersesat sorg dua lelaki di dalam koc wanita, dalam hati aku berbisik...dia org ni tak tahu membaca ke...atau saja2 masuk dalam koc untuk wanita...kalau aku jadi lelaki itu...aduh!! malunya..mana nk letak muka..(mungkin lelaki tu pendatang asing kot)
Saturday, June 12, 2010
Bersiaran Dari Kampung
Pukul 11.30 pagi..aku masih di BBST..ber'sms' dengan adik kat kampung...adik perempuan yg ke dua..dah sarat nak melahirkan anak ke 5 hujung Jun ini...dia bercadang nak ke Euro Moda, nak beli kain anak2 untuk raya tahun ni...kesian pulak nak biarkan dia terboyot2 sorg2 nak mencari kain...suaminya keja smpai petang....mak sibuk membuat persiapan untk memasak di.majlis kenduri esuk...sebab kesian akhirnya aku amik keputusan drastik....Balik Kampung!!
Pukul 12.30 - , call teksi...1.00 tghari, aku dah sampai di BBST...menunggu bas ke Stesen Komuter Nilai. bas agak lambat...
Pukul 2.00 - Sampai di Nilai...terus ke Setesen Komuter, hampir 1/2 jam tggu train..
Pukul 2.45 - Sampai di Seremban..ambil teksi ke Terminal 2..
Pukul 3.00 - Sampai di Terminal 2..bergegas ke tingkat 1 untuk membeli tiket, dapat tiket ke Melaka pukul 3.30 ptg..
Pukul 5.05 petang tiba di Melaka Sentral...
Pukul 5.30 adik2 tiba dan terus ke Euro Moda...selesaai membeli hingga waktu maghrib masuk...(mujur aku bercuti) kami terus ke Jusco..adik2 nak bersolat maghrib...
Sebenarnya sejak pagi aku hanya sempat makan dua keping roti dan makan sebiji donut di Terminal 2...kira2nya semasa sampai di Jusco tadi perut aku dah betul2 lapar tahap maksimum...tak tggu adik2 siap bersolat aku dah memesan makanan...hmmmm...lega...
Siap makan..kami tiga beradik (anak2 tak ikut balik...tinggal dengan kakak mereka) cuci2 mata di Jusco sekejap...hampir 9.30 barulah kami meninggalkan Jusco...
Pukul 10.15..aku sampai di rumah mak..tapi mak dan abah masih di rumah kenduri...entah pukul berapa pulak mereka balik...
Kira2nya aku ni mcm biskut...sekejap di Sepang, sekejap je dah sampai Melaka...penat?...tak terasa sangat bila dapat jumpa adik2, mak dan abah...tengahari esuk aku akan balik semula ke Sepang...dan kalau sempat nak bawa anak2 ke terminal 2 menonton filem Karate Kid....
ps...."tiada hari-hari berlalu tanpa aku merasa rindu..."
Friday, June 11, 2010
Nasi Lemak Buah Bidara
Sebenarnya tiada kena mengenapun pantun di atas dengan entry kali ni...sejak seminggu lepas Abdullah Zaki minta dibuatkan nasi lemak..katanya beli kt kedai tak sedap..ibu buat sedap...so subuh2 tadi siaplah nasi lemak permintaan anak-anak..rasanya hampir bertahun juga aku tk memasak nasi lemak ni...inilah hasilnya...tak cukup lengkap..tiada kacang dan ikan bilis....
Alhamdulillah setelah 12 tahun( istilah yg digunakan utk menunjukkan dah terlalu lama tk buat)..nasi lemak aku eluk lembut dan sedang2 lemaknya..nasi lemak yg keras mematahkan selera nk menikmatinya..
Sambal nasi lemak ni memang berwarna meraah pekat..menandakan cukup masak, cukup asam garam dan gulanya...boleh tahan hingga seminggu kerana dimasak hingga 1 jam.
ps.....hujan di luar bagai mengerti hati yang dihimpit pilu...
Thursday, June 10, 2010
Monday, June 07, 2010
Labu Oh Labu....@versi malang tak berbau.....
asik berangan nak masak pengat labu tk sedar tersungkur kat tangga..
Dalam sakit2 tu tekak teringin juga nak makan pengat labu...dayakan juga membuang kulit labu yg agak keras...labu siap dipotong dadu direbus...perah santan...adoiiii...tetiba celah2 jari telujuk dan jari hantu bagaikan tergeliat..sakit teramat, agaknya kuat sgt memerah.........ish....sudah jatuh ditimpa tangga pulak...tak surut lagi sakit kat lengan kanan kini sakit pulak kat jejari.....namun dalam sakit2 tu siap juga pengat labu....letak gula kabung yg beli kat Pasar Payang..hmmmm sedapnya hingga terlupa semua kesakitan...
ps...bila sepi aku suka makan...sambil makan, baca novel atau La Tahzan...cuma itu yang dapat mengurangkan rasa sepi yang bertandang...
Sunday, June 06, 2010
Dari Jendela.....
Di sinilah aku memikirkan nasib kanak2 Palestine yang hidup menderita, menghadapi kekejaman askar zionis israel laknatullah.....airmata sering tumpah melihat penderitaan mereka...sampai bila?
Terfikir olehku..betapa bertuahnya anak-anak kita yang hidup aman damai, bebas bermain dan belajar...tidak seperti anak2 Palestine yang sentiasa hidup diburu maut..
Bebaskanlah mereka dari penderitaan ini..bebaskanlah aku dari belenggu sepi ini....
ps: sunyi dan sepi...bukan ku pinta hadir..ia sinonim dengan diriku....
Saturday, June 05, 2010
Menu Sepanjang Hari Ini....
Tuesday, June 01, 2010
Terengganu Dalam Kenangan...
Kelantan aku tinggalkan dengan seribu kenangan manis..kami menuju ke Terengganu Darul Iman yang pernah aku ziarah kira2 3 tahun lepas...semasa ziarah Terengganu dulu, Masjid Kristal masih dalam pembinaan..kini Masjid Kristal dan Taman Tamaddun Islam gah berdiri.
Dua2 Negeri ini memang memberi makna yang besar dalam hidupku...'B' berasal Kelantan tapi menetap di Terengganu..semasa sampai di Terengganu dia masih berada di Kelantan. 'Dia' yang pernah singgah dalam hidupku juga berasal dari Kelantan tapi menetap dan berkhidmat di Selatan Tanah Air...kini 'Dia' telah menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidupku